Bahaya Tidur Dalam Kereta Dengan Enjin Terbuka
Siapa sangka, mulanya hanya ingin berehat di stesen minyak berakhir dengan kematian. Keracunan karbon monoksida menyebabkan 3 sekawan meninggal dalam kereta dan seorang lagi masih di rawat di ICU.
Tidur dalam kereta boleh mati? Bagi yang tak tahu menahu mungkin mengganggap benda tu mustahil dan pelik boleh menyebabkan kematian. Tapi sebenarnya sangat bahaya tidur dalam kereta dengan keadaan enjin terbuka.
Manusia bila badan dah penat mata dah mengantok mesti nak rehat sekejap. Tak tidur dan rehat sekejap nanti terjadi microsleep pula. Minta dijauhkan lah.
Jadi, nak charge tenaga tu sebaiknya memang tidur lah dulu jawapan dia. Tambah lagi kalau perjalanan masih jauh.
Nak tidur dalam kereta boleh tapi kena tahu cara selamat tidur dalam kereta. Dan pastikan juga berhenti tidur di tempat yang selamat.
Credit : mywilayah.com |
Cara selamat tidur dalam kereta dengan membuka tingkap sikit dan alihkan mode aircond 'udara luar'. Udara luar lebih segar dan kandungan oksigen lebih banyak.
- Pastikan sistem ekzos tidak ada kebocoran
- Servis kereta mengikut jadual di bengkel yang diiktiraf pengeluar
- Sistem aircond berfungsi dengan baik
- Jangan hidupkan enjin di kawasan tertututp/garaj
- Jika tingkap dibuka pastikan tidak menghadap ekzos kenderaan/lori lain
- Keluar sebentar dari kereta untuk melancarkan peredaran darah.
Tahukah Anda?
Keracunan karbon monoksida tidak memerlukan kuantiti yang banyak untuk menyebabkan kematian. Kadar yang rendah sudah mencukupi untuk membuatkan kita tidak sedarkan diri.Tambah lagi dengan karbon monoksida dari luar yang mengelilingi kereta juga bahaya. Mungkin kereta kita tidak kedap udara dan bahan ini boleh meresap masuk ke dalam kereta.
Keracunan Karbon Monoksida Adalah Pembunuh Senyap
Sekiranya boleh elakkan tidur dalam kereta ketika enjin terbuka, elakkan lah. Jika bercita-cita nak tidur sekejap untuk rehatkan badan lebih baik fikir semula okay!FAKTA PENTING
- Keracunan Karbon Monoksia merupaka punca utama kematian akibat keracunan
- Gas beracun karbon monoksida terhasil dari pembakaran bahan bakar tanpa oksigen yang mencukupi.
- Gas ini TIDAK mempunyai sebarang warna dan bau, oleh itu ia di kenali sebagai “ Pembunuh Senyap”
- Sentiasa berwaspada dan jangan ambil mudah.
Keracunan karbon monoksida adalah punca UTAMA kecederaan dan kematian akibat keracunan di seluruh dunia. Menurut Pusat Kawalan Penyakit US, 50,000 pesakit dimasukkan ke hospital setiap tahun, dan 430 mati akibat keracunan karbon monoksida.
Karbon monoksida terbentuk hasil daripada pembakaran bahan organik tanpa bekalan oksigen yang mencukupi. Ianya boleh di hasilkan dari pembakaran dieasel/petrol kenderaan, penggunaan gas untuk alat pemanas dan semasa memasak.
Bagaimanakan Karbon Monoksida Menyebabkan Kematian Semasa Mangsa Sedang Tidur Di Dalam Kenderaan?
Pembakaran bahan bakar di dalam engin kenderaan menghasilkan banyak gas sampingan yang dikeluarkan sebagai asap ekzos. Asap ekzos ini mengandungi gas yang merbahaya seperti karbon monoksida, hidrokarbon, dan nitrogen oksida.Ketika memandu, sistem ekzos yang baik akan membebaskan gas gas beracun ini ke persekitaran dengan lancar dan selamat. Masalah timbul apabila sistem ini bocor dan lebih diburukkan lagi apabila kenderaan tidak bergerak.
Tanpa di sedari, gas yang tidak mempunyai bau dan rasa ini akan masuk menerusi saluran pernafasan dan memasuki saluran darah.
