Resipi Popia Goreng Kayangan dan Sambal Manis

Tak move lagi ye entry resipi dan makanan. Ya, dan masih lagi cerita tentang popia. Saja bagi nama popia goreng kayangan sebab kaya dengan isinya. Bila buat sendiri, macam-macam kita boleh letak ikut selera sendiri. 

Dan letak sepadat mungkin intinya, barulah terasa nikmati sedap kuih popia goreng. Popia ni ada yang panggil popia gulung ada yang panggil popia sahaja. Ke ada nama lain lagi?

Nak buat kuih popia goreng pun ikut cara masing-masing. Ikut cara saya, lagi sedap tumis dulu dengan bawang putih dan bawang merah.

Ada juga yang terus letak fresh macam tu. Kenapa ye bila beli popia goreng mesti dapat popia yang hanya letak taugeh je? Lepas tu taugeh je seciput je. Ada yang sampai hangus pulak tu. 

Rasa dah banyak kali beli macam tu juga. Tempat berbeza-beza. Sudahlah harga kuih sekarang mahal. Sedih! 

Lama dah plan nak buat popia goreng ni. Sebelum ni macam mood rajin tu tak ada. Haritu dah buat popis, lepas tu pack kulit popia dah buka, kita pun rajinkanlah diri ini. Lapar pulak tu kan hujan petang-petang.

Resipi Popia Kayangan Kaya Inti dan Sambal Manis

Lalu merajinkan buat popia goreng. Kalau malas, berlapar lah jawabnya! Sambal manis dah siap-siap buat awal haritu. Senang nak makan dengan popia goreng atau tauhu sumbat.

Bahan-Bahan
Kulit popia ready made (saya guna jenama figo)
1 sudu besar tepung gandum bancuh dengan air (untuk dijadikan gam lekatkan bungkusan popia)
1 biji bawang merah (didadu)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
5 ekor udang (cincang)
3 batang kacang panjang (potong kecil)
1/2 batang carrot (disagat halus)
2 biji telur (scrambled eggs)
1/2 sudu serbuk pasti sedap/secukup rasa
Minyak untuk menumis dan menggoreng

Cara-Cara buat popia goreng
1. Panaskan 2 sudu minyak masak, tumiskan bawang putih dan bawang merah.
2. Dah naik bau dan garing sikit, masukkan udang dan kemudian masukkan kacang panjang.
3. Bila hampir masak, baru masukkan scrambled eggs yang dah disiapkan awal-awal. 

Akhir sekali baru taburkan serbuk pasti sedap/secukup rasa. Angkat dan toskan guna penapis. Masa membungkus tu baru letak carrot yang disagat. Barulah fresh dan tak layu sangat.

Kalau masak sekali tadi dah kurang rangup carrot tu. Bungkus popia macam biasa dan gamkan guna bancuhan tepung.

Panaskan minyak untuk menggoreng dan masak dengan api yang perlahan. Takut hangus! Dah kekuningan tu dah kira masak dah tu. Angkat dan toskan minyak.

Kalau makanan bergoreng banyak minyak boleh rasa pening makan. Itu saya lah. Selain bahan-bahan di atas, kau orang boleh je letak bahan lain macam daun sup ke, kentang, taugeh, tauhu, isi ayam, sosej dan lain-lain.

baca juga : Resipi popia goreng dan sambal manis


Ikutkan ada taugeh baru nak buat. Tapi takpelah, ini pun dah kira mewah bahan-bahan dah. Resepi sambal manis pun senang je nak buat.

Cili kering dah buang biji, 2 ulas bawang putih, air asam jawa, gula dan garam. Blend halus dan masakkan atas dapur. Sambil tu kau orang adjust lah rasa dia. Nak tambah gula ke tambah air lagi ke.

Nah, begitu! Kenyang makan popia goreng buat menu makan petang dan selebihnya buat dinner.

26 comments:

  1. MashaAllah, Sedapnyaaa! Saya suka popia carbonara ....hehe..kadang kadang buat popia Ketam..isi tuko tuko gituuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Carbonara pun sodap! Tak payah buat sambal manis dah.

      Delete
  2. Kami satu keluarga memang hantu popia.
    Tak pernahlah tak habis kalau buat popia. Leak di meja, tak sampai 5 minit licin.
    Sedap tu inti popia Fiza buat, bubuh udang lagilah tambah sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sampai 5 minit licin, sedap tandanya tu. makan panas panas pulak tu kan. bubuh udang lagi sedap kak :)

      Delete
  3. Mrs. A suka popia goreng asli macam nih! oh! ingatkan kayangan tu harganya mahal rupanya kayangan dengan isinya hehheeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kayangan kaya isi. Kalau jual boleh jadi mahal juga kot. hihi

      Delete
  4. Sedpanya masya Allah. Bahan dah cukup, kulit popia pulak tak ada. Haiyak! :)

    ReplyDelete
  5. Memang buat sendiri lagi puas maka banyak-banyak. Suka makan kosong tidak payah sos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. puas dengan segala bahan yang ada.
      ohh citarasa berbeza. Jarang orang makan popia tanpa sos :)

      Delete
  6. Wahh tengok pun tahu rngup tak tebal Sgt , suka :)

    ReplyDelete
  7. puas hati bila ada banyak bahan tak kedekut macam ni kan

    ReplyDelete
  8. buat sendiri best, makan pun puas hati.

    ReplyDelete
  9. tq fiza sharing resepi..
    Inshaa Allah shida cuba nnt.

    ReplyDelete
  10. sy ni jenis mkn popia mesti nk kuah lada. kalau cicah sos or sambal biasa, mmg x jalan hehehe... tp... bc entry ni, rs nk buat popia laa pulak😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin boleh cuba sambal manis camni pulak Anies. selamat membuat popi :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.