Resipi Popis (Banana Roll) Topping Chocolate

Popis? Kedengaran macam pelik dan tak pernah dengar. Kalau nak tahu POPIS ni adalah gabungan daripada popia/popiah dan pisang. Jadilah POPIS. 

Popia + Pisang = Popis

Macam-macam ye inovasi makanan terkini yang viral jadi santapan orang zaman sekarang. Popis juga dikenali dengan nama banana roll. 

Siapalah punya idea menghasilkan resepi popia pisang viral ni ye? Kreatif lah siapa yang mencipta  inovasi makanan. Lebih variasi dan kena dengan citarasa orang muda zaman sekarang. 

Kenapa orang muda? Orang lama sudah pasti kurang gemar dengan makanan yang baru macam ni. Mereka lebih gemar kepada makanan tradisional yang tak diubah resepi asalnya.

Bukan hanya sekadar pisang, banyak lagi bahan yang boleh digabungkan dengan pisang menjadi popis yang sedap. 

Niat dihati baki pisang yang ada selepas buat kek pisang dan cekodok tu nak buat pisang goreng. Tiba macam rasa jemu nak makan pisang goreng. Apakata kita buat popis pulak.

Kebetulan ada kulit popiah. Entah bila nak buat popia, asyik bertangguh je. Kebetulan juga ada susu coklat krimer manis dalam tube tu. Jadilah buat topping popis.

Resipi Popis (Banana Roll) Topping Chocolate

Fiza buat popia pisang karamel paling mudah guna resipi popia pisang gula perang. Sedap guna gula perang. Gabungan karamel bergabung dengan pisang tu sedap. Cara nak buat popis tak susah mana pun.

Resipi Popis (Banana Roll) Topping Chocolate


Bahan-Bahan
Pisang masak (nak sedap guna pisang kapas, pisang emas, cavendish atau ikut suka nak guna pisang apa, janji pisang masak)
Kulit popia
Gula perang
Sedikit tepung yang dah dibancuh dengan air (fungsi untuk gam kan kulit popia)
Minyak masak untuk menggoreng
topping susu coklat krimer (dalam tube)

Cara-Cara
1. Potong melintang pisang 2 bahagian
2. Ambil satu bahagian letak atas kulit popia dan taburkan gula perang. Ikut suka nak tabur banyak mana.
3. Kemudian bungkus lah popia macam biasa. Lepas tu gam dengan bancuhan tepung tu.
4. Panaskan minyak dan goreng gunakan api yang sederhana. Jangan buka api besar sebab kulit popia ni cepat masak. Bila dah warna keemasan ke keperangan tu boleh angkat dan toskan minyak dengan tisu atau penapis.

Hidangkan dalam pinggan dan letak topping coklat sebanyak mana suka. Selain topping coklat, boleh taburkan kekacang, nestum, cornflakes, oreo, cheese,milo, nutella atau susu pekat manis.

Filling tu pun selain gula perang boleh juga letakkan cheese dengan pisang, atau gantikan buah pisang dengan strawberry. Pun sedap juga.

Sebelum terlupa, potongan pisang tu kalau bengkok susah nak bungkus kan. Kau orang potong tengah dulu, baru potong melintang. Lepas tu susun lah bagi lurus sebelum membungkus popia.

Resipi Popis (Banana Roll) Topping Chocolate

Haru biru tengok bungkusan popia Fiza ni. Hentam sajalah labuuuu. Janji sedap di tekak dan selamat masuk dalam perut. Buat popis frozen sekali. Senang nak makan terus goreng je nanti. 

Budak budak mesti suka benda manis macam ni. Bolehlah buat untuk sarapan ke minum petang ke. Orang dewasa sekali sekala boleh lah. Tahap manis kena kawal juga. 

Nak nampak makanan sihat sikit. Bungkus pisang dengan kulit popia je pun dah sedap dah kot kan. Tapi tak sihat sikit lah sebab kena menggoreng juga kaeadahnya. Bye pisang goreng!

Eh, pisang goreng tak boleh ditinggalkan. Tetap No.1 pisang goreng cicah sambal kicap style johor. Okay habis episod sesikat pisang. Lega dah habiskan pisang tanpa membazir. 

42 comments:

  1. serius sedap ni! ms PKP aritu mmg rajin buat popis..
    yela sbb keje mkn je ms PKP kan.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..buat lebih letak dalam freeze. Time lapar gorengkan ajer!

      Delete
  2. sedap makan time panas, bila sejuk lembik hehehe...
    tapi lama dahla tak buat tengok fizah buat teringin lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila sejuk bukan setakat lembik, liat juga. Memang kurang sedap. Selamat mempopiah kak.

      Delete
  3. Hehe macam-macam cara buat untuk sesikat pisang.
    Memang jemu buat pisang goreng atau cekodok.

    ReplyDelete
  4. Comelnya popis!
    Betul tu, orang muda lebih sukakan makanan yang baru, orang lama lebih kepada masakan gaya tradisional tapi tak semualah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak. orang lama tetap dengan rasa dan cara tradisional.

      Delete
  5. Menu resepi yang sedap kak. Popis, GV pun baru tahu nama ni lepas baca post akak. huhu. unik dan kreatif zaman skang kan kak. tapi menu Popis mmg nampak sedap. hihi.

    ReplyDelete
  6. Pernah buat ni dengan anak sedara CP masa PKP hari tu.. sedap :)

    ReplyDelete
  7. Kat taman akk ni ada jual dlm grup wasap, boleh tahan mahal, 5 biji 7hengget ko, tapi akk tak pernah beli pon, nnt akk nak try buatlah guna resepi fiza ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak, ikut pasaran harga macam tu. Nak puas hati buat sendiri je :)

      Delete
  8. cantiknya gambar fiza tangkap, mesti ramai visitor dr pinterest nanti ni ;)

    ReplyDelete
  9. ehh awat comei sanagt popis..nak try!
    sis ajar la cmner edit gamabr tu..sukaaaaaaa cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat mencuba AD.
      Terima kasih. Kita ni tak tahu nak mengajar orang.

      Delete
  10. sedapnya fiza...teringin pulak bila nengoknye haaa

    ReplyDelete
  11. Saya suka aje camni! Lelagi kalau coklat...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa silakan membuat nanti tau. boleh makan puas puas. Jangan lupa letak extra coklat :p

      Delete
  12. Replies
    1. Ada masa dan bahan bahan boleh cuba buat nanti. frozen kan dan boleh makan bila bila masa gitu.

      Delete
  13. makanan fusion mcm ni tentu org2 lama tak berapa gemar.. rare sgt

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. Hihi..boleh tu memang boleh. Tapi kena banyak proses kalau nak mula berniaga :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.