Lari Ke Hutan Lalu Belok Ke Pantai
Bila post gambar dekat pantai atau hutan mesti caption tu saya nak tulis "lari ke hutan lalu belok ke pantai". Entah kenapa lah terberkenan betul dengan puisi dalam cerita Ada Apa Dengan Cinta (AADC) tu sampai terbawa bawa ke hari ni.
Kawan-kawan, masih ingatkah lagi dengan puisi AADC ku lari ke hutan tu? Tak silap saya cerita AADC ni sangat popular zaman 80-an dulu. Ingat lagi tak? Ditayangkan tahun 2002.
Apehal dulu tengok cerita ni. Itu dulu, zaman muda remaja. Terjebak sebab mungkin masa tu tengah popular. Kita pun into the scene juga lah.
Tak sangka ye sampai sekarang puisi tu masih AADC ku lari ke hutan tu masih jadi sebutan sampai sekarang. Yang saya ingat pun lari ke hutan lalu belok ke pantai. Tajuk tema puisi tentang seseorang.
Tentang Seseorang
Ku lari ke hutan, kemudian menyanyikuKu lari ke pantai, kemudian teriakku
Sepi-sepi dan sendiri
Aku benci
Aku ingin bingar,
Aku mau di pasar
Bosan Aku dengan penat,
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika Ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya biar ramai,
biar mengaduh sampai gaduh,
Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang di tembok keraton putih,
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya, biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan lalu belok ke pantai?
Dulu layan lah juga cerita ni. Remaja baru nak up lah katakan. Ada Apa Dengan Cinta 2 saya tak tengok sebab rasa dah cukup dewasa nak layan cerita remaja. Faktor usia pun ye juga.
Teringat cerita ni bukan apa. Sebab masa dok edit gambar dengan hutan ni terus teringat lah pusi rangga puisi aadc kulari ke hutan.
Teringat cerita ni bukan apa. Sebab masa dok edit gambar dengan hutan ni terus teringat lah pusi rangga puisi aadc kulari ke hutan.
Sama juga bila nak post gambar pantai je mesti dok teringat puisi tu. Habis idea dah nak letak caption apa. Seorang saya bila sentiasa kering dengan idea tak tahu nak letak caption apa. Jarang update laman sosial lah katakan.
Mana satu pilihan di hati? Alang-alang tu jomlah support instagram photography saya @photographeeza. Kalau rajin follow lah, like dan komen. Tak rajin takpa, tak wajib buat pun.
Kira gambar tu ada kaitan dengan hutan jugalah kan. Cakap pasal hutan, rasa dah lama benar tak masuk hutan. Rindu bau hutan! Rindu nak hiking cerita dia.
Paling banyak repeat Bukit Broga. Masa tu tengah trend orang hiking Bukit Broga sebab view Bukit Broga cantik gila masa tu. Teringin nak hiking Bukit Kluang Terengganu tapi jauh pulak. View dia cantik sangat.
Tapi rasa nak pencen dah panjat bukit dan gunung. Seronok tu memang seronok bila berjaya sampai puncak. Husband pun kurang minat dah nak hiking. Lebih baik workout katanya.
Tambah lagi bermacam cerita yang tak sedap didengar terjadi pada pendaki rasa kurang selamat pula nak buat aktiviti hiking. Yang hilang dan baru baru-baru ni maut ketika mendaki. Bukan nak menakutkan.
Tapi yelah kan, benda buruk ni kat mana mana pun boleh jadi. Apapun kena berhati hati je lah masuk hutan. Baca doa semoga kita sentiasa dilindungi Allah.
Lain orang lain minatnya. Mungkin setakat itu je lah aktiviti hiking. Tapi kalau hiking santai santai ada trail yang mudah tu okay je rasanya. Cuma nak masuk the real hutan tu belum kuat lagi.
Setiap pendaki dia ada misi masing-masing. Ada yang nak tawan segala bukit dan gunung. Saya ada kongsikan senarai bukit dan gunung menarik.
Untuk newbie mungkin boleh layan senarai bukit-bukit menarik untuk hiking ni dulu. Kagumlah dengan mereka yang kaki kuat hiking ni. Naik turun bukit gunung laju semacam. Kita ni terhegeh hegeh nak sampai puncak pun.
Opssss..melencung jauh dah ni oii..Mula kau sembang puisi AADC, lepas tu gambar hutan, sekarang masuk topik hiking pulak. Banyak betul corner dia.
Itu tanda-tanda dah kena stop dulu sebelum merapu lagi. Selamat berhujung minggu semua.
Suka gambar tomato yang pertama.
ReplyDeleteSaya suka jalan-jalan tepi hutan. Masuk ke dalam memang belum pernah.
Terima kasih kak. Jalan jalan tepi hutan bau hutan pun seronok juga kak.
DeletePuisi legend, gambar tomato tu pun cantik dan sangat artistik!
ReplyDeleteTerima kasih kak :)
DeleteNice photo shoot, I like!
ReplyDeleteTerima kasih :)
DeleteCantik dua2 photo tomato tu...suka..
ReplyDeleteTerima kasih banyak² :)
Deletecantik gambar tomato tu
ReplyDeleteTerima kasih kak.
Deletesuka gambar yang first...
ReplyDeleteAADC2 baru tengok hari tu bila geng2 bukak kat homestay...tapi tak follow dari awal sampai akhir..tengok2 gitu je..
dah dua vote dah ni. Terima kasih memilih :)
DeleteAADC cerita lama ramai tak tengok dah. hihi
Lamamdulunada tgk aadc mmg best kan
ReplyDeletedulu best lah. tapi sekarang xde feel dah. hihi
Deletesemua menarik dan cantik gmbar2 yg fiza paparkan..gudjob fiza!
ReplyDeleteTerima kasih Shida.
DeleteCerita favourite. Tapi sekarang takde mood dah layan cinta2 ni
ReplyDeletekann..mood dah beralih arah dah sekarang.
Deletecantik foto2 nyaaa
ReplyDeleteTerima kasih Anies :)
Deletegambar tomato tu dua dua cantik sangat!!
ReplyDeleteCik TK pun dah lama tak masuk hutan, tak panjat gunung (walau tak pernah sampai puncak). Tapi berada dekat dengan alam semula jadi kita itu sangat la best rasanya!
cantiknye la gmbr akak amik
ReplyDeleteAisemen....how come tomato pun blh elevated ke aura mysterious mcm ni?👏 Dua2 pun hebat! Tapi kalau kena pilih satu, akak pick #1.😊
ReplyDelete