Header Ads

OKTOBER bulan kesepuluh

Tidak mahu kuingat lagi, Apa yang telah terjadi. Tragedi oktober~ Eh termenyanyi pula. Asal datang bulan oktober, lagu itu je lah yang tergiang dalam kepala ni. Harap tak ada sebarang tragedi berlaku.

Buat masa ni kita doakan semoga Malaysia cepat sembuh dari wabak Covid. Tak sabar nak tunggu zero kes dan bebas Covid-19. Dapat bayangkan masa tu, semua orang akan rasa gembira dan tentunya bersyukur.

Sama-sama kita sabar dan doa ye.

OKTOBER, bulan kesepuluh. Bulan September sepantas kilat berlalu. Terlalu kejap rasa bulan September ni. Apa plan bulan oktober ni? Duduk diam-diam kat rumah je lah kot.

OKTOBER 2020

Feel beautiful about yourself without needing to judge other.
It's reflection of your-self respect

Cuti-Cuti Bulan Oktober 2020

3 Okt (Sabtu)  : Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sabah 
9 Okt (Jumaat) : Harijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka 
10 Okt (Sabtu) : Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak 
29 Oktober (Khamis) : Maulidur Rasul Semua Negeri

OKTOBER 2020

6+3 =
But so does 5 +4.
The way you do things
isn't always the only way to do them.
Respect other people's way of thinking.
Don't judge people
for the choices they make,
when you don't know
the options they had to choose from.

Kita semua masih dalam mood PKPP ye kawan-kawan. Sekarang bukan Sabah je meningkat kes baru, kluster baru. Sekarang semenanjung pun tak kurang hebatnya. Masing-masing hantar wakil negeri ke camna? Aduhaiii...

Bertambah risau dibuatnya nak pergi kemana-mana macam mula-mula PKP dulu. Janganlah sampai PKP 2.0. Struggle sangat bab ekonomi tu. Hanya mereka yang mengalaminya sahaja faham.

Yang hilang kerja tanpa pesan, yang berniaga tak boleh berniaga, jualan tak jalan, semua tu sangat memberi kesan. 

Harap sangat bulan oktober ni, ada harapan yang lebih cerah untuk kita semua. Aaminn

هناك 26 تعليقًا:

  1. Harap memang dapat dibendung Covid-19.
    Tidak sangka sudah masuk bulan Oktober.

    ردحذف
    الردود
    1. Harap begitulah kak NA. risau betul angka kes makin naik ratusan sekarang.

      حذف
  2. Salam 1 oktober. Ya harapan kita semuanya akan bertambah baik menjelang akan berakhirnya 2020..

    ردحذف
  3. yang balik dari mengundi dan bercuti dari sabah agaknya bawak cobid mai sini lagi. T^T

    ردحذف
  4. semakin merisaukan keadaan negara kita..kes makin banyak.. iena tengok orang keluar ade yang tak pakai facemask.. baru baru ni iena bercuti ke pangkor..pelancong datang pakai facemask..penduduk situ, peniaga yang tak pakai facemask.. hurmm mindset orang orang yg duduk kampung kampung kot..kalau di bandar bandar memang orang da jadi kebiasaan keluar rumah mesti pakai facemask..

    ردحذف
    الردود
    1. susah kan nak educated rakyat yang bermacam ragam ni. apepun kita kekalkan jaga SOP. semoga kembali turun angka kes baru ni.

      حذف
  5. amin...moga dipermudahkan segala urusan kita semua

    ردحذف
  6. semoga kes covid tidak terus meningkat..takut pulak rasanya ammi ni nak naik public transport skrg

    ردحذف
  7. Takut gak PKP 2.0..ekonomi baru nk pulih...semoga dapat dibendung..

    ردحذف
  8. amin.. risau betul semoga takde la terjadi tragedi oktober.. semoga kes covid makin menurun

    ردحذف
  9. Bulan yang saya banyak plan la tetibe covid naik. Sabar jela. Geram jugak sebab kita dok jaga SOP selama ni tapi sebab orang lain dah angka naik balik. Kesian pada yang kemungkinan hilang pendapatan sebenarnya

    ردحذف
    الردود
    1. Memang geram dibuatnya. banyak kesannya bila kes makin naik ni. lagi lagi yang terjejas pendapatan tu.

      حذف
  10. Takwim September semua tak menjadi gara-gara memberi laluan covid-19 bermaharajalela di daerah kami. Harap Oktober ini covid-19 segera berlalu pergi!

    ردحذف
  11. diam x diam hari ni dah 6/10 kejap je ms berlalu...

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.