Resipi Kuih Goyang Ros Menjadi Dan Tak Melekat Pada Acuan.

Kuih goyang ros bukanlah kuih goyang buatan ros. Sejenis kuih tradisional yang sering menjadi kudapan orang dulu-dulu. Bila zaman dah berubah, kuih goyang ros ni hanya menjadi santapan semasa perayaan je. 

Ada juga yang menjual bukan hanya di musim perayaan. Jadi bolehlah dijadikan kudapan bila-bila rasa teringin. Jangan tak tahu kuih loyang viral sudah. Kuih loyang Rizalman antara kuih loyang terlaris. Betul tak?

History of kuih loyang

Kuih loyang, kuih ros, kuih goyang, kuih bunga durian, rosettes/ honeycomb cookies antara nama-nama yang diberikan. Dalam masyarakat melayu kita lebih dikenali dengan nama kuih goyang atau kuih ros. Ada juga panggil nama gabungan dengan nama kuih goyang ros.

Kuih Goyang Ros

Kuih goyang berasal daripada kuih tradisional di Selatan India iaitu Tamil Nadu dan Kerala. Disana lebih dikenali dengan nama Achu Marukku atau Achappam. 

Kuih tradisional ni diperbuat daripada tepung beras yang digoreng dalam minyak masak. Rasanya rangup dan manis.

Nak tahu kenapa di Malaysia kita panggil dia kuih goyang? Sebabnya bila acuan dicelupkan dalam adunan tepung cair kemudian di celupkan dalam minyak panas, kita goyang-goyangkan acuan supaya  tertanggal dari acuan.

Ada yang memanggil kuih ros sebab kuih bentuk bunga ros. Dipanggil dengan nama loyang pula disebabkan acuan tersebut biasanya diperbuat daripada logam loyang.

Warna kuih goyang ni seperti warna keemasan. Buat masa ni belum lagi nampak warna selain warna yang biasa nampak. Kalau ada yang berwarna warni ianya satu kelainan dari biasa dan mungkin ianya menjadi tarikan.

Kalau nak tahu, kuih goyang ni dibuat semasa musim perayaan Hari Deepavali, Hari Raya Aidilfitri dan juga Tahun Baru Cina. Walaupun berbeza agama, budaya dan bangsa. Kuih goyang tradisional ni tetap menjadi tradisi ketika musim perayaan di Malaysia.

Kredit : wikipedia

pendek kata " Kudapan tradisional sedap sepanjang zaman..."

Resipi Kuih Goyang Azlina Ina

500g tepung pulut
500g tepung jagung
10 biji telur ayam
350g gula castor atau gula halus
200 g santan pekat atau 1 kotak kecil santan kotak
300g air masak

Cara Buat Kuih Goyang Mudah

Campurkan semua bahan dan blender. Kemudian tapis untuk elakkan adunan berketul. Itu je yang Fiza dapat daripada resepi kuih goyang azlina ina. 

Ikut resipi Azlina Ina tak menggunakan tepung beras untuk kuih loyang. Sebaliknya menggunakan tepung pulut dan tepung jagung.


Untuk resipi kuih goyang lengkap boleh gunakan resepi kuih goyang azlita aziz. Resipi Kuih Goyang sukatan cawan. Lagi senanglah nak menyukat bahan-bahan.

Resipi Kuih Goyang Azlita Aziz

By : Nor Faezah : http://www.myresipi.com/top/detail/15719
Rujukan : My Resepi : 
http://www.myresipi.com/top/detail/15719

Bahan-bahan anggaran untuk 200 biji

2 kampit tepung beras
3 cawan gula
1 biji telur
1 biji kelapa ~ di perah sehingga 3x, setiap perahan diasing-asingkan
air ~ jika perlu di tambah
sedikit esen ros
secubit garam
sedikit pewarna merah jambu

Tepung beras, gula, telur dan perahan santan pertama di gaul sebati.
Jika adunan agak pekat campurkan perahan santan berikutnya tapi jangan di letakkan semua, letakkan sedikit demi sedikit. Gaul hingga sebati. Kemudian tapis

Panaskan minyak dan rendam acuan kuih goyang ke dalam kuali yg telah di isi minyak. Gunakan api sederhana. Bila minyak dah panas, acuan pun dah panas, celupkan acuan ke dalam adunan. Goyang-goyangkan acuan hingga kuih tertanggal dari acuan.

Jika kuih agak tebal, tambahkan sedikit lagi air santan. Setelah kuih kuning keemasan angkat dan toskan minyaknya atas redai. Bila dah sejuk segera simpan ke dalam bekas kedap udara.

