Pernikahan Mira Filzah dan Wan Emir Secara LIVE

Beberapa hari lepas, lebih kurang seminggu lepas Majlis khatam Al-Quran Mira Filzah dan adiknya. Lahh ingatkan Mira Filzah yang nak bernikah dah. Sekali rupanya majlis adik Mira Filzah. Teaser sangat kan.

Pernikahan Mira Filzah dan Wan Emir Secara LIVE
Credit : google

Plan bernikah bulan Oktober depan tapi disebabkan kakaknya nak balik oversea dan susah nak berulang alik lagi. So tarikh nikah Mira dipercepatkan. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Jadinya, malam ni bakal berlansungnya majlis pernikahan Mira Filzah dan Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar secara live.

pernikahan-mira-filzah-dan-wan-emir
Credit : google


Majlis pernikahan di bawakan secara ekslusif melalui show MBuzz TV3 pukul9 malam selama 10 minit. Atau boleh tonton di YouTube TV3 pukul 8:30 malam.

Semoga majlis mereka berjalan dengan lancar. Apa yang buat tak sabar nak tonton sebab nak tengok baju nikah Mira Filzah. Suka tengok majlis kahwin artis yang serba elok semuanya walaupun kecil-kecilan.

"Majlis pernikahan dan resepsi akan diadakan secara kecil-kecilan saja. Saya tidak mahu mengadakan majlis yang besar kerana tidak berani menanggung risiko berikutan negara kita masih belum menang memerangi Covid-19

"Hanya 250 tetamu yang akan diundang ke majlis saya nanti demi mengikut saranan kerajaan supaya mengamalkan langkah penjarakan fizikal. Pada masa sama juga saya mahu mengelakkan daripada timbulnya sebarang kontroversi.

"Selalunya apa saja yang dimuat naik selebriti di laman sosial sering mencetuskan perbalahan, jadi bagi mengelakkan perkara itu dari berlaku, langkah yang terbaik adalah mengehadkan tetamu ke majlis saya," katanya.
-sumber : hmetro.com.my
Perkahwinan Mira Filzah ni perkahwinan yang dinantikan oleh peminat Mira Filzah. Penting ke sampai buat live? Tak payah kecam. Biarlah, itu majlis dia dan rezeki dia. Doa kan yang baik-baik sudah.

Kita doakan yang baik baik dan orang juga akan doakan yang baik baik juga untuk kita. #fikirbaikbaik #doabaikbaik

Bagus ye Mira Filzah ni sebab dia pun guna bajet sendiri tak bergantung pada tajaan. Ye lah kan, boleh buat majlis macam apa yang kita nak. Majlis pun sampai 3 majlis resepsi secara live juga tu. Boleh dikatakan Wedding Of the Year ni.


 credit :TV3

22 comments:

  1. uih.. mama baru tau ni serius ni.. tahniah mira filzah n pasangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe mamapp, tak wajib tahu pun. sekadar berkongsi cerita :)

      Delete
  2. Moga perhubungan ini terus mendapat redha Allah SWT hingga akhir hayat.Aamiin.

    ReplyDelete
  3. Hari ni rupanya. Tidak spat hendak tengok baru balik dari makan.
    Ya doakan sahaja. Doa itu akan kembali pada kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak, malam tadi. Betul, doa yang baik inshaAllah kita juga akan dapat yang baik baik.

      Delete
  4. Mira Filzah ni dah la cantik memang untung sungguh bakal suaminya ✨

    ReplyDelete
  5. suka dengan MF ni..cantik, decent, polite..

    ReplyDelete
  6. sempat smlm tgk majlis diorg sambil mkn nasi hehehe... tp 1 je benda yg sy agk kecewa. sy sangka mira akn pakai tudung menggayakan style lain...maksudnya gaya yg dia x pernah tunjukkan...overall mmg lawa laa esp mekap dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurang idea mungkin nak menggayakan fesyen lain. lawa tu memang lawa tak dinafikan.

      Delete
  7. Manisnya pasangan pengantin! Sama padan. Pakaian MF simple tapi elegen!

    ReplyDelete
  8. seronok betul tengok Mira Filzah sudah berkahwin...

    sya tumpang gembira juga nie

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.