Pantai Purnama, Pantai Tersorok di Port Dickson Yang Cantik
Dari PD Waterfront kononnya nak terus balik rumah tapi teringat pulak Puan Hazel pernah bercerita tentang Pantai Purnama. Lalu meneruskan cita-cita ke Pantai Purnama, Port Dickson.
Pantai Purnama, Pantai Tersorok di Port Dickson.
Dengan menggunakan perkhidmatan pakcik waze, sampailah ke Pantai Purnama. Memang tersorok sikit Pantai Purnama. Signboard nak masuk simpang pun tak kelihatan. Kenapa sorok sorok Pantai Purnama yang cantik ni? Siapa nak jawab ni? Hihi
Tak jauh dari PD Waterfront, kurang lebih 20 minit macam tu dengan traffik lancar. Kalau jammed, mungkin ambil masa lebih sikit. Sabtu lepas nampak tak berapa sibuk sangat kat PD. Masing-masing dah mula duduk rumah agaknya.
Sepanjang laluan masuk ke Pantai Purnama yang Fiza perasan macam kawasan perumahan elite je. Atau mungkin ada homestay Pantai Purnama Port Dickson yang berdekatan dengan Pantai.
Pantai Purnama/Pantai Sri Purnama
Pantai Purnama ni dipanggil juga dengan Pantai Sri Purnama. Bila di google memang ada kedua-dua nama tu. Tapi kalau waze, sila masukkan nama Pantai Purnama.
Sampai je terus teruja tengok Pantai Purnama ni. Dari jauh dah nampak Pantai dia. Ruang tempat letak kereta tak berapa nak besar. Ada tingkat atas dan bawah je. Ini kalau sesak, memang kena menapak jauh lah jawabnya.
Mujur masa datang, tak ramai orang dan banyak ruang tempat letak kereta ada. Boleh pilih mana-mana nak letak kereta.
Pantai Purnama ni lagi sesuailah untuk seisi keluarga datang. Boleh mandi manda, boleh berkelah, pantai luas dan ada disediakan campsite untuk yang nak merasa berkhemah kat situ.
Mungkin boleh google campsite pantai purnama untuk cari maklumat lanjut. Mana tahu kot jumpa ada yang pernah ada pengalaman berkhemah kat situ.
Ada restaurant dan juga sewa dan beli pelampung.
Pertama kali sampai Pantai Purnama ni kagum dengan keluasan Pantai dia. Kebersihan pantai masih lagi memuaskan lah. Ada juga lah nampak sampah plastik. Siapalah punya kerja buang sampah merata tu kan.
Sekali lagi setting camera ter overexpose .Opsss |
Siapa punya baju tertinggal tu tak tahulah. Macamana boleh lupa ambil tu |
Nampak tak betapa jauhnya kami menjaga jarak. Yang datang sini lebih kurang dalam 4-5 family macam tu. Semua jaga jarak masing-masing antara satu-satu family.
Sebelum balik sempat lah perati anak ketam ni. Masa kita datang dekat, laju je dia masuk lubang. Susah betul nak ambil gambar dia.
Apa yang Fiza buat. Duduk senyap-senyap dan cepat-cepat ambil gambar bila dia keluar. Kalau kita gerak sikit, cepat betul dia perasan terus masuk lubang. Aduhai, tak boleh bawa bincang anak ketam ni.
Settle Pantai Hopping Fiza di hari sabtu yang lepas. 2 Pantai je pun dapat terjah. Jadilah kan daripada tak dapat lansung. Hihi
Bestnya... Lama tak turun PD... rindu nak jalan jauh2... Haihhh.. Cepat la Allah angkat Covid ni dari muka bumi😔
ReplyDeleteAaminn..
Deletenanti boleh kita hidup normal kembali.
Rindu juga nak jalan bebas macam dulu
dina pernah datang sini dengan kawan kawan Dina. Cantik
ReplyDeleteye, cantik pantai ni :)
DeleteWah cantiklah tempat ni😍
ReplyDeleteye, sila datang singgah nanti :)
DeletePasirnya kuning keemasan, eksotis. Pantainya landai, aman buat anak-anak bermain-main di laut
ReplyDeletesesuai untuk seisi keluarga :)
DeleteCP selalu gak pergi Pantdai Purnama ni. Privacy kat sini.. best :)
ReplyDeleteprivacy tu yang best tu. Open sangat ramai orang tak best.
Deleters mcm penah smpi sini tp sy x igt bla
ReplyDeletehihi..macam kena datang lagi tu Anies
Deletehahahah apa ni buli anak ketam!!!!
ReplyDeletehahaha..buli manja manja jer
Deletetak pernah tau pun pasal pantai purnama ni.. nanti kalau ke PD boleh la singgah :)
ReplyDeletesilakan singgah nanti ye.
Deletecantiknya, xtau pulak ada tempat dekat pd yg xramai org, ritu dtg org berduyun2 mcm semut hurung gula. nak berootd, nak berkelah pun susah..ramai sgt umah manusia..
ReplyDeletepantai ni tersorok sikit. Ramai ramai tu kat Pantai Telok Kemang biasanya.
DeleteSeronok pergi masa tidak ramai orang.
ReplyDeleteOrang itu seronok mandi agaknya letih hendak cepat balik, terus tertinggal baju.
baju je tertinggal xper kann., jgn tertingal suar kecik pulak., hahaha
ReplyDelete