Pengeluaran KWSP untuk Rawatan Kesuburan IUI, IVF dan ICSI Bagi Pasangan TTC
Bermula 1 September 2020, individu yang layak boleh membuat pengeluaran/withdrawal dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/EPF) untuk rawatan kesuburan.
Ini adalah satu berita baik untuk pasangan yang sedang TTC dan sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat. Mungkin ini adalah masanya dan peluang untuk ikhtiar selagi boleh bagi mendapatkan zuriat.
Maksud TTC
TTC adalah singkatan kepada ‘Trying To Conceive’. Dalam bahasa Melayu bermaksud wanita yang sedang berusaha/mencuba untuk mengandung.
Almaklumlah kos rawatan kesuburan bukannya murah. Lebih-lebih lagi kalau buat rawatan di klinik dan Hospital Swasta. Faktor kos rawatan tu salah satu faktor utama kenapa pasangan yang ingin mendapatkan zuriat tidak dapat membuat rawatan kesuburan.
Sudah semestinya langkah kerajaan yang satu ini dapat memberikan sinar dan peluang bagi pasangan yang kurang berkemampuan untuk membuat rawatan kesuburan bagi mendapatkan zuriat.
Siapa Yang Boleh dan Layak Memohon
- Warganegara dan Bukan Warganegara
- Berumur 55 tahun ke bawah
- Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
- Pasangan (Suami/Isteri) yang sah berkahwin dari segi undang-undang
Siapa Yang Layak Dibiayai
- Diri sendiri dan pasangan.
**Permohonan pengeluaran bagi tujuan rawatan kesuburan, kelayakan memohon hanya dibenarkan kepada pasangan (suami/isteri) yang sah berkahwin sahaja.
Maklumat Tambahan :
- Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan
- Penyakit/ Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP *
- Mendapat rawatan di Institusi Perubatan di dalam Negara sahaja
- Tidak mendapat rawatan alternatif
- Rawatan Kesuburan dibenarkan:Intrauterine insemination (IUI), In-Vitro Fertilisation (IVF) dan Intracytoplasmic Sperm injection (ICSI)
*Semua peralatan perubatan dan/atau ubat yang disarankan oleh doktor (secara bertulis) adalah layak untuk pengeluaran kesihatan dan tertakluk kepada jenis penyakit, yang dibenarkan oleh KWSP
Kategori Pengeluaran
- Pengeluaran individu
- Pengeluaran bersama dengan pasangan
Apa Yang Boleh Dikeluarkan
PENGELUARAN INDIVIDU
Jumlah kos rawatan sebenar*ATAU keseluruhan simpanan dalam Akaun 2 (mana yang lebih rendah)
PENGELUARAN BERSAMA
Jumlah yang dipohon ATAU Simpanan Akaun 2 pemohon masing-masing ATAU Baki kos rawatan setelah ditolak amaun pengeluaran pemohon terdahulu
(mana yang lebih rendah)
Cara Memohon Pengeluaran Rawatan Kesuburan
Ahli boleh mengemukakan permohonan Pengeluaran Rawatan Kesuburan di mana-mana Pejabat KWSP dengan melengkapkan :
- Borang Permohonan Pengeluaran Kesihatan KWSP 9D (AHL) berserta dokumen sokongan.
- Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
- Buku bank/Penyata akaun simpanan/penyata akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
- Surat pengesahan daripada majikan ahli dan/atau ahli keluarga yang mengesahkan tanggungan pembiayaan kos perubatan (jika berkenaan)
- Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
- Laporan Perubatan - Rawatan Kesuburan LPP-2
Pemohon juga boleh memohon untuk pengeluaran manual. Permohonon juga boleh dibatalkan selepas pendaftaran jika berubah fikiran dan perlu mengikut prosedur yang diberikan.
Untuk pasangan yang dah lama berhajat nak buat rawatan kesuburan tapi tak mampu dari segi kewangan, boleh lah tambah sikit kos bila pengeluaran KWSP dibolehkan untuk tujuan ini.
untuk maklumat lanjut tentang Pengeluaran KWSP untuk rawatan kesuburan IUI, IVF dan ICSI : https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/partial/health#Rawatan_Kesuburan
Baru je buat pengeluaran i-Lestari akaun 2 haritu masa PKP. Nampaknya belum ada rezeki lagi nak buat rawatan ni. Mungkin rezeki dengan cara lain. Kita sabar sikit lagi atau usaha lagi dengan cara lain untuk TTC mengandung.
10 Cara TTC Mengandung
1. Jaga Pemakanan Dan Diet
Amalkan pemakanan yang seimbang sepanjang proses TTC mengandung. Perbanyakkan makan sayur dan buah-buahan. Atau boleh gantikan dengan supplement pengganti nutrisi sayur dan buah kalau tak makan sayur dan buah.
2. Dapatkan Berat Badan Yang Ideal
Salah satu punca kurang subur disebabkan masalah kegemukan dan obesiti. Yang berjaya pregnant itu adalah rezeki mereka. Yang penting Body mass index (BMI) perlu dijaga.
