Bunga Daisy kampung. Putih Ke Merah Cantik?
Sebelum ni nampak mak tanam pokok daisy kampung warna oren. Balik haritu terperasan ada 2 lagi tanaman bunga daisy kampung mak. Bunga daisy putih dan merah. Cepat-cepatlah kita ambil gambar bunga tu. Nak bawa balik memang tak lah.
Bunga pun satu pasu satu bunga je ada. Memang tak lah mak kita nak bagi kita walau bodek macam mana pun. Mujur lah anak dia ni tak membodek dan tak suka pokok hiasan berbunga sangat.
Bukan apa, susah lah nak tanam pokok bunga berbunga kat bandar ni. Tak mahu hidup dengan elok. Mungkin sebab persekitaran yang tak sesuai. Takpe, biar dia duduk kampung elok elok.
Bunga Daisy dalam bahasa melayu, bunga daisi. Bunga daisy di Malaysia ada pelbagai jenis. Biasa kita nampak bunga daisy ni dalam flower bouquet terutamanya masa konvo. Adakah bunga daisy ni murah?
Sebenarnya bunga atas ni warna putih, nampak macam warna kuning pula dia. Guna filter jadi macam tu. Nak adjust warna macam kemalasan menggunung tinggi hari ni.
Bunga daisy kampung putih ni cantik. Ada ombre pada hujung kelopak bunga tu. Terperasan satu lagi daisy kampung warna merah (sebenarnya).
Dalam gambar nampak macam warna warna Fuchsia Pink, magenta macam tu.
Cantik kejadian bunga daisy kampung tu. Bunga dia tak dirosakkan serangga pun. Ini kalau ada gatal tangan yang petik, memang kena bebel berbakul bakul. Berat bahu nak memikul segala bebelan tu.
Suka semua warna bunga Daisy. Oren ke putih ke merah ke. Tetap cantik dari pandangan mata.
Suka semua warna bunga Daisy. Oren ke putih ke merah ke. Tetap cantik dari pandangan mata.
Warna putih tu macam dwiwarna white and pink. Keduanya cantik sangat. Kalau di Australia mereka biasa panggil pokok Bunga ni Gerbera.
ReplyDeletecantik dwitone kan. okay noted :)
DeleteKak PC suka bunga Daisy ni.Mama kak PC ada tanam.
ReplyDeleteRamai peminat bunga Daisy :)
Deletecantik bunga daisy merah tu
ReplyDeletemerah nampak lebih menyerlah disitu :)
DeleteCantiknya bunga daisy tuu 😍 pandai mak fiza tanam
ReplyDeletesangat cantik in real. Bakat mak, tapi tak menurun kepada anak. hihi
Deleteserious skill photography fizah sangat mantap!
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih kak.
DeleteAllahh Cantiknya fiza bunga daisy ni.. :)
ReplyDeletesemua warna cantik kan shida :)
DeleteDua2 pun cantk
ReplyDeleteSetuju wak! Susah nak pilih sebenarnya kan.
DeleteBoth pun cantik. Tak boleh nak decide. Hehe
ReplyDeletehehe..senang pilih dedua terus.
DeleteDua-dua warna cantik. Tapi ikut pengalaman, yang bunga warna putih tu senang ditanam, dan senang dijaga.
ReplyDeletekannn..dedua cantik! oh ye ke kak amie? Saya baru tahu. terima kasih kongsikan pengalaman :)
DeleteMak tidak suka tanam bunga.
ReplyDeleteSaya suka warna merah.
lain orang lain minatnya. ramai peminat warna merah. mungkin bunga merah lebih menarik dan menyerlah.
Deletesuka 2x sbb cantik ;-)
ReplyDeletecantik tu yang snap tu 😁
Deletecantiknya daisy kampung nie.. sha suka yang warna merah tu.. Lawa ya amat..
ReplyDeleteCantik tapi jarang ditanam kot kan. Warna merah memang lawa 😊
Deleteaduh kalau dah namanya bunga mmg suka la.. especially daisy mmg lawa sgt
ReplyDeletewah. mamapp peminat bunga daisy rupanya.
Delete