Koleksi Pinggan Mangkuk Ayan Murah Murah jer

Lately, set pinggan ayan, mangkuk tingat ayan trending semula. Kedai jual pinggan ayan merata macam cendawan tumbuh selepas hujan. Kat shopee, lazada dan termasuklah media sosial pun dah ramai jual pinggan ayan.

Kenapa tiba-tiba pinggan ayan ni trending semula ya? tertanya-tanya jugalah. 

Pinggan mangkuk ayan juga dikenali dengan nama enamelware. Salah satu koleksi pinggan mangkuk vintage zaman nostalgia dulu-dulu. Yang menariknya, banyak koleksi pinggan mangkuk ayan terbaru menampilkan design yang lebih moden.

Ikutkan nak je beli pinggan mangkuk ayan Rizalman tu. Berkenan betul mangkuk ayan dia bila tengok video masak beliau. Tapi tahu je lah susah nak dapat. 

Barang Dato' Rizalman kan terlajak laris. Orang berebut nak beli sampai habis stok. Memang Fiza kecewa siap-siaplah. Tak nak berharap.

Lagipun harga dia pun boleh tahan juga. Sepadan lah dengan kualitinya pun. Well, pinggan ayan IKEA pun berbaloi juga dengan harga berpatutan tapi sejak PKP ni nak ke IKEA pun rasa bercinta.

Sedangkan nak masuk beli barang dapur pun nak kena beratur dan menunggu. Rasa sia-sia pula nak ke IKEA semata-mata nak beli pinggan ayan IKEA tu. Simpan dulu lah hajat tu selagi ianya bukan benda penting yang perlu diutamakan.

Tapi...

Perempuan, selagi tak dapat selagi tu dalam kepala dok asyik fikir je. Mencarilah pemborong pinggan mangkuk ayan kot ada yang murah murah untuk buat koleksi pinggan mangkuk ayan. Niat dihati untuk buat props gambar je pun.

Akhirnya beli kat shopee jugalah. Sejak PKP haritu memang bersahabat baik betul dengan Cik Shopee ni. Tak dapat keluar shopping. Shopping online je lah kita.

Disebabkan nak digunakan untuk ambil gambar makanan dan juga sebagai props. Fiza cari harga yang mampu milik. Pingga mangkuk ayan ni ada banyak warna. Yang classic warna kuning dan putih lah.

Dengan bajet tak berapa nak ada, Fiza beli dua set putih dan kuning. Beli pun saiz kecil buat syarat je ni.

Harga Pinggan Mangkuk Mug Ayan

White Enamel Vintage Classic Plate Tableware 18cm : RM7.70
White Enamel Vintage Classic Plate Tableware 15.5cm : RM6.90
White Enamel Vintage Bowl Tableware 16cm : RM7.50
White Enamel Vintage Cup Tableware Diameter 7cm, Height 6.8cm : RM7.50
Enamel Vintage Plate Tableware 18cm : RM5.70
Enamel Vintage Plate Tableware 14cm : RM5.50
Enamel Vintage Rich Yellow Bowl Tableware 16cm : RM7.50
Enamel Vintage Classic Cup Tableware Diameter 7cm, Height 6.8cm : RM7.50

Pinggan Mangkuk Ayan Murah

Mangkuk tingkat/tiffin tu ada rezeki nak beli jugalah. Boleh guna dan boleh juga dijadikan props photography. Betul ke mangkuk ayan Thailand lagi murah?

So far yang Fiza jumpa harga standard lebih kurang je. Tak murah sangat pun sebenarnya. Beli online tak dapat nak tengok kualiti walaupun ada mention thick. Kadang gambar tak sama dengan apa yang sampai kat tangan.

Jangan Gunakan Pinggan Ayan Yang Rosak. Bahaya!

Tebal atau nipis Fiza tak kisah sangat janji dia tak tak rosak, tak kemek, tak calar dan tak karat bahagian dalam. 

Sebab kalau ada ciri-ciri tu boleh memudaratkan kesihatan kita akibat pencemaran daripada logam berat yang digunakan untuk membuat pinggan mangkuk ayan. Sama kes macam pinggan viral tu juga lah.

Sebaiknya check dulu okay atau tidak sebelum guna. Tapi yang Fiza perasan pinggan mangkuk ayan ni dia kemek pada tepi tepi tu. Tapi kemek dia masih ada coating lagi. 

Memang begitu atau itu adalah trademark pinggan mangkuk ayan? Setahu Fiza, mak Fiza tak ada koleksi pinggan mangkuk ayan ni kecuali dulang besar tu je ada.

