Pisang Emas Di Bawa Belayar
Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. Siapa ingat pantun tu? Kalau ingat, bagusss! 5 markah!
Tapi kalau ditanya jenis pisang, confirm markah terjun laut dalam. Ngaku je lah, tak tahu jenis-jenis pisang. Bukan tak tahu semua, ada lah tahu juga jenis-jenis pisang yang mudah nak kenal.
Contohnya macam pisang tanduk, pisang yang besar dan panjang. Senang nak kenal. Pisang nipah pula bentuknya tak berapa nak bulat sangat. Dia ada bersegi sikit. Rasanya dua tu je la yang Fiza tahu.
Sekarang dah banyak pisang dikacukkan. Abah Fiza kat kampung tanam pisang tanduk nangka.
Pisang Nangka + Pisang Tanduk = Pisang Tanduk Nangka
Pisang tanduk nangka paling sedap buat kerepek.
Pisang tak sama dengan pishang ye.
Tapi kalau ditanya jenis pisang, confirm markah terjun laut dalam. Ngaku je lah, tak tahu jenis-jenis pisang. Bukan tak tahu semua, ada lah tahu juga jenis-jenis pisang yang mudah nak kenal.
Contohnya macam pisang tanduk, pisang yang besar dan panjang. Senang nak kenal. Pisang nipah pula bentuknya tak berapa nak bulat sangat. Dia ada bersegi sikit. Rasanya dua tu je la yang Fiza tahu.
Sekarang dah banyak pisang dikacukkan. Abah Fiza kat kampung tanam pisang tanduk nangka.
Pisang Nangka + Pisang Tanduk = Pisang Tanduk Nangka
Pisang tanduk nangka paling sedap buat kerepek.
- Resipi pisang tanduk goreng
- Resipi kerepek pisang tanduk nangka
- Resipi kek pisang tanduk nangka guna sebiji pisang je!
Pisang emas boleh buat apa je? Macam-macam boleh dibuat dengan pisang emas ni. Boleh cuba pelbagai resepi pisang emas dari carian google.
- Cekodok pisang
- pisang emas goreng
- Serawa pisang
- Muffin pisang
- Kek pisang
- Kek pisang chocolate chips
- Lepat pisang
- Smoothies banana
- Serawa/pengat pisang
- Croissant chocolate banana
- Apam pisang
- Lempeng pisang
- Sayur lemak pisang
- sedap dimakan begitu saja
Pisang emas ni mak bagi last week. Hari rabu kalau tak silap. Tapi lambat betul ye masak pisang emas ni. Lebih seminggu baru semuanya hampir masak.
Bukan ke kalau pisang ni nak masak ambil masa 2-3 hari je dah masak? Ke ikut jenis juga? Siapa tahu tolong jawabkan ye. Terima kasih.
Disebalik pembayang pantun pisang emas di bawa belayar, masak sebiji di atas peti.
- Pisang Emas
Diberi nama pisang emas kerana pisang ini unik. Kulitnya berwarna kuning ketika muda sampailah buahnya masak.
Pisang membekalkan tenaga yang cepat. Sebiji buah pisang bersaiz sederhana karbohidrat, serat makanan, vitamin B6, potassium dan juga kalium yang baik.
Sebab tu kita digalakkan makan pisang jika melakukan aktiviti sukan. Kebanyakkan para atlet akan menjadikan pisang sebagai sumber karbo mereka untuk mendapatkan tenaga dengan cepat dan lebih berkesan.
Potassium melancarkan pergerakan otot dengan betul semasa latihan dan juga dapat mengurangkan berlakunya kekejangan.
- Dibawa Belayar
Zaman dahulu, pengembara dan pedagang suka berlayar. Meredah laut dan mengembara dalam tempoh yang lama.
Ada yang mabuk laut/mabuk ombak. Ikut petua orang dulu, nak hilangkan mabuk dengan makan pisang emas. Pelayar akan membawa pisang emas sebagai bekalan untuk mereka. Untuk tenaga dan juga hilangkan mabuk laut.
- Masak Sebiji Di Atas Peti
Pisang emas dikatakan unik sebab buahnya masak sebiji-sebiji bukan terus masak setandan. Sebab itu jugalah pisang emas sesuai untuk pelayaran yang lama. Boleh makan sehari sebiji yang dah masak. Boleh simpan lama lah cerita dia.
Lagi pula pisang emas sangat sesuai dan sedap di makan terus. Saiznya yang sederhana juga mudah untuk dibawa semasa pelayaran.
Begitulah kisahnya pembayang pantun pisang emas ni.
Maksud hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. Dah boleh faham maksudnya kan?
Kredit : sumber
PISHANG
Originated from the banana fruit in Malay, which is Pisang. The term pishang is used for when someone is really bored or rotting, as of how fast a banana skin would actually rot.
Kredit : urbandictionary
Seronok baca huraian pantun pisang emas ini. Indahnya pantun lama, warisan nenek moyang. Pembayangnya penuh pengalaman hidup, maksudnya sungguh tersirat dengan pengajaran dan kias ibarat. Cantik!
ReplyDeleteBetul kak amie. Orang lama sangat pandai bab menyusun ayat pembayang dan ada maksudnya yang tersirat.
Deletecantiknya gambar gambar pisang sis tangkap :)
ReplyDeleteTerima kasih banyak² :)
DeleteWak tengah cari benih pisang tanduk nangka untuk ditanam.
ReplyDeletePisang yang dijual tu masak serentak dan cepat masak sebab diperam menggunakan egen pemasakan buah.
tahun lepas ke dua tahun lepas, ada orang mintak benih tu. Tak pasti lah ada lagi ke tidak benih pokok tu. susah juga nak dapat.
Deleteohh ye ke wak macam tu, patutlah pun.
Baru tau Cik kalo pisang ni masaknya sebiji sebji tidak sekaligus. Di tempat saya pisang nih lebih banyak sebagai buah untuk makanan penutup.
ReplyDeletebegitulah ceritanya. ohh begitu ya. Sudah pasti lain tradisinya :)
DeleteOohhh...selama ni tak paham kenapa bila borang ke sebut pishang...
ReplyDeletehehe..zaman sekarang. Macam macam perkataan ada. kena buka urban dictionary lah jawabnya :)
Deletehhhahaha budak sekarang suka nau sebut pishang.. ammi tau pun sebab despatch office ni suka nau letak status "pishang" kat whatsapp..
ReplyDeleteitulah pasalnya kak. macam-macam perkataan ada.
DeleteSama la... teman nie pun bukannya tau sangat nama-nama pisang nie...
ReplyDeletepekebun dan generasi lama je yang arif bab jenis pisang ni :)
Deleteshida rajin juge sebutnyeee..pishangggg hahahaa
ReplyDeletehehe..so pishanggg
Delete