Cara Buat Biskut Butang Warna Warni
Kejap je dah hari sabtu. Sekarang tak boleh kemana-mana bila hujung minggu tiba. Tiada lagi keterujaan bila hujung minggu. Duduk je lah diam-diam kat rumah kalau tak ada urusan penting.
Zaman kanak-kanak dulu, balik sekolah hari jumaat tu dah riang ria dah sebab esok cuti. Kemain seronok sebab boleh berlamaan main tak perlu fikir kerja sekolah semua tu.
Teringat zaman kanak-kanak ni, mengingatkan juga biskut butang warna warni yang menarik. Asal warna warni ni memang budak-budak sukalah.
Biskut Butang
Biskut butang dikenali juga dengan nama biskut aiskrim, biskut gula icing dan biskut warna warni. Ada nama panggilan yang lain lagi tak?Bahagian bawah dia biskut berbentuk sedikit lonjong. Topping atas tu gula icing keras yang pelbagai warna. Ada warna pink, putih, kuning dan hijau. Suka betul makan yang gula atas tu.
Suka juga makan biskut butang kosong je. Dua dua pun suka. Jadinya dalam bekas tu tak ada lah tinggal biskut je.
Sebetulnya memang kena makan sekali ngap macam tu. Barulah boleh balance kan rasa gula yang manis tu dengan biskut. Tapi iyelah dulu budak-budak, makan manis manis je tahu.
Biskut butang, dapat dari doorgift majlis kahwin |
Siapa suka makan biskut butang warna warni ni, angkat tangan! Dulu suka lah sekarang biasa biasa je. Perasan tak kalau jajan lama-lama ni rasa dia pun dah berubah walaupun pek lama tapi rasa authentic zaman dulu tu dah tak ada.
Amboii macam hebat betul boleh ingat rasa yang zaman dulu tu. Yakinnya kamu!
Yelah perubahan zaman kan. Mestilah rasa dia tak kekal sama. Pasti ada perubahan rasa tu. Yang sekarang ni topping gula tu macam so so je manis dia. Sedang sedang aja. Tak manis sangat. Mungkin dapat yang kurang manis atau rasa dia memang tak manis dah. Entahlah...
Sekarang dah tak susah nak jumpa biskut butang ni. Ada orang dah pandai buat biskut butang guna acuan biskut butang. Tapi bentuk biskut dia lain sikit lah. Ada juga yang buat biskut butang coklat rice. Boleh pelbagaikan ikut suka. Boleh juga dijadikan biskut raya.
Cara buat biskut butang : Resepi Biskut Butang
Bahan-bahan
250gm tepung gandum
60gm tepung jagung
20gm serbuk koko
300gm mentega
100gm gula aising
200gm coklat butang berwarna warni
2 sudu makan susu segar
Cara Penyediaan
1. Pukul mentega bersama gula aising sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan campuran tepung gandum dan jagung berselang seli dengan susu segar. Adun sehingga sebati.
3. Setelah itu masukkan adunan ke dalam beg paiping.
4. Paip adunan menggunakan muncung (nozzle) paiping berbentuk bintang di atas dulang pembakar. Lakukan sehingga habis.
5. Seterusnya tekankan coklat butang berwarna warni di atasnya.
6. Akhir sekali, bakar pada suhu 160ºC selama 18 minit.
Kredit resipi : https://www.resepiana.com/resepi/resepi-biskut-butang/
biskut butang menggamit memori..hehe
ReplyDeleteback to the 90's 😉
DeleteTerkenang zaman dulu kala... tahu beli dan makan jer. hahha buat tak pernah lagi hihii
ReplyDeletedulu banyak orang jual sekarang ni pun dah boleh beli online je kak.
DeleteBiskut butang ni semakin vintage sekarang.
ReplyDeleteDulu masa kecil bila makan tinggalkan gula sebab sayang, hehehehe
Biskut lejen nih, mmg favorit anak2 jaman dulu, haha.
