Cara Defrost Daging, Ayam Dan Ikan Cepat Dan Mudah. Tak Payah Rendam Air Dah!

Kerja memasak ni boleh jadi lambat masak disebabkan menunggu barang dapur/bahan-bahan basah beku macam daging, ayam dan ikan cair selepas keluarkan dari dalam peti ais. Betul tak? Tak semena-mena boleh jadi timbul sifat kemalasan sebab malas nak menunggu.

Kalau boleh nak kerja masak tu jadi senang, barulah rajin nak memasak kat dapur tu. Ini tidak, sejam sebelum masak kena siap-siap defrost dulu. Sempat lah buat kerja apa yang patut dulu. 
Defrost/thawing/nyahbeku
Nak masak udang atau sotong tak perlu nak defrost beria sebab dua dua tu mudah dan cepat defrost. 

3 Cara defrost yang biasa lakukan di rumah

1. Biarkan tanpa letak air.

Keluarkan bahan mentah basah dari dalam peti ais. Letak kat sinki dan biarkan je sampai cair. Effortless method lah orang kata. Cara nyahbeku ayam paling mudah. Berapa lama defrost ayam dengan cara begini lebih kurang dalam 1 jam lebih.

2. Rendam dalam air

Keluarkan bahan mentah, buka penutup bekas dan masukkan air dan biarkan terendam. Tukarkan air rendaman selepas 30 minit. Cara defrost rendam air ambil masa kurang lebih 1 jam. 

3. Microwave

Keluarkan bahan mentah basah, buka penutup bekas dan masukkan dalam microwave. Pilih menu defrost dan defrost selama 5-10 minit. 

Cara defrost ayam beku microwave, cara yang biasa Fiza buatlah kalau nak masak ayam. Stok daging memang tak ada kat rumah sebab bukan pemakan daging sangat. Makan daging bila raya atau kenduri je. Bukan pilihan utama di rumah.

Cara defrost daging guna noxxa tu boleh digunakan jika kat rumah kau orang ada periuk mahal noxxa tu. Cara cepat defrost ikan pun boleh gunakan kaedah menggunakan microwave juga. Tak ambil masa lama.

Nak masak santai-santai tak rushing tu boleh lah guna kaedah biarkan saja dalam sinki dengan bekas-bekas tu tanpa letak air. Atau letakkan air dalam bekas dan biarkan terendam.

Bila nak cepat masak, malas nak menunggu boleh gunakan microwave je terus. Cara cepat defrost ayam!. Tapi yang tak syoknya bila microwave berbau tu. Nak tak nak kena rajin membersih baru terjaga kebersihan dan tak bercampur bau.

Cara defrost daging, ayam dan ikan cepat dan mudah.

Sekarang dah ada cara baru untuk defrost bahan mentah basah dengan mudah dan jimat tanpa tenaga elektrik pun. Bukan baru, rasanya lama dah. Cuma baru pada Fiza sebab baru nak mencuba gunakan teknologi. 

Sesekali kita kena seiring dengan zaman teknologi ni. Asyik tertinggal keretapi je kan. Up to date lah sikit kononnya. Sebab apa baru terjebak? Sebab benda ni bila dah lama sikit dia akan jadi murah. Masa murah ni lah baru berbaloi beli. 

Bagus tak membeli cara Fiza ni. Tapi kemunduran sikitlah. Orang dah mencuba kita baru hegeh-hegeh nak mencuba.

Jadi, macamana cara yang mudah tu? 

cara-defrost-daging-ayam-dan-ikan-cepat

Ini dia dipanggil defrost tray/ defrost board/ thawing board/thawing tray. Gajet terbaru dan paling best untuk mak-mak di dapur. Tak payah rendam air dah!

Rupa dia macam papan pemotong. Tapi bukan dia! Jangan sesekali dibuat papan pemotong sebab tray ni diperbuat daripada aluminium. Dengan menggunakan kaedah heat transfer dapat menyahbeku bahan secara menyeluruh lah macam tu.

Tercalar atau rosak akan mengakibatkan tray ni kurang berfungsi dengan baik atau tidak selamat digunakan.

Defrost ni bukan sejenis pakai buang. Boleh digunakan berkali kali sebab boleh dicuci macam cuci pinggan. Kena cuci gunakan span lembut je untuk elakkan tray tercalar atau rosak.

Berapa lama defrost menggunakan defrost express tray

Setakat ni Fiza baru gunakan untuk ikan dan ayam. Untuk ikan tu lebih kurang dari setengah jam. Ayam pula dalam 30 minit macam tu lah. Masa tu dapat dikurangkan lagilah kalau guna kaedah biasa.

Cara Defrost Daging, Ayam Dan Ikan Cepat Dan Mudah

Memang guna mircowave lagi cepat. Tapi kaedah guna defrost ni lagi energy saving dan mesra alam orang kata. Lagipun tak semua rumah ada microwave. Jadi bolehlah gunakan kaedah defrost tray untuk defrost daging, ikan, ayam dan sewaktu dengannya.

Sebab harga dia mampu beli!


