Beli Buah Mangga Lemak Muda Untuk Balas Dendam
Oleh kerana sejak akhir-akhir selera makan berkurang yang tak tahu entah kenapa. Tapi masak untuk husband okay je. Diri sendiri je kecelaruan dengan selera sendiri. Lepas tu bila beli maknan tak kena dengan tekak, nyesal pula tak masak sendiri.
Disebabkan itu, beralih arah kepada makan buah-buahan je lah. Kudapan yang lebih sihat orang kata. Kononnya nak beli rock melon sebab stok rock melon dah habis kat dalam peti ais.
Rock melon potong sesiap masuk peti ais. Bila makan sejuk sejuk tu lagilah bertambah sedap. Sejukkan badan bila musim panas katanya.
Tengok-tengok husband balik beli barang takde pun rock melon. Aduh, kecewa tau! Sudahlah stok jeruk mangga asam boi pun habis dah. Kena cari gak buah.
Cari punya cari jumpalah pembekal mangga lemak yang terdekat. Alhamdulillah rezeki dapat stok mangga lemak muda.
Mangga Lemak/Mangga Lemak Manis
Mangga lemak juga dipanggil lemak manis. Kebanyakkan buah mangga lemak dibawa masuk dari negara Thailand. Buah mangga dari Thailand tak pernah tak sedap.
![Mangga Lemak Manis Mangga Lemak Manis](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2ZgpHpdIwo1PB_wi4AH0K4r9oU17zngzidlujlSxpY296tzRDUVK_plF1A_SL-yqkxbGCwSVv0hTvrFI77cUIypIhvVHbuG6uBbrD_P72hz7-6JlsDv3vXNx_0CPYCBNiAxcqOeVQMB0a/s16000-rw/mangga-lemak-manis-muda-rangup.jpg)
Mangga lemak mangga paling favourite. Sejenis mangga yang sedap di makan muda ataupun masak. Walaupun muda warna hijau tapi bila makan rangup betul. Sesuai sangat buat jeruk mangga asam boi.
Yang sedang masak tu, rangup-rangup manis sesuai dibuat kerabu mangga. Kerangupan dia tu tahan lama. Rasa mangga yang lemak manis bila bercampur dengan rencah kerabu tu buat lagi bertambah sedap.
Nak kerabu mangga sedap, silalah guna buah mangga lemak. Buah mangga lemak bila dah masak, rasanya manis tak manis sangat. Walaupun tak seharum dan tak semanis harum manis, Fiza tetap pilih mangga lemak.
Harga Buah Mangga Lemak
Harga buah mangga lemak bergantung pada pemborong dan penjual. Yang Fiza beli ni RM10/sekilo. 3kg RM28. Delivery charge RM2 sampai depan rumah. kalau pos tak pasti berapa harganya
Kau orang boleh contact kakak ni 013-3308466 yang berdekatan area Seremban.
Terus Fiza beli 3kg terus balas dendam tak dapat rock melon. Senang bila 3kg terus buat stok buah kat rumah. Boleh buat kudapan dikala lapar. Dapatlah dalam 12 biji untuk 3 kg tu.
![Mangga Lemak Manis Mangga Lemak Manis](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjClZioAR5Q1DelSqf886P4dSNR_LMSjB8dskDtMoX2aSwRjUx0EXwcFhpE73pmJPe6Wf89gD4mFnu8lCd1ylPxEP15VP36PCPOc5FIyCprVouA8EnEHNHK6xfyjbbfxjShinWKjK9ryRMX/s16000-rw/mangga-lemak-muda-rangup.jpg)
kira banyak jugalah Fiza dapat. Baru potong separuh (6biji) dah dapat 3 balang dah. Berbaloi sangat beli buah mangga dan buat jeruk mangga asam boi sendiri je. Jimat lagi lah.
Kalau beli jeruk dah siap tu, 2 balang dah RM20 dah.
