Header Ads

Resipi Kek Pisang Coklat Moist Cara RahmatBaha

Sedang scroll twitter, terhenti kejap tengok resipi kek pisang coklat moist cara rahmatbaha. Kelihatan menarik betul kek pisang moist buatan beliau. Retweet dan likes pun banyak boleh jadi resipi kek pisang coklat viral lah.

Bila dipotong tu nampaklah betapa moistnya kek pisang coklat pisang. Nampak macam kek pisang coklat kayangan pun ada. Mewah betul dengan ke'moist'an dan coklat. 

Resipi Kek Pisang Coklat Moist Cara RahmatBaha
Kredit image : rahmatbaha

Terus rasa teringin nak makan kek pisang coklat. Dah lama tak membuatnya pun. Disebabkan macam menarik betul kek pisang coklat moist tu. Why not ada masa dan ketikanya nanti boleh lah dicuba. 

Moist Banana Chocolate Cake

(Loyang 9x3)

Bahan-bahan

4 biji pisang berangan (190g)
113g Salted Pure Butter (Cairkan)
120g Buttermilk/yogurt
1tsp Vanilla Esen (RB Vanilla)
200g Gula Perang
160g Tepung Superfine
1tsp Baking powder
1/2tsdp Baking Soda
1/2tsp Garam
25g Koko Powder
60g Dark Chocolate Chip

Cara-Cara

1. Panaskan oven 180C
2. Lenyek pisang dahulu dengan garfu. Kemudian masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sebati.
3. Masukkan buttermilk dan sebatikan, kemudian masukkan gula perang dan gaul sebati. Lepas tu masukkan pulak esen vanilla.
4. Bahan kering seperti tepung, baking powder, baking soda dan garam satukan dalam satu bekas.
5. Masukkan bahan kering tadi dalam bancuhan dan kemudian ayak koko powder ke dalam bancuhan. Gaul rata.
6. Kemudian masukkan coklat chip dan kacau rata
7. Sedia untuk dimasukkan ke dalam loyang, kemudian taburkan coklat chip di atas.
8. Bakar dengan suhu 180C selama 50-60minit. Cake akan sedikit moust di bahagian tengah. Cucuk dengan lidi di tengah untuk pastikan kek sudah masak atau tidak. Jika tidak melekat pada lidi tandanya kek sudah masak.


Kek Pisang Coklat Kukus Vs Kek Pisang Coklat Bakar

Ye, citarasa setiap orang berbeza. Tekak lain-lain kan. Ada orang suka kek pisang coklat kukus sebab rasanya lagi lembut dan atas kek pun tak keras macam dibakar. Sedap memang sedap tapi tak boleh simpan lama sebab cepat berkulat. Mungkin sebab terlalu moist.

Boleh juga gunakan bahan dan kaedah yang sama untuk resipi kek pisang coklat kukus. 

Kalau Fiza, suka kek pisang bakar. Suka lapisan atas yang merekah dibakar tu. Bila dibakar ni bau dia lagi wangi. Paling penting boleh simpan lama.

Antara resipi paling popular resipi kek pisang coklat Azlina Ina, resipi kek coklat pisang Azlita dan ada juga orang panggil resipi kek pisang coklat chip moist. Kalau ada resipi kek pisang coklat moist sukatan cawan lagi senang kita nak buat.

Tapi resepi kek pisang coklat moist cara Rahmatbaha ni kenalah ikut sukatan dan kaedah yang betul. Barulah menjadi kek pisang coklat moist kau orang nanti. Selamat mencuba.

Kredit resipi dan gambar : Rahmatbaha

هناك 48 تعليقًا:

  1. Ni yang viral ramai nau geng Sis buatnya...ada yang jadi ada yang try and error..tapi rasa sedap semua mereka kata...nk cuba gak lerrr

    ردحذف
    الردود
    1. oh ye ke kak? viral ye? baru ku tahu. kek pisang memang sedap. selamat mencuba kak. kot jadi leh hantar sini :p

      حذف
  2. Aduhai Fizah besar betul kek dalam screen ni..
    Time hujan camni dapat kek dengan kopi panas memang mables, huhuhuhu

    ردحذف
    الردود
    1. Aduhaii tak dapat nak membantu kak. hihi..sedap tu dapat kek dengan kopi panas buat minum petang.

      حذف
  3. Saya suka makan kek pisang, tak kiralah ada coklat atau pun tidak. Lagilah kalau gunakan pisang berangan. Kalau dapat yang moist begini memang tak cukup dua hiris, maunya setengah loyang sekali makan.... hahaaaa!

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha..terlebih sudah tu kak. tanpa sedar kan :)
      Pisang berangan lagi sedap ye kak kalau buat kek pisang moist?

      حذف
  4. Selalu buat kek pisang atau kek coklat sahaja. Belum pernah buat camur 2 bahan.

    ردحذف
  5. sedapnya.. boleh cuba buat nnti. Tq share. btw, blogwalking here jemput singgah blog mira ;) https://itsmieracle.blogspot.com/

    ردحذف
  6. Sedapnyaa.
    Boleh la try nanti kalau mood rajin telah kembali.

    ردحذف
  7. aduyai apesal nampak sedap sgt tuh.. kawan mama ada buatkan mama kek pisang coklat moist.. mmg sedap la

    ردحذف
  8. Pandai buat noh. Cheery buat cake jd biskut. Keras kejong. Kena banyak belajar lagi huhu . Btw jemput join giveaway yeh https://ctcheery87.blogspot.com/2020/09/giveaway-selamat-tinggal-moratorium-by.html?m=1

    ردحذف
  9. nyumnyum! terliur pula tengok. huhu Jemput join my GA :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ردحذف
  10. waaaahhhhhh bestnya kek pisang coklat..
    betol2 nmpk kek kayangan.. hihikk

    sy pon suka kek pisang bakar..
    rangup di luar lembut di dalam.. haha

    ردحذف
  11. Menjadi betul kek tu bila dipotong nampak bersih pisau tu. Lama tak buat homemade kek dulu ada dapur oven sendiri rajin sikit buat. Kena keep in folder resepi ni.

    ردحذف
    الردود
    1. Owner resipi tu buat memang menjadi kak. ada masa boleh cuba nanti :)

      حذف
  12. Akk pun baru buat kek pisang Fiza. Tapi serbuk koko takde, jadi kek pisang biasa je :)

    ردحذف
  13. Biasa buat kek pisang je. Tak pernah lagi cuba kek pisang coklat. Boleh buat wiken nie :)

    ردحذف
  14. nampak sedap nih..tp mcm xmudah je nk buat fiza..shida bab2 mcm ni yg gagal selalu huhuuu

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.