Kalau mak Fiza ada koleksi pinggan mangkuk ayan ni tak payah susah susah beli. Ambil je buat koleksi sendiri. Kannn. Jimat dah nak membeli. Tapi tak ada pulak. Fiza syak dulu mak tak minat pinggan mangkuk ayan ni kot.

Pinggan Mangkuk Ayan

Mungkinkah kemek luaran itu biasa? Untuk bagi nampak lebih vintage lebih nostalgia mungkin? Buat masa ni kita gunakan untuk ambil gambar je lah ye. 

Ada rezeki nak beli yang ada brand, mungkin pinggan ayan ikea atau pinggan ayan jenama rabbit atau jenama yang premium.

Pinggan Mangkuk Ayan

Pinggan mangkuk ayan ni nak murah-murah boleh beli harga kat Rantau Panjang, Kelantan. Murah-murah katanya semua barangan dapur sebab bebas cukai. 

Kat utara pulak, boleh beli dekat Padang Besar. Siapa yang berminat dengan koleksi pinggan mangkuk ayan dan berdekatan tu boleh membeli buat tambah koleksi. 

Yang jauh macam Fiza, kita beli online je lah. Oh ya, lupa nak share pulak. Fiza beli kat @besbai Shopee.

30 comments:

  1. Arwah mak CP dulu banyak gak koleksi pinggan mangkuk ayan ni.
    Tapi dah tak boleh nak guna dah sekarang. Banyak dah berkarat

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang kan dah berkarat. Tapi ye lah barang lama pasti berkarat sebab dah bertahun lamanya. tak boleh nak simpan dah.

      Delete
  2. Cantik la pinggan mangkuk ayan tu....kalau akak beli ni sure x guna ni...more to buat perhiasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan. nak guna macam sayang. buat perhiasan atau guna untuk tetamu datang je :)

      Delete
  3. Cantik set tu, tu lah tiba2 in trend balik kan

    ReplyDelete
  4. Mak saya suka beno kumpul pinggan mangkuk ayn ni ritu memnag saya beli dekat dia dari shopee senang. Tapi tula kena pilih sebab kalau yang packaging tak elok boleh pecah pulak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak mak kita memang suka. Bab dapat yang pecah atau rosak tu yang tak best tu. Satu kerja nak buat report. huhu

      Delete
  5. masa kecik2 dulu memang banyak barangan ayan kat rumah, mug, kole, pinggan, mangkuk, besen. tapi adalah makcik ammi yg kutuk mama ammi (katanya taulah laki kau keling...mangkuk pun cara keling gak). aduhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. lahh benda camni pun boleh ada isu macam ni pulak. ish ish..abaikan je lah kak. itu namanya orang dengki.

      Delete
  6. ms zmn bdk2 dulu mmg x heran lgsg dgn mangkuk ayan sefamily ni... apa kelas kan... tp sekarang haaa amik ko... berebut org cari ;-)

    ReplyDelete
  7. Memang kembalikan nostalgia masa lalu ni bila nampak pinggan mangkuk ayan! Saya pun rajin kumpul kalau terjumpa di kedai.

    ReplyDelete
  8. Zaman kecik2 dulu memang guna pinggan mangkuk ayan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu dulu banyak digunakan. sekarang ni ramai yang cari semula.

      Delete
  9. mangkuk ayan macam sama demgan mamgkuk ayun hahaha

    ReplyDelete
  10. Payanh dah nak jumpa orang guna pinggan mangkuk ayan ni

    ReplyDelete
  11. Nostalgia pinggan mangkuk ayan ni..terjatuh atas lantai, bunyi kuat..tak sangka kembali in demand..nmpk vintage..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau berlaga ke jatuh memang tak tahan bunyi dia. itulah kan, kembali semua vintage tableware ni.

      Delete
  12. Cantiknya gmbr! Photographer hebat - buat akak yg x tau & x minat dgn pinggan mangkuk ayan pun terasa mcm nak beli.

    ReplyDelete
  13. oooo.. ini ke mangkuk ayan yang macam dalam dongeng tu tu...kisah orang kampung pinjam mangkuk dengan orang bunian tu...ehh tu pinggan tembikar...

    ReplyDelete
  14. ooo ni pinggan mangkuk ayan namanya ek...teringat arwah nenek, suka betul kole dia tu..mangkuk pun ada dulu..tak tau la skang masih ada lagi tak kat umah mak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari orang dulu panggil, begitulah namanya. orang dulu dulu memang suka pinggan mangkuk ayan ni.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.