Khasiat Buah Lemon, Ada Yang Kita Tak Tahu
"Laymon', kata Bonda Mona. "Lemon", Razif membetulkan sebutan Bonda. Siapa yang tengok Drama Kampung People 2 mesti teringat scene ni.
Ingat lagi tak? Jenuh Razif membetulkan sebutan keluarga Mona. Sampai ke sudah tak mahu mengalah dengan sebutan yang salah.
Buah lemon, barang dapur yang wajib ada. Sebabnya buah lemon ni serbaguna sangat. Bukan guna untuk masak je. Boleh guna untuk resipi/petua kecantikan dan kesihatan juga.
Tak ramai yang suka minum air kosong. Sejenis Fiza suka minum air kosong dengan hirisan buah lemon. Kalau tak ada buah lemon, minum air masak semata-mata rasa macam nak muntah dan perut macam masuk angin.
Nak rajin minum air masak, memang kena letak hirisan lemon. Cara Fiza minum air lemon setiap pagi. Barulah rajin sikit nak minum air masak dan ada lah perisa lemon sikit.
Jangan mengada pulak letak gula. Letak madu asli takpa, lagi sedap tu campuran lemon dan madu.
Tapi iyalah, madu mahal. Cukup letak hirisan lemon pun dah okay dah. Tetamu datang, boleh hidangkan air sirap lemon atau teh o ais lemon.
Tahukah Anda? Khasiat Buah Lemon
Dengan hanya merendamkan lemon dalam air masak dan mengamalkan minum air lemon setiap hari cukup memberi banyak manfaat pada kesihatan kita.
Lemon mempunyai nutrisi yang tinggi dan diperlukan badan untuk mengekalkan kesihatan. Kaya dengan karbohidrat, serta protein, lemak dan vitamin C.
Minum jus lemon segar sangat menyegarkan dan mengekalkan gaya hidup sihat. Jus lemon minuman rendah kalori dan boleh membantu mengawal tubuh badan daripada dehidrasi.
Ini jenis yang tak suka minum air masak. Should try lah minum air masak campur dengan hirisan lemon. Air manis bergula membuatkan badan kita kurang air. Lemak juga yang bertambah nanti!
Buah Lemon ni pelbagai guna
- Kesihatan
Penghadaman : Membantu penghadaman dan sembelit dengan hanya mencampurkan beberapa titis jus lemon dalam masakan atau minuman.
Ubat demam,selsema dan batuk : Siapa sangka lemon juga mengubati demam, selsema dan batuk kerana lemon membantu mengurangkan suhuh badan melalui pengeluaran peluh.
Kurangkan sakit gigi : Jus lemon juga boleh mengurangkan sakit gigi dan dapat menghentikan masalah gusi berdarah. Tambahan lagi, lemon dapat menyahkan bau mulut yang busuk.
Legakan gangguan penafasan : Vitamin C yang terkandung dalam sebiji lemon dalam membantu masalah penafasan untuk jangka masa yang lama terutamanya mereka yang terkena serangan asma/semput.
Megubati penyakit taun : Jus lemon boleh mengubati penyakit taun dan malaria kerana ia bertindak sebagai penapis dalam darah.
- Kecantikan
Turunkan berat badan : Dengan mengamalkan minum air lemon setiap pagi yang dicampur dengan air suam dan madu, dapat membantu mengurangkan berat badan.
Merawat masalah rambut : Jus lemon dapat merawat masalah kelemumur, rambut gugur dan menyihatkan kulit kepala. Jus lemon juga dapat membuatkan rambut lebih bersinar.
Masalah kulit : Jus lemon berfungsi sebagai pelindung sinar uv, mengatasi masalah jerawat dan juga ruam. Jus lemon sebagai antiseptik semulajadi yang dapat memulihkan masalah kulit. Di samping itu ia dapat melegakan sengatan sengat lebah.
Merawat kesan kulit terbakar : Jus lemon dapat memudarkan parut kesan terbakar yang lama, parut kemalangan dan dapat juga mengurangkan rasa sakit.
Merawat luka luaran : Disebabkan jus lemon adalah antiseptik semulajadi, ia dapat mengeringkan luka dengan cepat. Darah pun akan berhenti mengalir.
- Pencuci
Tahukah anda? Kulit lemon dan hampas lemon boleh digunakan untuk tujuan mencuci. Kulit dan hampas boleh digunakan untuk mencuci sinki atau table top yang kotor. Jika rendam kulit lemon, dan air tersebut boleh digunakan untuk mop lantai.
Serbaguna sangat buah lemon ni. Kaya dengan khasiat semulajadi dan berguna untuk kesihatan, kecantikan dan boleh digunakan sebagai agen pencuci. Walaupun kecil tapi besar manfaatnya kan.
air kalau suam2, campur lemon, sangat wangi dan sedap!
ReplyDeletekan..dia punya aroma tu best betul.
Deletedah lama akak tak buat amalan minum air lemon setiap kali bangun pagi... kalau dulu rajn bangun tido je hiris dan picit sikit jus lemon dalam air suam minum sebelum mandi semua... bau dia tu buat kita segar...
ReplyDeletePasni boleh sambung minum balik kak. The best detox and feel fresh gitu
DeleteBiasanya time anak2 demam + selsema(masa baby dulu)saya selalu mandikan diorg dengan air lemon. Air suam + perah lemon 1-2 biji..pastu mandikan (rendam) lama 2 sikit sambil2 tepuk dekat belakang baby..memang membantu jugak lah.
ReplyDeleteBiasa dengar kalau anak anak demam ke selsema mandikan dengan air lemon. Terima kasih atas perkongsian caranya :)
DeleteSebelum kami kena PKPB ni bila pergi hiking mesti bawa ais krim Malaysia citrus yang berlebihan di kebun kasi hilang dahaga dan sejuk tekak bila kepenatan sampai puncak.
ReplyDeletewah best tu kak. feeling good and feeling fresh lah dapat makan ais krim perisa citrus. Sejuk sejuk masam gitu
Deletetinggi vit C..buat lemonade sejuk, mmg chill..
ReplyDeletelemonade memang best!
Deletekaella memang peminat lemon, hihi dengan hirisan lemon kaella makan bila air dah habis hihi
ReplyDeletefuuhhh hebat tu makan hirisan lemon sekali. terbaik! tak membazir gitu kan
Deletesedap juga lemon ni kalau buat air jus dia..perghh shida sorg pn xpe minum ^_^
ReplyDeleteBuat jus memang sedap shida. Lagi lagi tengah musim panas tu ha. Hilang dahaga!
DeleteSaya suka Honey Lemon Tea. Rasa segar je kalau minum suam2.
ReplyDeletehoney lemon tea sedap! my favourite juga tu :)
DeleteKalau tak ada lemon di dapur, rasa tak lengkap pula hari yang dilalui... ahaks!
ReplyDeleteSelalu minum lemon panas.
setuju kak amie! mesti kena ada :)
DeleteMemang kena sentiasa ada lemon ini kat rumah.. banyak gunanya..
ReplyDeletebetul tu kak.
DeleteSejak kerja tempat baru, baru bulan ni akak start balik minum air suam + lemon. Sbb nak kawal tekanan darah. Akak mmg percaya dgn khasiat air lemon.
ReplyDelete