Sesekali Breakfast Cereal Honey Stars Dan Susu
Cerita sarapan pagi sabtu lepas. Kira aci lah kan cerita waktu minum petang gini. Fuhh kemain breakfast omputih (orang putih) pulak dah. Sesekali nak bertukar selera anak tekak ni apalah salahnya pun. Breakfast ringkas yang paling mudah nak disediakan dan juga menyihatkan.
NESTLÉ HONEY STARS
Sejenis bijirin dibuat dengan bijirin penuh iaitu bijirin asli yang terdiri daripada bran, germa dan endosperma. Bijiran terbaik macam natural dietary fibre. Bijirin bersalut madu berbentuk bintang dengan rasa luar biasa (out of this world taste).
Enak dimakan begitu sahaja mahupun dimakan bersama dengan susu segar.
![Breakfast Cereal Honey Stars And Milk Breakfast Cereal Honey Stars And Milk](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhgPQ2bSD5ZqnCDVI2KXnc6eRU70doemsSiPoe_r3ZgY28ezSgNXz9Cpswr38xJ00oDUtBwTduFDhdy2p7_HOdMRz5hv0E4kCe9oxxjt18n3ZtdZD1RF21N6YGKw7qyMWSuua13JS_YGP1C/s16000-rw/Breakfast+Cereal+Honey+Stars+And+Milk.jpg)
Setelah sekian lama tak makan nestle cereal honey stars. Bila rasa semula honey stars zaman kanak-kanak, rasa macam sedap lah pulak. Koko crunch dan milo cereal pun sedap juga kan.
Bijirin/Cereal macam ni kalau beli pun masa nak raya. Itupun beli cornflakes sebab nak buat kuih je kaedahnya. Kan? Lepas tu sendu tak beli. Tunggu nak raya tahun depan baru beli lagi.
Persoalannya kenyang ke makan bijirin macam ni? Bagi orang yang dah biasa of courselah akan rasa kenyang. Kalau jenis tekak melayu macam Fiza ni, kena juga breakfast carbo berat sikit baru lah ada tenaga.
Persoalannya kenyang ke makan bijirin macam ni? Bagi orang yang dah biasa of courselah akan rasa kenyang. Kalau jenis tekak melayu macam Fiza ni, kena juga breakfast carbo berat sikit baru lah ada tenaga.
Bahan-Bahan
Cereal Grains [Whole Grain Wheat (Gluten) (37.2%), Corn Semolina], Sugar, Glucose Syrup, Honey, Palm Oil, Minerals (Calcium Carbonate, Reduced Iron), Iodized Salt (Sodium Chloride, Potassium Iodate), Natural Flavourings, Tocopherols, Vitamins (B3, B5, B6, B2, B9), Food Colour [Carotene E160a), All Additives are of Plant or Synthetic OriginMengandungi Gluten (derived from wheat), Milk, Soya and Tree Nuts (Almonds and Hazelnuts). Untuk mereka yang alah kepada bahan bahan ni tak digalakkan untuk mengambilnya.
Kadar Nutrisi
Energy : 848kJ114kcalFat : 0.9g
Sugars : 8.9g
Sodium : 0.01g
of an adult`s RI *
* Reference intake of an average adult (8400 kJ/2000 kcal)
* Reference intake of an average adult (8400 kJ/2000 kcal)
credit : https://www.nestle-cereals.com/my/en/products-promotions/brands/honey-gold-brand/honey-stars
![Breakfast Cereal Honey Stars And Milk Breakfast Cereal Honey Stars And Milk](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiF9RHHzEdM3esyYWhAJTBsyzFNF5llMahDBzspgDAjTyMu0UCUqR3cO8hc3gI3Ywj-av6VaoqjV2120gpjWYYNteR6upNlIBLNO73tUOwRYmTI6DfUfh_DKLkgJosrQiywSil0bMwmjZXj/s16000-rw/Breakfast+Cereal+Honey+Stars+And+Milk+by+Photografizaa.jpg)
Breakfast cereal honey stars salah satu sarapan kegemaran anak-anak. Bentuk honey stars tu buatkan anak-anak lebih tertarik nak makan dan lebih berselera. Yang tak berselera tu bila fikirkan harga bijirin zaman sekarang tak macam dulu.