Sebelum ni membeli jeruk terus sebab susah nak jumpa buah mangga lemak ni. Ni dah jumpa pembekal buah mangga, senang lah sikit nak membeli.
Buah mangga lemak ni sedap di makan begitu saja. Tak buat jeruk mangga asam boi pun sedap okay. Potong sesiap masuk dalam bekas. Sesambil lalu kat peti ais tu amek sepotong.
Dah beli 3 kg tu, makanlah sampai puas hati. Cukup stok buah untuk seminggu dua ni.
wow my favorite ni
ردحذفmy favourite too :)
حذفBuah kegemaran, melon dan mango..ahhh sedapnya
ردحذفyeay, sama taste kita. sodap tak boleh tahan :)
حذفWah! ni memang balas dendam sungguh ni.
ردحذف12 biji banyak tu boleh makan sampai puas berhari-hari nih!
senang kak tak payah restock buah dah. snak sihat gitu. betul betul balas dendam. hihi..ada tetamu pun boleh dijamu dengan buah :)
حذفSODAPNYA.... terliur nengok
ردحذفTengok asam tak sah tak terliur kan kak :)
حذفwak tgh cari buah mangga harumanis pwrlis yg mahal giler sekilo rm32 tuuu tp skrg bukan musim pulakk.. huhuhu
ردحذفskang tak musim susah nak dapat wak. Kena tunggu musim gitu
حذفlama xmkn mangga..tp sekali2 pekena sedap juga kan fiza..
ردحذفshida pn sama,kdg2 xlalu mkn nasi..mmg balun buah jer!
itu lah kan shida. buah je lah menyelerakan.
حذفboleh tahan juga harga mangga ni. tak pernah beli pun, kat rumah kalau musim buah jenuh nak makan..hehe ♕Tiara Sapphire♕
ردحذفye, boleh tahan juga harganya. tak jumpa yang murah lagi. ini je ada. Kalau musim memang puas makan.
حذفKecur air tengok buah mangga lemak ni
ردحذفhehe..tengok mangga terus kecur kan
حذفTerbayang mangga tu makan dengan colek thai.. sedap nye :)
ردحذفcolek thai tu macam kuah rojak ye. kecur air liur dah.
حذفSedapnya. Lawa gambar. Nampak lagi terliur lepas tengok gambar
ردحذفTerima kasih :)
حذفSedap nie buat mangga jeruk asam boi :)
ردحذفMemang sedap. Memang niatnya nak buat jeruk asam boi :)
حذفKecur liur baca entry ni
ردحذفkita pun terkecur sekali Sal :)
حذفbetul kadang kadang rasa mcm lidah nak rasa benda masam lah
ردحذفitulah, kita ikutkan je lidah dan tekak ni.
حذفperam lama sikit boleh buat pulut mangga ni wallaaa ;-)
ردحذفkann terlupa pulak boleh buat pulut mangga. mujur ada tinggalkan sebiji nak makan masak nanti.
حذفehemmm... sy ada pinggan lebih ni hehehe
حذفEhemm..jiran jauh hantar gambar je mampu..ampunnn
حذفKecur liur nampak mangga.
ردحذفkann..any kind of mangga boleh buat kecur air liur.
حذفMangga lemak mmg sedap sbb kurang masam..baru semlm jiran bagi sebekas mangga lemak asam boi..dah nk habis..hehe..
ردحذفwahh best tu. rezeki dapat jiran pemurah. Sebekas memang sekali hadap je habis. Sedap dia tak boleh tahan
حذفamboiii balas dendam betul ni..! Haha!! Sedapnya!!!
ردحذفWoooo... kecur liur weeeiiii! Saya pun nak ikut balas dendam jugak ni... mau cari mangga muda jugak!
ردحذفwahhhh that looks so good
ردحذفamboii, ambil gambar mangga pun cantik ni..hahahah
ردحذفSedapnya... Lama pula tak makan kerabu mangga.. buat mangga asam boi pun sedap nie..
ردحذف