ReplyDeleteMalaslah nak buat fizah, sbb akk ni bukan nya minat membaking ni. Minat beli je, hihi
Bila tengok ni terus teringat anak buah kat kampung.Adik suka makan gulanya tu..kakak suka makan biskutnya..cantik sangatlah tu.
ReplyDeleteBiskut legend ni dari zaman kecik. Dulu Kak makan yang part Biskut bawah je tu pasal tinggal kan icing kalau cicah dalam milo. Icing lama2 dah banyak makan dah tak larat manis dia. Lama2 dalam balang tinggal icing, Biskut takde hehehe....
ReplyDeletekak pip suka makan, tapi tahu main beli sajalah. nak buat, tak rajin.
ReplyDeletehohoo shida xboleh mkn biskut ni..sgt2 manis..tp klau buat sndri mybe blh cntrol manis dia kan..tp yg kilg buat tu manis sgt xleh mkn,
ReplyDeletedari dulu sampai sekarang, kalau makan selalu makan yang gula dia je hahaha
ReplyDeletesedap biskut ni
ReplyDeletefavourite semasa kecil ni
ReplyDeleteni biskut legend ni.. dulu makan gula tu je biskut buang..hahaha
ReplyDeleteLegend biskut ni. Anak2 memang suka makan.
ReplyDeleteBiskut butang ni memang betul-betul menggamit memori zaman kecik-kecik 😊
ReplyDeleteDulo2 suka makan bahagian gula tu dulu. Pastu baru makan biskutnya :)
ReplyDeletebiskut legend, masa kecik makan yang asing dia je.
ReplyDeletedulu kecik2 suka makan ni...lepas tu ngelat, makan yang gula dia tu je..hahahah
ReplyDeletedulu masa kecik mak selalu bagi biskut ni (yang takde icing) tu kat adik... rendam dlm susu pastu hancurkan pastu kita suap kt adik... kami panggil roti pusat!! sbb bentuk mcm pusat kita.. kah kah
ReplyDeleteMelihat biskut butang ini memang mampu mengembalikan nostalgia masa lampau. Emak kami akan buang manisan yang warna-warni, dan rendam biskut tu dalam bancuhan air susu hangat. Lepas tu suap kat adik!
ReplyDeleteSaya panggil biskut aiskrim. Entahla rasa yang berubah atau kita yabg dah dewasa, jadi rasa teruja tu tak sama macam dulu. Haha. Tapi betul la 90an dulu krim atas tu agak manis berbanding zaman sekarang
ReplyDeletesedap biskut ni..contrast lemak manis..
ReplyDeletewow biskut lejen favourite mama ni
ReplyDeletedulu skali skala je arwah ayah belikan biskut ni..biasanya beli biskut tawar je jadi masing-masing tak berebut
ReplyDeletex dinafikan dulu zmn bdk2 mmg suka biskut ni. tp mkn biskut je. aising buang hahahha then, baru2 ni sy dpt tau yg biskut ni dibuat utk sembahyang / pggl hantu ahahahhahaahhaha memula x percaya. skali tu, otw jln kaki g LRT, jumpa biskut ni kt tepi tiang. sy gelak dlm hati je ms tu hahahahah
ReplyDeletefav biskut ni time kecik2
ReplyDeleteKalau sha nie, makan yang manis dulu baru bikut dia.. hehehe.. Makanan kegemaran dari dulu sampailah sekarang..
ReplyDeleteeheee kita kidnep yng kaler2 tu duluu.. sekut dia campak tepi haha.
ReplyDeletenama dia biskot butang eh.. dulu panggil biskot icing / eskrim..
biskut zaman kekanak aida ni, fiza :)
ReplyDeleteDahulu selalu makan sekarang tiada rasa hendak makan walaupun jumpa.
ReplyDeletewahh biskut butang namanye erk., wak panggil biskut ice gem je., ;p
ReplyDelete