Drama : Kampung People 2 episod 14 (Akhir)

Kampung People 2 episod 14 (Akhir) | Badrul bisu sedang melepak di kedai Lempeng sambil memerhatikan gambar-gambar dalam kamera dia.

Badrul bisu dengan muka terkejut melihat apa yang dilihat dalam kamera tu. Haa mesti badrul bisu baru tertengok video yang dirakam tanpa sengaja di rumah Lailer. Masa tu Karim tengah buat dajal letakkan sesuatu dalam tepung kek Lailer.

Drama : Kampung People 2 episod 14 (Akhir)
sumber : TV3 Drama Sangat

Kebetulan masa tu agent 01 pacerat sedang berada di situ. Mereka sama-sama ke pejabat Jekfer untuk memberitahu hal sebenar yang berlaku.

                    Kampung People 2 full episod

Dalam masa yang sama Madame Mah dan pengikutnya telah sampai ke Ladang Razif. Madame Mah mengajak Razif untuk melihat tanahnya untuk Razif usahakan. 

Sebelum tu Razif meminta izin untuk kerumahnya dahulu untuk menghantar motorsikal. Madame Mah sempat berkenalan dengan Yummy dan memberikan sesuatu pada Yummy iaitu serunding daging.

Sedap serunding ni nek, nyum nyum ni. Kata Yummy pada Madame Mah yang datang ke rumah keluarga Razif.

Madame Mah membalas "Daging special tu."

Yummy teruja nak tahu. " Ye ke? Daging apa?" tanya Yummy lagi.

"Daging manusia" Madame Mah jawab spontan lalu ketawa.

Mendengar jawapan Madame Mah, nak termuntah Yummy dibuatnya sambil menutup mulut menahan rasa nak termuntah tu.

Tak adalah, nenek gurau aje lah.

Masih pandai bergurau lagi ye Madame Mah ni. Tak bestlah Kampung People 2 dah Episod akhir. Sambung tengok jom!


23 comments:

  1. Comei ja kan watak-watak dalam Kampung People ni 😂

    ReplyDelete
  2. mcm ada gaya utk up ke kampung people 3 je kan.
    abis sekampung under witness protection :) ha ha ha ha...
    tinggal anak bini kah kah kah :)
    aida suka citer ni. fun. relex.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam tu jugak sebab Tuan Suhaimi dah terlepas kan. Okaylah sambung KG3. Best sikit.

      Delete
  3. Best cerita ni, tapi tak dapat tonton semua episod.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best. seronok tengok sampai habis. anytime boleh tengok kak :)

      Delete
  4. rasa baru je mula haritu, tiba2 dah habis, kejap betul masa berlalu :)

    ReplyDelete
  5. kampung people ni mmg best..sb cerita ny tk menyakitnkn hati..xde konflik berat2 budak2 pn suke..hehehe..masa madame mah tu ckp serunding daging manusia..ummi dah macam masyaalllah... kkalu real scaryyyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul. cerita santai tak perlu emo. seronok tengok. kannn kalau daging manusia memang scary. dalam kelembutan madame mah ada kejahatan dia yang sebenar.

      Delete
  6. Cepat masa berlalu, tak kesempatan lagi Kak nak tonton cerita ni.

    ReplyDelete
  7. dgr nya ada sambungan utk musim ke 3...

    ReplyDelete
  8. malam tadi layan dengan housemate..adeii kelakor betul laaa..then hujung2 ada preview untuk next season..hahaha tak logik sungguh lerrr madam mah tu tak mati 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..dalam ni memang banyak tak logiknya tapi layannn

      Delete
  9. alamak, tak tgk lagi ep 14. ok baii

    ReplyDelete
  10. Hmm belum tgk lagi. sebab takda masaaa. heheh nnti nak tgk ! sebab crta ni best sgt2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. anytime je boleh tengok sebab boleh tengok online kan :)

      Delete
  11. huhuhu x terlayan lagi wak nk tgk drama camni., ;p

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.