Harga Defrost Tray

Harga defrost ni boleh kira mampu milik semua orang. Bermacam-macam harga ada kat shopee tu. Boleh survey ikut bajet yang kau orang ada. Harga juga mengikut jenis saiz defrost tray juga. Yang Fiza beli RM17.70, saiz M (29x20.5x0.2cm)

Berbaloi lah juga melabur membeli defrost tray ni. Sangat-sangat membantu sebenarnya walaupun dia bukan sepantas seminit dua. Janji berkesan dan masa defrost tu dapat dikurangkan.

Cara guna defrost tray

Cara guna dia sangat mudah. Keluarkan barang bahan mentah dan letakkan atas tray. Bila dah terlerai sikit, susun bagi bahan tu terkena semua pada tray. Biarkan sampai sedia untuk dimasak. Pastikan ditutup untuk elakkan lalat bertelur.

Cara defrost ayam yang betul

Tahu tak yang kalau kita defrost dengan cara yang salah akan membuatkan kuman dan bakteria membiak bila bahan tersebut dibiarkan terdedah selepas dikeluarkan dari dalam peti ais.

Bila bakteria dah mula membiak akan menyebabkan keracunan makanan pula. 

Cara yang betul boleh digunapakai boleh ikut cara-cara :
  • Letakkan di bahagian bawah peti sejuk (alihkan dari tempat sejukbeku ke bahagian sejuk biasa)
  • Rendam dalam air yang bersih
  • Guna fungsi defrost jika gunakan microwave
  • Guna periuk tekanan tinggi


Cara defrost yang salah

  • Letak diluar seharian
  • Rendam dalam air panas
  • Gunakan slow cooker
Sumber : Public Health Malaysia

Begitulah ceritanya. Boleh lah mula survey kat shopee sekarang. Mungkin ada yang kata macam tak okay. Tapi pada Fiza so far okay lah membantu juga. Lebih cepat sikit dari kaedah biasa dan jimat penggunakan elektrik juga bila mana tak perlu gunakan microwave dah.

Kau orang masukkan je keyword defrost tray, gerenti jumpa. Better cari yang local seller lah cepat sikit dapat compare dengan oversea memang ada yang murah sikit. Tapi buat masa sekarang, masa itu emas. Tak kuasa nak tunggu lama. 

Kalau jenis tak kisah tunggu lama dan nak murah, boleh beli dari seller oversea. Faham ada yang memang nak berjimat. Ikut cara masing-masing okay.


22 comments:

  1. Akak lebih jauh ketinggalan - baru first time dengar psl 'defrost tray' ni! Biasa akak either letak kat bhgn bwh peti sejuk atau keluarkan sejam sblm memasak (tapi kdg2 lupa... hihihi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. now dah tahu, tak ketinggalan dah. hihi
      kdg² lupa tu pun pernah jadi jugak. terus rasa bertukar masak benda lain sebab malas nak menunggu.

      Delete
  2. kalau fiza tak up post ni..ammi lagi mundur tak tahu benda ni wujud hahaha

    ReplyDelete
  3. Menarik..! CP ada tengok hari tu iklan nye lalu kat instagram. Nanti nak beli juga lah

    ReplyDelete
  4. selalu ayam dan daging yg ambil masa lama untuk defrost. menarik produk ni, boleh cuba nanti..hehe

    ReplyDelete
  5. sy selalu biarkan je. kalau nk msk pg, ms sblm solat subuh sy dah keluarkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biarkan saja pun okay. Janji senang kerja memasak :)

      Delete
  6. oh ada di jual defrost tray...biasa mmg rendam dlm air je

    ReplyDelete
  7. Menarik alat nie.. Senang dan memudahkan kerja memasak..

    ReplyDelete
  8. Bual dengan laki pasal tray ni dia macam tak percaya sangat..haha adoi tapi nanti2 nak try jugak..la ni defrost pakai microwave je. laki suruh kita ikut ajelah..

    ReplyDelete
  9. Pernah dengar entang defrost tray, tapi tak pernah ambil peduli. Mungkin suatu hari nanti saya memerlukannya. Tq for sharing Fiza.

    ReplyDelete
  10. Menarik defrost tray tu, kat shopee ek? Nnt nak try cari. Tapi akk buat camni, mlm akk letak kat bhgian bawah peti sejuk tu, so pagi tu taklah lama sangat nak tunggu dia mencair tu.

    ReplyDelete
  11. tp kena bia juga kan..tgu bpe lama biasanya utk bhn mentah cair tu..

    ReplyDelete
  12. menarik juga fiza..shida baru tahu ni..okay nnt boleh cuba usha2 dlm shopee..

    ReplyDelete
  13. bestkan benda ni.. cepatkan process memasak..
    kite pun guna juga belikan untuk mak.. ikan lagi cepat dari ayam rasanya..

    ReplyDelete
  14. ooooo... ok ok. gajet dapur baru masuk dlm minda aida. tq for sharing.
    cara aida is defrost guna microwave, fiza.
    kebetulan pindah rumah last year, tak bawak microwave lama.
    beli baru and ada mode defrost.
    kalau dulu, aida akan alihkan ke peti ais biasa.
    bila petang sampai rumah, rendam jam dgn air biasa.
    masak... lambat!

    ReplyDelete
  15. Memang selalu guna letak bahagian bawah peti sejuk dari malam. Esok pagi letak dalam bekas air yang menutupi ayam.
    Baru tahu ada defrost tray.

    ReplyDelete
  16. ooh ada kaedah baru erk nk defrost ayam., tapi lebih cepat sikit je., huhuhu

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.