4 Jenama Santan Kotak Yang Pekat

Santan dan masyarakat Malaysia berpisah tiada. Apalah rasanya nasi lemak, kari, masak lemak cili api tanpa santan. Dah tentu hambar rasa masakan tu, betul tak? Gantikan susu segar full cream pun tak mampu menandingi kesedapan lemak santan tu.

Santan 

Santan adalah hasil perahan parutan isi buah kelapa tua yang dicampurkan dengan air. Warna santan seperti putih susu dan rasanya berlemak menyedapkan lagi masakan.

Kebanyakkannya santan popular digunakan oleh penduduk Asia Tenggara, Asia Selatan, China Selatan dan Caribbean.-Wikipedia

Santan ada dua jenis iaitu santan pekat dan santan cair. Santan pekat digunakan untuk masakan yang berkuah pekat seperti kari, gulai, masak lemak cili api dan sebagainya. Santan cair biasanya digunakan untuk buat bubur atau kuih muih yang sesuai.

Santan Pekat

Zaman dulu, masih belum ada mesin kelapa. Nenek moyang kita dulu gunakan kukur kelapa untuk parut kelapa. Untuk mendapatkan santan kelapa yang pekat, mereka akan campurkan parutan isi kelapa dengan air panas sebelum diperah.

Sekarang dah banyak mesin pemerah santan tanpa perlu campur air untuk menghasilkan santan yang pekat. Hasil pati santan adalah 100% tulen. Pati santan juga ada dijual dalam bentuk santan kotak dan jual santan serbuk.

Cara Buat Santan Pekat

Ikut cara mak Fiza, isi kelapa parut tu masukkan dalam blender. Tambah air sikit dan blend. Lepas tu baru perah macam biasa. Santan tu memang pekat daripada lepas parut terus perah.

Cara ni hanya untuk sekali perahan je. Kalau perah untuk kali kedua dia tak jadi pekat dah.

Cara Buat Santan Cair

Kalau nak santan cair sikit, perahan pertama tadi campurkan dengan air dan perah untuk kali kedua. Kemudian campurkan dengan hasil perahan pertama tadi. Gabungan kedua dua santan tadi akan buatkan santan cair sedikit. 

Duduk di kampung memang mudah nak dapatkan santan segar. Nak santan, boleh kait kelapa, kupas, mesin dan perah. Walaupun proses nak dapatkan santan tu ambil masa tapi dapat santan yang original dan segar buat masakan kita bertambah sedap rasanya.

Bila duduk di bandar ni faham-faham lah susah dia macamana nak dapatkan santan segar. Yang ada santan kotak dan santan serbuk. Fiza dah guna pelbagai jenama santan kotak dan Fiza rasa 4 jenama santan kotak terbaik.

4 Jenama Santan Kotak Yang Pekat Dan Tahan Lama

1. Santan Kotak Kara

Santan kotak Kara adalah santan kotak paling pekat yang Fiza pernah guna. Dia macam hampir nak jadi pepejal. Kalau google cari santan kotak paling pekat pun akan jumpa Kara. 

Baru lah faham kenapa Kara ni selalu cepat habis dekat rak. Rupanya santan kotak Kara ni pilihan utama sebab santan dia pekat.

2. Santan Kotak Rasaku

Santan kotak Rasaku Fiza pernah cuba sebab terbeli. Jenama lain tak ada, yang ada satu jenama tu je. Tapi lepas guna rasa macam okay pula guna santan kotak Rasaku ni. Pekat dia lebih kurang santan kotak Kara.

4 Jenama Santan Kotak Yang Pekat

3. Santan Kotak M&S

Jenama santan kotak M&S ni pun beli sebab stok santan kotak yang lain tak ada. Tak mengecewakan juga santan kotak M&S pekat juga. Kalau nak tahu santan M&S ni sesuai juga tau buat cookies. Boleh tengok instagram dia, banyak resepi cookies yang boleh dicuba.

4. Santan Kotak Adabi

Jenama santan kotak adabi pun tak mengecewakan okay. Santan dia walaupun tak sepekat santan kotak tapi pekat dia tu masih boleh diterima. Kira separa pepejal, masih ada cecair.

Sebelum ni Fiza setia betul dengan santan kotak ayam brand. Ayam brand pun ada banyak jenis ada yang low fat juga. Siapa yang tak suka berlemak tu boleh lah guna jenama ayam brand ada banyak pilihan. 

Santan cair dari kotak santan yang sesuai untuk buat kuah yang light je. Buat masak lemak cili api atau masak kuah kari kurang sedapnya sebab santan tak pekat. Kuah pun kurang kaw lah kan.

Ikutkan memang sedap guna santan segar. Disebabkan dah beberapa kali beli santan segar tapi tak segar pun jadi macam malas nak beli santan segar dah. Beli santan kotak je lah. Santan pun tak berketul ketul.

Cara Simpan Santan Kotak Tahan Lama

Hidangan untuk berdua makan, biasanya Fiza guna separuh kotak je dah pekat. Separuh lagi simpan dalam peti ais sebab santan kotak pekat ni jenis tahan lama.