Kredit : Azlita Aziz

Petua Acuan Kuih Loyang Tak Melekat

Dari apa yang dbaca, selain rendamkan dulu acuan dalam minyak panas sebelum celup dalam adunan. Celup hanya 3/4 acunan dalam adunan tepung supaya mudah tertanggal. Jangan celup sampai habis tenggelam. Kalau tidak macamana nak tanggal kuih tu nanti kan.

Kenapa Kuih Ros Keras

Kuih ros akan menjadi keras mungkin disebabkan adunan tepung yang tidak betul. Untuk dapatkan kuih yang rapuh dan tidak keras boleh cuba masukkan 2-3 sudu tepung ubi atau tepung kanji.

Kenapa Kuih Goyang Menggerutu

Perasan tak kadang-kadang kuih goyang nampak seperti menggerutu. Okay je kan, janji rasa dia sedap dan menjadi. Katanya kalau kuih goyang menggerutu tu disebabkan menggoreng dalam minyak yang terlampau panas. 


Kuih Goyang Ros

Dah ada resipi dan petua tu bolehlah nanti cuba-cuba buat kalai rajin. Kuih goyang dalam gambar tu bukan Fiza buat, mak mertua bagi.

Dan bukan mak mertua buat juga. Samada orang bagi atau mak beli. Lupa pula mak cakap haritu. Tapi sedaplah kuih goyang ni. Rapuh dan suka rasa manis kuih goyang. 

Mujur masih ada yang terbentuk elok. Ye lah kan, kuih ni mudah rapuh sebenarnya. Dapat jugalah ambil gambar beberapa ketul yang tinggal sebelum kehabisan. Dapat juga jadikan modal buat entry ni.

Kalau rajin silalah cuba sendiri gunakan resipi kat atas.


29 comments:

  1. bila baca terus teringat kisah dating dulu2... sy merajuk sbb dia tertinggal kuih ni kat rumah hahahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. rare betul dia punya kenangan ni. Confirm tak pernah lupa bila tengok kuih ni kan Anies. 😁

      Delete
    2. yap. tiap kali dating sy akan 'ungkit' kuih ni. last2 dpt juga (pakej siap dgn perli dan sindiran). lps tu trs x sebut dah hahahahahahahahahahah

      Delete
    3. hahaha..mujur tak berpanjangan drama ni.

      Delete
  2. Kuih ini antara yang dicari time raya. Sebab masa ini je mak rajin nk buat kuih ini. Katanya cucu suka makan , jadi mak sanggup susah payah buat kuih ini 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah tu mak mak kita kalau anak cucu suka makan memang gigih membuatnya. Lagipun sekali sekala masa raya ramai berkumpul sekali. Seronok tu ada kuih favourite

      Delete
  3. Kuih ni kalau dapat, seketul dua tak cukup. Tidak2 satu balang stok akak seorang heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu semestinya. Tak cukup. Sebalang baru puas hati gitu. hihi

      Delete
  4. lama tk mkn kuih goyang..yummy..rangup

    ReplyDelete
  5. thank sharing resepi

    https://norminieza.blogspot.com/2020/10/angan-merintih-iqa-nizam.html

    ReplyDelete
  6. kita panggil kuih ros..dah agak dah, mesti nama goyang tu sebab goyang2 acuan masa dalam kuali...hihihihi

    ReplyDelete
  7. tq for sharing fiza. lama tak buat kuih ros ni

    ReplyDelete
  8. Hahaaa... saya memang tak lulus ujian kalau buat kuih ni. Dulu di kampung selalu tolong mak buat, di LD tolong mak mentua buat. Tak tahu bila nak pandai buat sendiri...kah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kuih tradisional ni memang surrender nak buat sendiri. Tolong tolong bolehlah kan. hihi

      Delete
  9. kami kt sarawak ni panggil kueh cap... taktau plak kenapa panggil cap tu.. hehehe.. tp yg paling penting kt sini gambar fiza cantikkkkkk sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh ada lagi nama lain ye. Macamana pula sejarah nama tu wujud kann.

      Terima kasih kakmim 😊

      Delete
  10. samala fiza..pgil kuih goyang je..sedap mkn rangup2 kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rangup tu yg sedap dimkn. kalau lemau dah tak sedap dah

      Delete
  11. Ini haritu Uwan saya ada cuba buat lepas PKP tidak menjadi. Keras. Nanti bagitahu Uwan resipinya.

    ReplyDelete
  12. resipi kuih goyang turun menurun nih., ;p

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.