Canna Lily Seed Pod
Gemorning! Last week balik kampung sempat juga ambil gambar canna lily seed pod. Ingatkan sejenis bunga baru sebab tak pernah nampak. Main ambil je gambar pokok mana yang berkenan di hati.
Bila nak edit, rasa macam pernah nampak daun jenis macam tu. Ohh rupanya ni pokok bunga lily. Yang Fiza ambil gambar tu namanya canna lily seed pod. Pod benih dia. Baru tahu!
Canna Lily Seed Pod
The pods are green, spiky, round structures that usually contain one to three seeds. The pods are harmless in spite of their outward appearance. Canna lily seed harvesting should be done once these seed pods become dry. When pods open up revealing the black seeds inside, you can easily squeeze them out.-gardeningknowhow
Dari apa yang Fiza baca, bunga canna juga dikenali dengan nama bunga tasbih, pisang bunga, pisang ubi dan beberapa nama lain lagi.
Ada beberapa jenis bunga canna lily dengan pelbagai bentuk, warna dan corak. Yang pernah Fiza nampak warna merah, kuning, oren dan putih.
Nama Botani : Canna indicaNama vernakular: bunga tasbih, pisang bunga, pisang ubi , canna lilyKeluarga : Cannaceae Ia dipanggil bunga tasbih kerana bijinya yang matang dan berbentuk bulat kecil seperti biji tasbih.
Bila matang, biji benih (seed pod) akan berwarna hitam. Pokok canna lily boleh membiak dengan biji benih dan juga ubi akarnya.
Cara penjagaan canna lily ni perlukan air yang mengcukupi untuk membesar dan menghasilkan bunga yang cantik.
Bukan hanya bunga dia je ada corak dan berwarna. Ada juga beberapa spesis canna lily yang mempunyai corak dan warna daun yang cantik.
Canna Lily sejenis pokok bunga yang tahan kepada cahaya matahari terik. Ohh no wonder lah mak letak dalam pasu yang terdedah kepada cahaya matahari.
Pokok yang manja macam puteri lilin mak letakkan kat tempat redup.
Oleh sebab bunga dia tak ada masa ni, cuma ada seed pod dia je lah. Makanya, kalau nak tengok gambar bunga dia kau orang boleh google canna lily.
ahah! cutenya kudup ni :D
ReplyDeleteItu yang cepat cepat ambil gambar tu :)
DeleteRupanya bunga tahan lasak.
ReplyDeleteOrang yang rajin bela bunga memang tahu mana bunga kena letak bawah sinaran matahari atau tidak.
dari apa yang fiza baca dan dari mak tanam, dapatlah tahu sikit. betul tu kak NA, orang berpengalaman ni lebih tahu sikit dari kita :)
DeletePelbagai jenis dah Bunga tasbih ni dulu biasa tinggi-tinggi. Sekarang banyak dah yang jenis renek tinggi sekaki pun ada. Bila dah matang biji Benih dia keras macam biji Benih lotus cuma kecil sedikit.
ReplyDeletePerasan juga tu kak. Dulu macam pernah nampak yang tinggi². Skang banyak yang renek je. Mungkin baka pun dah berubah kan.Terima kasih atas penjelasan tu kak :)
DeleteKami panggil pokok tasbih hehe
ReplyDeleteoh ye? ramai juga kenal dengan nama pokok tasbih.
DeletePernah dengan nama bunga tasbih. Masa kecil-kecil dulu, mak ada tanam pokok bunga tasbih ni.
ReplyDeletedulu banyak di tanam cuma sekarang mungkin ada yang kurang minat.
DeleteYe orang kampung panggil bunga tasbih
ReplyDeleteokay wak. Faham :)
Deletepanggil bunga tasbih tp x tau tang mn yg tasbihnya bunga ni hehehehe
ReplyDeleteitulah ramai yang kenal bunga ni dengan nama bunga tasbih. kita pun tak tahu
DeletePelbagai ye nama dia..
ReplyDeleteye, biasalah macam-macam namanya kak 😉
Deleteseronok baca entry bercucuk tanam boleh mama tambah ilmu
ReplyDeleteA ah kan. boleh tahu sikit sikit 😉
Deletepertama kali tengok..
ReplyDeletecantik kan?
Deletemenarik bunga ni..tp kawasan shida susah jumpa..mybe kena pegi garden shop..
ReplyDeletePergi nursery bunga macam-macam bunga ada Shida 😊
Delete