Lagu Empat Dara Trending Sebab Kak Lina Pom Pom
Peminat Kampung People 2 sekalian, masih ingatkah lagi scene Kak Lina Pom Pom a.k.a Mona tengah vacuum rumah dan nyanyi lagu 4 dara tu?
Empat Dara Duduk Di Tepi Sungai
Duduk Menjerat Si Ketamlah Batu
Haaa masukkk...
Kemudian, bonda Mona (lakonan Adibah Noor) sambung lagu 4 dara versi Adibah Noor. Kalau tak ingat boleh tonton Kampung People 2 Episod 6 ye.
sumber : kertaspapel |
Kenapa trending dan viral? Kak Lina Pom Pom upload video menyanyikan lagu tradisional Empat Dara dengan gaya bersahaja di instagram.
Gaya Kak Lina nyanyi dengan muka tanpa perasaan boleh cecah 1 juta view dan berpuluh ribu komen. Dengan itu, Kak Lina pun buatlah #4darachallenge. Maka ramailah yang join menyanyi macam Kak Lina.
Ada yang sebijik tiru fesyen tudung Kak Lina. Artis pun tak ketinggalan join sama. So far, versi Kak Lina Pom Pom paling win. Tak ada siapa boleh challenge.
Penyanyi Asal Lagu Empat Dara
Lagu ciptaan asal oleh Atan Penambang/ Ahmad Yusoh dan lirik oleh Ahmad Yusoh sendiri. Pernah dirakamkan oleh Ahmah Yusoh sendiri. Lagu ini biasa dinyanyikan oleh penyanyi Ghazal dan pop.
Rentak muziknya yang catchy membuatkan ianya sedap di dengar. Lagu Empat Dara pernah dinyanyikan semula oleh Noranizah Idris, Allahyarham Datuk Sharifah Aini. S. Roziah, Fadzil Ahmad, Faizal Tahir dan ramai lagi.
Lagu Empat Dara Duduk Di Tepi Sungai
Lagu ini mengisahkan empat orang anak dara. Lokasinya di tepi sungai dan Kuala Sungai di bandar Muar. Pencipta lagu dan penulis lirik dikatakan ketika itu sedang bekerja di Syarikat Feri Penambang Muar, maka tercetuslah melodi lagu empat dara ni.
Pada zaman itu, Ahmad Yusoh juga merupakan jejaka yang tampan dan kacak yang digilai ramai anak dara. Apatah lagi berstatus artis, penyanyi, pemuzik dan pelakon bangsawan.
Dari pengalaman beliau, tercetuslah juga keresahan mencari pasangan hidup kerana terlalu ramai yang memuja dan perlu dipilih yang terbaik.
Maksud bait-bait pantun lagu Empat Dara.
Empat Dara Duduk DiTepi Sungai
Duduk Menjerat Seketamlah Batu
Ketika itu, sungar Muar kalau airnya surut akan kelihatan banyak hidupan laut seperti ketam, kupang, tiram, kerang, udang galah, belangkas dan lain-lain. Beliau berkias apa yang sedang dilakukan oleh empat orang gadis (anak dara) dulu-dulu di Muar.
Baik Budi Eloklah Perangai
Sukar Dipilih Yang Manalah Satu
Nak memilih pasangan yang terbaik memanglah sukar. Mana tahu disebalik wajah yang cantik, ada budi pekerti yang elok.
Empat Dara Berpakaian Sedondon
Berbaju Putih Berkainlah Biru
Pandai Mengarang Seloka Dan Pantun
Sekali Pandang Rasa Tak Jemu
Apa yang diharapkan, lirik lagu empat dara ni boleh menjadi ikutan gadis melayu sekarang yang masih mempunyai ciri ciri kemelayuan dengan sifat sopan santun dan baik budi pekerti.
Begitulah ceritanya dari apa yang saya baca di blog MatGodak. Orang lama-lama tahulah lagu ni kan.