Gas beracun ini akan bercampur dengan hemoglobin (bahagian sel darah merah yang membawa oksigen ), lalu membentuk membentuk carboxyhaemoglobin. Apabila ini berlaku, darah tidak lagi mampu membawa oksigen, dan kekurangan oksigen menyebabkan sel dan tisu badan gagal dan mati!.
Apakah gejala keracunan CO?
Gejala awal bagi keracunan gas karbon monoksida yang paling biasa adalah sakit kepala, pening, kelemahan, perut, sakit muntah, sakit dada, dan kekeliruan.Tetapi sekiranya gas ini di hidu semasa anda sedang tidur, anda tidak akan menyedari sebarang perubahan ini dan akhirnya menyebabkan kematian.
Tips Pencegahan Keracunan Karbon Monoksida
- Elakkan memanaskan enjin dengan asap ekzos dibebaskan di dalam kawasan rumah. Asap ekzos yang memenuhi ruang rumah mengandungi gas karbon monoksida dan boleh menyebabkan keracunan terutama kepada kanak kanak kecil.
- Jangan tidur ataupun sekadar berehat sebentar di dalam kenderaan dengan enjin terpasang. Anda mungkin terlena dan tidak bangun selamanya.
- Pastikan sistem ekzos anda di periksa dan di selenggara secara berkala. Ingat, kebocoran kecil boleh menyebabkan kematian.
Kredit : Sumber
Takziah kpd keluarga mangsa Karbon Monoksida dlm keta. Moga tabah menghadapi dugaan ini.
ReplyDeleteSemoga mereka terus kuat. Aaminnn
DeleteKita ni bila dah berlaku musibah, baru ambil perhatian.
ReplyDeleteSemoga kita semua sentiasa beringat dan saling mengingatkan :)
DeleteSemoga kes ini tidak berulang lagi, dan semoga keluarga mangsa tabah..
ReplyDeleteHarap begitulah. Semoga semua ambil pengajaran dan sentiasa beringat.
DeleteSemua orang, tak kira pemilik kenderaan, pemandu atau penumpang mesti ambil peduli perkara ini.
ReplyDeleteBetul kak. semoga kejadian sebegini tidak berulang lagi.
Deletebetul tu. harap sy sentiasa beringat
ReplyDeleteSemoga jadi peringatan untuk semua.
Deletescarynya..baca huhuhuu//minta simpang la semua ni
ReplyDeletetq sharing fiza!
tanpa kita sedar kan shida. Benda macam ni kita kena ambil peduli dan ambil tahu.
Deletesama² Shida
Semoga kejadian sebegini tidak berlaku lagi
ReplyDeleteHarap begitu lah. Aaminn
DeleteGV kalau ngantuk sgt drive, GV rehat dan tidor kat stesen minyak. tapi tingkap buka la sebab ya la, risau juga kalau apa apa kan nanti. huhu. semoga kita semua berhati hati kan kak.huhu.
ReplyDeleteBagus rehat dulu kalau mengantuk. Buka tingkap sikit okaylah tu udara luar dapat masuk dalam. cuma risau orang jahat je yang ada niat buat jahat. kita berhati hati dan doa semoga Allah sentiasa lindungi kita. Aaminn
DeleteTidak sangka kan? Lagi tidak sedar sedang keracunan, kiranya keracunan waktu tidur.
ReplyDeleteAllah maha mengetahui segalaNya. Peringatan buat kita yang masih hidup ni.
Deletesedih sgt bila baca berita tentang 4 sekawan ni. sudah ajalnya minta kita ingat pesanan penting ini
ReplyDeleteSemoga menjadi peringatan buat semua orang.
Deleteperkongsian yang bagus.. semoga kita semua sentiasa beringat..
ReplyDeleteHarap begitulah :)
DeleteBahaya tidur dalam kereta sambil enjin on.
ReplyDeleteKalau ngantuk berhenti tepi Jalan pun off engine.
Dah banyak kes kematian tidur dalam kereta, apatah lagi kanak2 ditinggalkan dalam kereta engine on.
kes kanak-kanak pun sangat banyak ditinggalkan dalam kereta. masih ada buat macam tu.
Deletewalaupun dah banyak insiden kematian berlaku sebab ni tp masih ramai yg cuai
ReplyDeleteSemoga kita sentiasa beringat supaya tak ada berlaku lagi.
Deletedh byk kes mati dlm kete camni
ReplyDeletewak pon selalu tdo gak dlm kete ..,
ReplyDelete