3. Tidak Mengambil Minuman Berkafein dan Jangan Merokok
Kajian saintifik mengatakan pengambilan kafein yang berlebihan boleh mengurangkan kesuburan. Begitu juga dengan tabiat merokok.
4. Detoks
Toksin yang berlebihan dalam badan boleh membahayakan dan menggangu kesuburan wanita. Detoks bertujuan membuang toksin-toksin yang ada dalam badan.
5. Ketahui Bila Waktu Subur (Ovulasi)
Belajar cara untuk mengetahui waktu subur sendiri untuk memudahkan perancangan hamil.
6. Kerap Bersama Dengan Pasangan
Kerap melalukan hubungan intim dengan pasangan dan nikmati waktu bersama tanpa stress.
7. Jangan Stress
Elakkan rasa stress sepanjang TTC. Berfikiran positif dan jalani hidup dengan normal untuk elakkan stress.
8. Ambil Vitamin
Mengikut saranan doktor, asid folik bagus untuk kesuburan. Saranan vitamin lain untuk meningkatkan kesuburan adalah :
- Vitamin E
- Zinc
- Copper
- Panthothenic acid
- Potassium
- Vitamin A
- Vitamin C
- Vitamin D
- Thiamin B6
- Riboflavin
- Niacin
9. Jumpa Doktor Pakar
Untuk berjumpa dengan doktor, pastikan sudah berkahwin lebih dari 2 tahun. Dari pengalaman Fiza, doktor akan buat ujian kesuburan dengan cara scan rahim, ambil sample darah dan banyak lagi.
Setiap kali temujanji doktor akan pantau dan solve apa yang perlu dibuat. Bukan isteri je, suami pun kena buat sekali.
10. Berdoa dan Berserah pada Allah SWT
Setelah semua usaha yang kita lakukan masih belum berhasil. Berdoa dan berserah pada Allah SWT. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Teruskan berdoa dan jangan pernah mengalah.
Allah tahu apa yang terbaik dan berikan pada waktu yang tepat. InshaAllah...
Kemudahan yang baik untuk pasangan yang TTC. Rawatan ferteliti di hospital swasta memang mahai bebenoo hehehehe
ReplyDeleteSyukur kerajaan ada buat skim pengeluaran macam ni. Kalau nak tunggu umur tu lambat lagi baru boleh keluar kan.
Deletebersyukur la pasangan yg tiada masalah .
ReplyDeleteRezeki masing-masing :)
DeleteTerima kasih, info berguna. Berusaha dahulu, in sya Allah mana tahu dimakbulkan Allah.
ReplyDeleteMudah mudahan berhasil. Usaha mana termampu yang lainnya serahkan pada Allah :)
DeleteAlhamdulillah, berita baik utk pasangan yg TTC..semoga Allah makbulkan doa kalian semua..
ReplyDeleteSemoga Allah permudahkan segala urusan untuk semua yang sedang berusaha TTC. Aaaminnn
Deletenice sharing
ReplyDeleteSharing is caring :)
Deleteberita baik bagi pasangan yang nk mohon utk buat rawatan kesuburan ni.
ReplyDeleteBetul shida. At least dapat membantu :)
DeleteAlhamdulillah 👍
ReplyDeleteAlhamdulillah :)
DeleteSemoga beroleh rezeki mendapat anak pada yang berusaha, insyaallah bak kata AMN, Allah akan beri pada waktu yang tepat :)
ReplyDeleteAamiin ya rabbal 'alamin
DeleteInisiatif yg baik dr KWSP utk membantu pasangan yg layak sbb prosedur tu mmg mahal.
ReplyDeleteBetul tu kak. Syukur ada inisiatif macam ni
Deletesatu inisiatif terbaik dilakukan KWSP
ReplyDeleteBetul. Setuju sangat!
Deletetp harap2 nya ada juga peluang sebegini utk mereka yg x bekerja / x ada caruman...
Deletebole usaha mana cara yg boleh, mudah2n ada rezeki mereka yg ingnkan cahaya mata,
ReplyDeleteAlhamdulillah. Usaha, doa dan tawakkal...in shaa Allah. Segalanya dengan izin-Nya jua.
ReplyDeletethank you so much for sharing this info akak
ReplyDeleteivf ni mahal giler.. juta2 rm.. akaun 2 mana cukop.. insurance pown xleh cover.. dh xde rejeki nk dpt dgn pasangan yg sedia ade.. mukin x serasi.. insyaAllah leh cuba nikah lainn.. aminn ya robbal Alamein
ReplyDeleteSaya baru tahu boleh keluarkan KWSP untuk usaha rawatan ini. Terima Kasih kongsi maklumat.
ReplyDeleteohh macam ni pun bole ya.. thank u for sharing this good info!
ReplyDeleteohh baru tahu rawatan kesuburan pun boleh guna KWSP
ReplyDeletekena ada kerjasama antara suami isteri..
ReplyDeleteWow..baru kutahu bila baca kat sini..hoho..nice la..dibuka peluang macamni..Alhamdulillah...Sapa ada KWSP yang cukup, harus mencuba ni..hihi.. tQ info
ReplyDelete