Apa Yang Menarik di Pulau Besar Melaka
Pulau Besar Melaka, a hidden gem of Melaka. Walaupun dikatakan hidden gem tapi ibarat unpopular place. Sebabnya jarang nampak orang kongsikan bercuti di Pulau Besar Melaka ni.
Di satu petang yang indah si isteri bertanyakan kepada suami
Isteri : Pulau apa yang paling dekat kita boleh pergi ye?
Suami : Pulau Besar Melaka. Tapi orang kata tempat tu berhantu.
Dari perbualan tu, baru lah Fiza tahu kewujudan Pulau Melaka ni. Ahhh sudah. Baru nak teruja boleh bercuti ke Pulau yang terdekat. Tiba pulak suami cakap berhantu. Auto terbatal hajat nak bercuti kat Pulau.
Almaklumlah sejenis tak pernah bercuti di Pulau yang betul betul Pulau selain Pulau Langkawi.
Teringinlah nak tahu apa yang menarik di Pulau Besar Melaka. Atau mungkin juga ada tempat menarik di Pulau Besar Melaka sekitarnya.
Kredit image : soscili.my |
Dengan menggunakan pekhidmatan pakcik google. Dapatlah beberapa maklumat tentang Pulau Besar Melaka yang nak tahu sangat tu. Tak jumpa pula review bercuti yang best kat sini. Yang ada cuma cerita sejarah Pulau Besar Melaka, Tasik bunian Pulau Besar Melaka.
Mana-mana yang bercuti di Pulau Besar ni akan menginap di Pulau Besar Melaka Resort atau Pulau Besar Melaka Hotel yang disediakan. Tak nak bermalam, pergi balik hari pun boleh katanya lah.
Sejarah Pulau Besar Melaka
Pulau Besar dikenali sebagai pulau keramat, pulau fantasi yang merupakan pulau yang terletak di negeri Melaka (Semenanjung Malaysia). Pulau Besar terletak di Selat Melaka, kira-kira 3 batu nautika dari Bandar Hilir, Melaka.-wikipedia
Pulau Besar menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Dan kini Negeri Melaka telah membina sebuah muzium untuk memaparkan kisah dan lagenda Pulau Besar. Antaranya :
- Makam Sultanul Ariffin Sheikh Ismail
- Makam Syarifah Rodziah
- Makam Tok Janggut
- Makam Tok Putih
- Perigi di Kaki Pulau
- Batu Belayar@Batu Penambat Kapal
- Batu Tengkorak
- Pokok Disula
- Tasik Biawak
- Batu Belah
- Keramat Masin Tawar
- Istana Bunian
- Perkampungan Bunian
- Tasik Bunian
- Gua Yunus
- Keramat Ular
- Makam Nenek Kebayan
- Perigi Tempayan Pecah
- Makam Tujuh Beradik
- Makam Seribu
- Makam Nisan Satu
- Perigi Nenek Musallimah
- Tapak Kaki Sultanul Aarifeen
- Batu Lesung
Daripada cerita rakyat tempatan, ada beberapa mitos disebalik kisah tempat-tempat lagenda dan bersejarah di atas. Bila cerita mitos ni faham lah ye cerita tu pasti akan berubah-berubah penceritaan dia.
Banyak juga amalan pelik yang dilakukan di Pulau Besar ni. Disebabnya ianya mistik, ada yang melakukan perkara-perkara syirik dan khurafat dengan mengadakan aktiviti pemujaan dan beberapa ritual lain.
Era tahun 1980, kerajaan negeri telah berusaha membangunkan Pulau Besar tetapi gagal. Kuasa mistik masih kuat disitu dan semuanya tak menjadi lalu terbengkalai.
- Kononnya nak mengusahakan ternakan lembu Fresian. Satu persatu lembu hilang.
- Bina resort dan telah siap sepenuhnya, tapi terbengkalai tanpa pulangan modal. Dikatakan pembinaan resort tersebut menganggu penduduk kampung jin.