Cara Simpan Santan Kotak Tahan Lama

Cara nak simpan santan kotak kalau nak tahan lama. Jangan potong lipatan hujung kotak tu sampai habis. potong separuh je. Nak simpan, lipatkan je. Jadi tak perlu simpan dalam bekas. Itu cara Fiza lah. So far seminggu boleh tahan simpan.

Masakan bersantan ni memang sedap rasa masakan berlemak tapi awas lemak tepu santan ni boleh meningkatkan kadar kolestrol. Pilihlah santan yang sesuai untuk diambil ikut kadar kolestrol masing-masing. 

Sedap berlemak tu memang sedap. Beringat-ingatlah kita ye. Itu yang kadang-kadang masak nasi lemak letak sikit je santan. Janji ada rasa lemak santan tu. Bukan apa, nak elak dari mengantok pun ye juga. Pagi pagi sarapan nasi lemak memang mengantok dibuatnya.

Santan Kotak Pekat Kurang Kolestrol

Tapi...
kalau masak lemak cili api ke masak mee kari ke wajib kuah santan tu kena pekat. Kannn

40 comments:

  1. sha biasa guna santan kara, tp santan ori juga yg paling sdp kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada santan ori memang sedap. Tapi kalau takda dan susah nak nak dapat. Inilah antara santan yang okay pekatnya.

      Delete
  2. Sekarang saya selalu beli santan sawit, sedap jugak buat masak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah jumpa santan sawit. Macam lagi susah nak dapat je tu. huhu

      Delete
  3. Kara dengan Rasaku tu selalu kami pakai. Atau yang pekat perahan pertama tu.

    ReplyDelete
  4. Akak pun biasa guna santan kotak Kara, sebab pekat.
    Cara simpan pun samalah, potong sikit. Lepas tu akak masukkan dalam bekas bertutup. So far ok lah tahan lama.


    Ni kalau nak suruh perah santan macam dulu-dulu, mesti akak dah kekok. Lama sangat tak buat 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai pengguna Kara. Hihi, kekok juga nak perah santan bila balik kampung sebab dah biasa guna ready made santan :)

      Delete
  5. Bnyk2 santan kotak.. santan kara mmg pekat..tp klu boleh akan cr nyor parut..letak kt peti..nt nk gune buat santan blend je..same cm cara mak fiza🤭

    ReplyDelete
  6. Akk kalo beli selalu ayam brand je, setakat ni jenama adabi tak pernah jumpa lagi. Akk santan kotak ni biasa guna masa emergency je. Dlm esbok akk sentiasa ada kelapa parut. Kalau nak guna santan akk blend dgn air panas dpt santan fresh dan pekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus kak kalau ada stok kelapa parut. kita yang susah nak dapat guna santan kotak je. Tak ada pilihan.

      Delete
  7. Sesekali saya guna santan kotak, tapi biasanya lebih suka kisar kelapa parut bubuh air sikit untuk dapatkan patinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dinafikan kisar kelapa parut lagi sedap santannya. susah nak dapat, tu yang guna santan kotak je.

      Delete
  8. shida pulak suka pkai santan kotak ayam brand..ok juga elok je msk..
    santan kara..kdg2 je shida pkai..suka lg guna ayam brand..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Before this fiza guna ayam brand juga cuma kurang pekat sikit lah. okay tu memang okay.

      Delete
  9. jarang tahu pasal santan sebab masak tak guna santan hehehe

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. nanti boleh cuba kalau nak cari santan kotak yang pekat.

      Delete
  11. it's good to know about this even though ray jrg masak guna santan and jrg jugak makan makanan yg ada santan.

    oh btw kalau sudi feel free utk join and meriahkan my giveaway here
    https://www.raydahalhabsyi.com/2020/08/preloved-giveway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  12. ammi slalu beli Ayam Brand or Kara je

    ReplyDelete
  13. Saya pun suka yang brand Kara untuk santan jika tak sempat nak kukur kelapa atau travel.

    ReplyDelete
  14. makanan yg bersantan ni serius semua sedap2..bikin hancur diet haha

    ReplyDelete
  15. Wenang guna santan kotak..kalau masak gulau lemak cantik kuah tak pecah minyak

    ReplyDelete
  16. biasa jugak guna jenama2 atas tu...tambah lagi satu, jenama Ayam Brand..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam Brand kurang pekat sikit. Santan dalam senarai, level pekat dia lebih sikit dari Ayam Brand gitu :)

      Delete
  17. Santan kotak kara tu memang pekat betul.. Sekotak tu boleh guna untuk 3 ke 4 kali masak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak. pekat betul. Kalau fiza guna 2kali masak :)

      Delete
  18. So far favourite ena snatan kara je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. santan kara memang pekat.terbaik! cuma susah kalau xde stok terpaksa ambil lain

      Delete
  19. wahh bijak caraa nak simpan santan pekat lama2 erk.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitorang guna santan serbuk yang dibancuh. Lupa pula nama apa.
      Betul kata Fiza, perah terus daripada kelapa yang terbaik.

      Delete
  20. gmbr kotak santan pown chuantekk.., ;p

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.