Kenapa Perlu Scan Suhu Pada Tangan Sedangkan Suhu Pada Dahi Lebih Tepat
Ye, sedar diri. Pendek dan tak boleh nak meninggi lagi dah. Nampak je premis yang letak pengimbas suhu tinggi tu terus je rasa menyampah. Terus tak ada mood nak masuk.
Bukan apa, kita ni pendek tahu tak! Berapa lama masa nak ambil untuk dahi kena pada pengimbas suhu tu ha? Terjengket jengket lah kita nak bagi dahi tu kena tepat pada pengimbas suhu. Susah juga permis letakkan pengimbas suhu jenis ikut ketinggian ni.
Mungkin premis tu kekurangan pekerja nak menjaga kat entrance dan gunakan pengimbas suhu yang biasa kena pegang tu.
Ada juga premis yang guna dua dua jenis pengimbas suhu. Satu hari tu, pengimbas suhu tu terlampau tinggi dia letak. Memang tak sampai lah walau jengket sekalipun. Haishhh menimbulkan kemarahan betul.
"Macamana nak scan tak sampai ni?" Sampai ke tempat pengimbas suhu terus laju je bertanya pada pekerja (seorang kakak) kat situ.
Kakak tu terus menjawab "Kalau tak sampai, guna tangan!" Fiza pun terus buat muka pelik. "Tangan? Boleh ke scan suhu kat tangan?"
Dengan penuh dengan keyakinan yang jitu kakak tu menjawab " Boleh!". Confident gila dia menjawab. Malas nak berbalas jawapan, laju halakan tangan dan terus masuk.
Sebab apa scan suhu pada tangan
Akibat ura-ura yang mengatakan scan pada dahi menyebabkan kanser, ramai orang awam menolak untuk scan di dahi terutamanya warga emas. Mereka hanya mendengar, membaca dari sumber yang salah dan terus fikir bahaya boleh sebabkan kanser.
Kredit : Kementerian Kesihatan Malaysia || Jabatan Penerangan Malaysia |
Katanya kanser dari radiasi pengimbas suhu boleh sebabkan kanser. Sedangkan pengimbas suhu tiada memancarkan radiasi pun. Selamat digunakan.
Siapalah yang buat cerita tu kan? Sudahnya dari cerita tu banyaklah premis menggunakan aktiviti scan pada tangan. Alasannya menjaga keselamatan orang awam yang cakap takut kanser, takut laser, takut mati sel lah.
Bermacam-macam alasan luar kotak pemikiran hanya semata-mata tak nak scan suhu di dahi. Kalau scan di dahi tak pasal pakerja kena marah. Itu sebabnya bab macam ni kita kena baca dan ambil tahu maklumat dari pihak yang dipercayai dan lebih pakar tentangnya.
Ambil Suhu di dahi atau di tangan? Mana satu yang tepat?
Boleh ambil suhu di tangan kerana suhi di tangan adalah suhu pinggiran (periphery temperature). Tapi ianya mudah berubah mengikut keadaan. Jadi suhu yang di scan di tangan tidak tepat.
Sebab itulah perlunya scan suhu pada dahi sebab suhu pada dahi adalah suhu teras (core temperature). Bacaan di dahi lebih tepat berbanding suhu pada tangan.
Kita sedia maklum bahawa suhu badan manusia yang normal adalah 36.0°C sehingga 37.4°C. Kalau muncul bacaan 37.5°C ke atas tu memang kena tahan dulu lah.
Kadang cuaca panas menyebabkan suhu badan kita tinggi dari biasa. Kalau lebih dari bacaan normal tu biasanya dia suruh duduk tepi dulu dan rehat sekejap. Kemudian baru scan sekali lagi. Kalau bacaan normal okaylah tu.
Masih ada lagi kah premis yang mengamalkan scan suhu pada tangan, cek suhu pada pergelangan tangan. Hentikanlah ye. Ikut SOP yang sebenar, jangan pandai pandai sendiri. Risau bacaan yang tidak tepat ni akan mengundang sesuatu yang lebih teruk
Bayangkanlah contohnya seorang positive Covid-19 masuk premis scan pada tangan, suhu normal lalu masuk premis. Tak ke akan menyebarkan lagi teruk. نعوذ بالله من ذلك
Moga dijauhkan dan Allah lindungi kita semua. Aaminn...