- Pembinaan Taman Tema Tamadun Islam juga gagal
sumber cerita : soscili.my
Jadi persoalannya, Pulau Besar dah membangun pesat ke camna sekarang? Apa Yang Menarik di Pulau Besar Melaka tu? Orang Melaka ada yang tahu ke? Atau ada yang pernah bercuti di Pulau Besar ke?
Tengok dari gambar hasil carian google, Pulau Besar ni cantik. Pulau kan, mestilah cantik! Tapi itulah, tak banyak cerita best tempat menarik Pulau Besar ni. Dia lebih banyak cerita kisah mistik. Aduh, potong betul!
great sharing
ReplyDeleteTerima kasih :)
Deletesy pon xprnh pegi pulau yg betol2 pulau kecuali pulau langkawi dan pulau pinang.. haha
ReplyDeletetp mcm menarik jgk pulau besar melaka ni..
Menarik dan juga seram kisahnya :)
DeletePernah dengar sebelum ni tapi belum pernah sampai lagi.
ReplyDeleteThanks share info ya
kita pun tak pernah sampai lagi.
Deletesama² :)
Mungkin berdasarkan beberapa kisah lagenda tu yang dikatakan pulau iu berhantu. Maklumlah ada cerita tasik bunian, keramat ular, istana bunia, keramat masin tawar dan sebagainya tu, memang ada unsur-unsur mistik.
ReplyDeletebetul kak. kisah lagenda dan mistik ni agak seram juga walaupun dah lama.
DeletePulau Besar ni famous tapi sebab history dia ramai yang taknak amik risiko pergi ke sana. Tapi kalau diviralkan mungkin orang tertarik nak pergi.
ReplyDeletedisebabkan history dan masih aktif aktiviti tu jadi nak membangun tu mungkin ambil masa dan pengunjung pun taknak ranggun risiko. Kalau dibangunkan dan diwar warkan boleh jadi tempat yang menarik ramai pengunjung.
Deleteerrr cantik tapi tula byk kisah mistik which tak masuk wishlist nampaknya. hehe Jemput join my GA. :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html
ReplyDeleteSaya pun tertahu pasal Pulau Besar ni sebab YouTube recommend yang geng macam mana nak gelarkan group ni lupa pula yang malam2 ambil video tempat ada berhantu. Ada tempat tu cantik sangat dah siap tapi takde dah beroperasi. Ramai datang sini buat pemujaan dan perkara syirik.
ReplyDeleteMana tau mungkin ada best juga saja2 Jalan daytrip di Pulau ni.
ghost hunter ye? mungkin kalau nak pergi untuk daytrip je. Nak stay tu rasanya macam tak berani lah.
DeleteSeram juga nak pergi kalau ikut apa yang pakcik google bgitau hehehe
ReplyDeleteitulah pasalnya kak. terus terbatal niat nak kesana.
Deletepernah ke pulau besar ni tahun 2017.Seingat akak ada satu tahfiz di sini tau.Lepas tu kebanyakkan yang datang sini semua sebab nak datang berubat.Bukan orang islam la.Dan salah satunya adalah tempat pemujaan.Nak Pulau besar pun azab jugak nak menaiki boat.
ReplyDeleteBaca entry akak di sini http://kisahsidairy.com/raya-kedua-ke-pulau-besar-melaka/
oh ye ke kak? sampai sekarang lah aktiviti tu masih ada lagi. alamak, macam susah je nak ke pulau tu walaupun daytrip. Terima kasih share kak.
DeleteBandar melaka seingat shida pernah pergi sekali je..apatah lg pulau..xpernah pun terfikir melaka ade pulau yg boleh dikunjungi..mcm fiza kata xde yg pernah sebut kan..hurmm..
ReplyDeletemula macam tu jugak. Tak sangka melaka ada pulau kan. Sebab tak ramai yang pergi. sebab tu tak ramai tahu.
Deletewak dh penah gi sekali pulau besar nih.,
ReplyDeletesolo ambush dh cuba merungkai misteri pulau besar nih.,
ReplyDelete