Anak buah Fiza dulu kalau puasa, sahur tu dia nak makan cereal je. Kalau hidang nasi ke apa, makan sikit benar. Tapi kalau ada bijirin dengan susu tu, semangkuk sekejapan je dia habiskan. Tekak budak-budak zaman sekarang.
Jenuhlah membeli stok cereal untuk sahur. Janji dia puasa. Fiza perasan cereal honey stars pun tak cepat lemau bila campurkan dengan susu. Bolehlah makan lambat lambat sikit.
Kalau tidak, makan laju-laju atau letak sikit-sikit sebab tak nak lemau cepat dalam air susu tu. Siapa macam ni, kita geng!
Suka emping biasa, honey stars tidak pernah sentuh.
ردحذفHehe susu pula susu coklat atau strawberi.
Ramai yang suka cornflakes. honey stars ni budak budak yang suka :)
حذفLama dah tak makan cereal
ردحذفNanti bolehlah sesekali breakfast cereal :)
حذفkreatifnya fiza amek gambar, nampak exclusive sangat2!
ردحذفAlhamdulillah..Terima kasih Kak Syaz
حذفEh eh dia terbang laaaaa...cantiknyaaa gambar dia...eee gerammmm
ردحذفSesekali terbangkan dia sis lin. Terima kasih banyak² :)
حذفCereal x laku kat umah kita. Anak-anak suka sarapan makanan berat cam nasi goreng @ nasi lemak :)
ردحذفsenang camni. sekali masak senang :)
حذفmy favourite breakfast !
ردحذفTahu dah..Ray more to western and simple meal :)
حذفTak pernah cuba try lagi sarapan macam ni
ردحذفKalau teringin boleh cuba wak :)
حذفkoko crunch, honey star...manis2..sesekali makan ok..
ردحذفsesekali je ni. Tapi honey stars ni macam kurang manis sikit.
حذفi pon tekak melayu. cannot go with cereal. too hard.. ha3..
ردحذفsesekali boleh lah tapi tetap nak juga makan makanan melayu. hihi
حذفSesekali tukar selera. Hehehe. Ku pun suka honey stars ni. Tapi sejenis tekak melayu mesti nak hat berat jugak lepas tu. Kikiki.
ردحذفFiza.. gambar awak ambik tu cantik. Nampak hidup lah. Tangan ada seni. Suka nya dgn orang macam ni. Maklumlah kita tgn keraih 😂
Betul, memang kena makan makanan berat juga baru rasa puas hati breakfast.hihi
حذفTerima kasih. kita cuba mana yang mampu je ni :)
Time bulan puasa rajin beli, paling mudah nak suruh anak sahur sebab bukan nya anak-anak nak makan nasi kalau sahur walaupun lauk pelbagai. Cantik gambar last tu teringat galaxy.
ردحذفbudak budak memang berselera kalau sahur cereal.
حذفTerima kasih kak :)
cantik gambar fiza nih..terbaik fiza!
ردحذفTerima kasih Shida.
حذفada entiti ghaib ke pegang sudu tu? hehehe cantik gambarnya...
ردحذفitulah. kita bagi ghaib sekejap demi sekeping gambar. Terima kasih Anies.
حذفSuka makan cara ini. best..
ردحذفSedap kak Sha. sesekali makan bolehlah
حذفgambar tu cantiknyaaa!!!
ردحذفCik TK pun suka makan honey star dan cereal-cereal lain terutama koko krunch
Alhamdulillah. Terima kasih.
حذفCereal semua sedap sedap. cuma tu lah.harga pun boleh tahan sekarang.
gmbr cereal yg ohsem., ;p
ردحذف