Bayangkanlah contohnya seorang positive Covid-19 masuk premis scan pada tangan, suhu normal lalu masuk premis. Tak ke akan menyebarkan lagi teruk. نعوذ بالله من ذلك
Moga dijauhkan dan Allah lindungi kita semua. Aaminn...
Kredit : Sumber
Alamakk! Kite punya le gerun kalo nampak scan yg tinggi tu. Dah tenjek-tenjek ttp tak sampai huwaaaaaa.... guna tangan 'penyelamat '(kunun-kunun) hahaha. Now, dah tahu sebenarnya guna tangan tu bacaannya tak tepat. Nampak gayanya kalo ada scan tinggi tak yah masuk laaaaaa... :((
ReplyDeleteitulah kan. ambil mudah je ukur suhu camtu pulak. harap tak berterusan macam tu lah.
Deletetak faham ada certain orang takut cek suhu di dahi.
ReplyDeleteEntahlah kenapa. Salah baca fakta agaknya mungkin.
DeleteSetakat ini belum pernah scan di tangan, masih tetap di dahi. Pernah juga dengar orang kata scan di dahi akan menyebabkan cancer. Macam-macamlah.
ReplyDeletemembaca informasi yang salah sampai mengelirukan orang lain kan.
DeleteHAHAHAHHA nasiblaah tempat kami belum tersebar fakta yang salah tidak boleh cek suhu di dahi. kalau x. jadi isu
ReplyDeletememang akan jadi isu kalau tersebar luas. masing masing acah acah pandai gitu
Deletebiasala fiza..benda mgarut depa nk ikut..yg sahih xmau ikut..tp kan..hihihii
ReplyDeletebab fiza xsampai sbb depa letak tgi sgt tu Allah..kesian plak kat fiza ^_^
hahah..dah biasa tu shida.
Deletebanyak tempat babe yang scan tangan. I pernah pergi satu majlis ni. Masa tu mmg cuaca panas. Suhu tinggi. Dia malas tunggu dia scan tangan je
ReplyDeleteitu kira asal boleh je tu. aduhaii
DeleteTu la tengok sekarang ada orang scan tangan je, sedangkan doktor nak tahu kita demam atau tak pun letak alat kat dahi, bawah lidah atau ketiak je
ReplyDeleteitulah pasalnya. bijak pandai pulak pandai pandai scan tangan kan
Deletepatutnya dorg sediakan scan yg biasa atas meja kalopon xde org jaga.. senang kalo nk scan dahi sendiri., ;p
ReplyDeleteTak mampu nak sediakan kot wak. entahlah mereka itu.
Deletekalo leh beli yg tingi tu mesti leh je beli yg portable., ntahla
Deleteada satu gambar berlegar dalam WA grup. siapa yg scan guna tangan, tengkorak tu hodoh hahahaha...
ReplyDeletetp kan org yg letak scan tu kena laa consider sikit, kan... bkn semua org yg guna ni tinggi2 belaka..
haha..siapalah punya idea buat gambar illustrasi tengkorak tu.
Deleteitulah pasalnya. kalau budak budak boleh didukung lagi. takkan nak suruh orang dukung kita pulak kan. haha
kan???????? pelik!
ReplyDeletepelik tapi benar tu kak syaz :)
Deleteaida maintain scan suhu di dahi. sebab normally sampai aje nak scan tu kan :)
ReplyDeletesemlm kebetulan ke kedai runcit, beli ikan ayam sayur utk masak weekend ni hah. kat tempat scan suhu tu ada notis besar "sila scan suhu di dahi". hmmmm surely ramai yg scan suhu bukan di dahi hingga terpaksa buat notis gitu, kan hi hi hi...
okaylah tu sampai kak. bagus lah ada notis macam tu. baru betul caranya
Deletekat hotel dua hari lepas, pak guard tu suruh scan guna tangan..sebab kat dahi asyik tak detect aje..punya lah kami bertelagah cakap tak boleh scan guna tangan sebab suhu tak sama..dia cakap sama aje..sekali dia bangun buat, suhu kat dahi dia kurang 0.1'C dari suhu kat tangan dia..haaa...mana sama..adeii..kalo yang sama tu, lucky aje lah...
ReplyDeleteitulah kan. entah siapa lah punya pembawakan cerita sampai masih ada lagi scan kat tangan.
DeleteHaah ada tempat scan di tangan. Malas tanya sebab ikut sahaja.
ReplyDeleteSekarang ini pergi memang scan di dahi.
Pasal tinggi letak pengimbas belum alami lagi.