Boho Decor Ideas. Gabungan Warna Natural Dan Kehijauan
Sedang scroll twitter, terpandang Boho decor ideas yang sangat menarik. Sebagai peminat decoration bertemakan scandinavian, nordic dan bohemian ni. Haruslah Fiza terus menyimpan gambar Boho home decor ni untuk dijadikan bahan rujukan.
Manalah tahu ada rezeki mampu milik rumah yang baru. Bolehlah sekaligus kita temakan dia siap-siap dengan tema yang berkenan. Masalahnya semua berkenan macam mana nak memilih.
Aduh! Memang susah nak membuat pilihan sebenarnya. Takpa, kita berangan dulu. Berangan itu percuma. Kalau jadi kenyataan itu rezeki namanya.
Boho/Bohemian
Boho adalah singkatan daripada perkataan Bohemian. Boho style dikenali sekitar era 60-an dimana ketika itu wujud kelompok yang sangat cinta dan sukakan seni.
Fesyen kelompok seniman ni nampak lebih casual dan mengekspesi kebebasan. Gaya Bohemian kebiasaanya longgar, nipis, berenda, menggunakan material kulit dan sebagainya.
Bohemianisme
Bohemianisme [bo-hé-mi-a-nis-mĕ] merupakan suatu amalan gaya hidup yang tidak konvensional dan seringkalinya berkelompok dengan orang sefahaman serta giat dalam pelbagai jurusan seni termasuk muzik, lukisan, sastera atau kerohanian.Masyarakat yang terlibat dalam lingkungan sebegini sering dikaitkan dengan sudut pandangan yang tidak selari dengan pendapat politik umum yang sering diungkapkan melalui gaya hidup mereka; termasuk percintaan bebas, berjimat cermat malah juga hidup dalam keadaan bersederhana atau miskin.Konsep ini mula muncul di Perancis pada awal abad ke-19 ketika para seniman dan pencipta di negara tersebut mula bertumpu dalam kalangan masyarakat Romani cenderung berkos rendah; ia datang daripada gelaran Bohémien yang diberikan kepada masyarakat minoriti ini yang disilap anggap datang ke Perancis pada melalui Bohemia (bahagian barat Republik Czech moden) pada abad ke-15.Perkataan "bohemian" yang muncul dalam bahasa Inggeris kemudiannya menggambarkan gaya hidup pelukis, penulis, wartawan, pemuzik dan pelakon yang cenderung miskin dan diasingkan masyarakat di kota-kota besar Eropah.-wikipedia
Bila baca fakta dari wikipedia ni terus rasa macam tak boleh nak kaitkan dengan home decor. Nak mudah faham dan lebih jelas mungkin boleh tengok dari pemilihan boho furniture.
Boho Furniture
- Rattan Furniture
- Carved Wood Furniture
- Hanging Chairs
- Rattan Lounges
- Butterfly Chairs
- Bohemian Rugs
- Botanical Motifs
- Moroccan Poof
- Metal Moroccan-style Lanterns
- Floor Cushions
- Floral Wall Mural
- Beni Ourain Rug
- Macramé Wall Decorations
- Bohemian Table Lamp
- DIY Beaded Chandelier
- Fringed Hammock
- Seagrass Baskets
- Indoor Plants & Succulents
- Peacock Chair
- Colorful Throw Pillows
- Embroidered and embellished Boho bedding
- Woven Basket Wall Decor
Kredit : curatedinterior.com/bohemian-decor
Antara senarai boho furniture yang mungkin boleh memberi inspirasi untuk mereka yang suka dengan boho decor diy.
Pada pendapat Fiza lah kan, kalau tema boho ni sangat sesuai untuk rumah yang menggunakan warna warna natural, dinding putih dan banyak cahaya semulajadi masuk dalam rumah. Memang terbaik cantik dia. Menepati citarasa boho.
Pernah juga cuba diy boho wall decor. Tapi hampa dan kecewa. Kah! Gelakkan diri sendiri sebab salah guna tali. Nak buat tema boho pun tak dapat lah sebab malas nak mengecat semula warna putih.
Sebahagian dari home decor style dan home decor ideas yang nampak menarik. Living room yang menarik, cahaya luar banyak masuk nampak ruang jadi lebih luas. Tapi macam nampak ada serabut sikit.
Boho Decor Bedroom
Menarik tu menarik dah cumanya rasa macam terlalu crowded dan ruang jadi sangat sempit. Tapi kombinasi warna untuk boho decor bedroom cantik dah pada pandangan mata Fiza.
Sudut yang paling menarik adalah sudut ruang wokspace ni. Sangat best okay dapat workspace macam ni dipenuhi dengan pokok-pokok hijau yang cantik. Perhiasan binatang tu siap siap tolak tepi. Tak sesuai dijadikan perhiasan untuk kita orang Islam.
Satu lagi sudut yang menarik. Boleh buat tempat mengopi petang petang sambil baca buku. Kalau ruang balkoni ni lagi menarik ni. Boleh juga menikmati permandangan luar. Kalau macam bawah ni dapat memandang ke ruang langit je lah.
Menarik bukan boho decor ideas ni. Warna yang cerah dan kehijauan ni sangat menenangkan gitu.
I do not own the images above. Credit for respective owners. If you have a rights to the images to be deleted, please contact me directly. I will respectfully remove them quickly.
Deco sudut last sekali tu cantik. Lepak sambil baca buku fuhh ralit :)
ReplyDeletekan kak. sudut yang sangat best untuk baca buku 😊
DeleteFizah ni sangat berseni orangnya.. Bukan senang nak apply boho decor ni sebab memerlukan penjagaan yang rapi untuk kekalkan seni traditional yang ada. Salute dear!
ReplyDeleteAlamak kak, tak baca habis ni. Bukan decor by fiza ni. gambar pun orang lain punya dah siap-siap letak nota bawah post tu. hihi
Deletesetuju dengan akak, boho style ni kena dijaga rapi.
Oooo... begitu rupanya boho decor. Masa kecik-kecil dulu suka baca cerita rakyat dari Bohemia. Nampak bezalah gambar klasik dengan dekorasi Bohemia sekarang.
ReplyDeleteklasik ada value dia tersendiri. suka juga tengok decor yang klasik
Deletenice ... tapi anak2 kak pip x sesuai dgn konsep boho.
ReplyDeletehabis semua dorang akan kacau dan rosakkan.
susah juga bila anak2 terlebih suka explore semua benda.
kalau camtu kena pilih tema lain yang sesuai dan selesa untuk seisi rumah 😉
DeleteSemalam Kak nak comment tak dapat line tak bagus.
ReplyDeleteBoho tu singkatan Bohemian rupanya.
Macam ala-ala gaya orang Gypsy la kan bebas tak ikut politics negara mana-mana. Bebas merantau.
dari apa yang saya baca dan faham, begitulah dia.
DeleteKalau bilik tido akak tak berpaa suka concept Boho ni...kalau sudut yang last sekali tu memang akak suka sebab tenang je kan...time to deco!!!
ReplyDeletebilik tidur memang tak sesuai sangat kalau crowded macam dalam gambar. jadi sempit pulak kan. Sudut last sekali tu memang ngam sangat. kena dengan jiwa. Selamat mendeko kak
DeleteWah, cantik la konsep dia. Mesti akan rasa tenang je dalam rumah macam tu
ReplyDeletePenggunaan pokok buatkan ruang nampak segar. Oklah sedut oksigen asli.
ReplyDeletekehijauan yg nyaman., mcm tdo dlm hutan ;p
ReplyDeletegmbr2 orglen nmpk ohsem ;p
ReplyDelete