Lirik Lagu Empat Dara
Empat dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketamlah batu
Manis rupa hai elok perangai
Sukar dipilih yang manalah satu
Empat dara berpakaian sedondon
Berbaju putih berkainlah biru
Pandai mengarang seloka dan pantun
Hitam manis hai pandanglah tak jemu
Empat dara duduk di tepi sungai
Duduk menjerat si ketamlah batu
Manis rupa hai elok perangai
Sukar dipilih yang manalah Satu
Empat dara hai denganlah lagaknya
Bersiar-siar sekeliling kota
Sekali pandang senyuman manisnya
Tak mungkin lupasepanjanglah masa
FOUR MAIDENS
Four maidens sitting by the river,
Catching mudcrabs,
Sweet looking and well mannered,
Hard to pick who shines out among them,
Four Maidens wearing matching dresses,
White blouse and blue sarong,
Very skilful at writing songs and rhymes,
Brown skin sweeties, your eyes won't get tired of
Lirik dan pantun orang dulu-dulu penuh dengan kiasan. Banyak maksud tersirat dia. Cuma sekarang dah banyak kosa kata lama tidak digunakan akibat peredaran zaman.
Ini pertama kali Dina dengar ada lagu empat dara
ReplyDeletetakpe, kalau tak tahu. sekadar hiburan je Dina :)
DeleteBest lagu ni..saya pun setuju nyanyian elly mazlien yg paling win..walpun ramai yg sahut cabaran nyanyian lagu ni..heheh..
ReplyDeletekann. Kak Lina juga yang paling okay.
DeleteMendalam sungguh maksud pantunnya walaupun singkat mempunyai pelbagai perkara tersirat.
ReplyDeletesetuju tentang tu kak :)
Deletelucu sangat kak lina pom pom buat #4darachallenge ^^ sherry alhadad pun dah sahut challenge tu 😂
ReplyDeleteoh ye? tak tengok pulak sherry buat challenge tu.
Deleteoooh ! thank you sebab share lirik penuh dan maksudnya! saya memang ulang2 ratus kali dah video kak kepom tu hahaha
ReplyDeletewah terjebak terus ni. hihi
DeleteSama²
First time saya baca pasal asal-usul lagu ni. Thanks share. Ok next time saya balik Muar nak gi menjerat ketam batu time air surut. Kotla jumpa jodoh. Haha
ReplyDeleteamboi terus nak menjerat ketam. kalau dapat meh lah anta sini sikit. hihi
DeleteSemoga bertemu jodoh. Aaminnn
Suka dengar lagu ni... teringat alunan suara Noraniza Idris pulak!
ReplyDeleteYang Noraniza Idris pun sedap didengar.
Deletemenarik..mmg viral..shida pun kdg2 ternyanyi juge heheee
ReplyDeletekalau sekali dah dengar. dok ulang lirik yang sama je kan. sebab itu je tahu pun. hihi
Deletetak habis lagi, hari2 layan elly mazlin nyanyi lagu 4 dara ni.
ReplyDeletehaha..sekali dengar dia terus melekat
Deletepenah jg dgr lagu ni sebelum ni. and semalam sy tgk parody lagu ni kat IF faradyable... hahahahahah
ReplyDeleteselain challenge 4 dara. ramai juga tu buat parodi. tak tengok lagi yang farayable tu. mesti lagi lawak.
DeleteSejak tengok mona nyanyi asyik humming lagu ini je.. Lepas tu tengok versi Faizal Tahir, comel je.. hehehe
ReplyDeleteFaizal Tahir versi lama tapi okaylah sedap juga style FT
Deletedah 2-3 hari terngiang lagu ni aduyaii mmg viral betul laa
ReplyDeletesekali dengar dia terngiang ngiang je kan..hahaha
DeleteOooh Kak Lina ada buat challenge rupanya patutlah ramai buat 😂
ReplyDeletekalau tengok explore ig mesti ada yang buat.
Deletekelakar kan tgk challenge dia. abis semua retis dok buat :) trending sunguh-sungguh. hingga aida mencari versi asal nyer. ntah ye ntah tak la original nyer sharifah aini yg nyanyi. sedap. sharifah aini kan, suara emas :) adibar noor nyanyi pun ohsem. lemak merdu!
ReplyDeleteitu yang mencari tu. orang dulu dulu nyanyi sedap irama melaysia ni. ada lenggok dia.
DeleteDia punya ekspresi muka tu memang tak boleh tahan tengok. haha
ReplyDeleteSebenarnya baris pertama lirik lagu tersebut dari rakaman asal (S Radziah) ialah
ReplyDeleteEmpat dara di tepilah sungai
Tiada perkataan "duduk" ya