Resipi Rempeyek Kacang Tanah Dan Ikan Bilis. Nipis dan Rangup!
Pernah tak keliru antara rempeyek dengan tumpi. Seorang ni Fiza selalu terkeliru. Kuih lama lama ni bukan tahu sangat pun. Kuih rempeyek ni sama level lah dengan kuih goyang bunga. Kuih tradisional sedap kudapan sepanjang zaman gitu.
Kuih rempeyek lebih banyak dikomersialkan. Banyak jugalah jenis rempeyek yang ada dipasaran. Kudapan kegemaran ramai terutamanya yang jenis suka makan keropok kerepek.
Rempeyek
Rempeyek atau peyek adalah sejenis makanan ringan/kudapan/kuih kering yang diperbuat daripada tepung gandum dan campuran ramuan yang lain seperti kacang tanah, ikan bilis, kacang hijau dan lain-lain lagi.
![Resipi Rempeyek Kacang Tanah Dan Ikan Bilis Resipi Rempeyek Kacang Tanah Dan Ikan Bilis](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1DUka83fuYHmvkLePx6kvxK-nrChnXK8kmdgNzd2NTxl81NV7dGQ2coxQ0Nxl-5gaBD_ifJNYL44Rv4qPz4h9lq6jRfqU0hgcupUlQvnkIU4mBJhj08m5Te-gkcHRkT-2PYXbW2s8Ygkg/s16000-rw/rempeyek_kacang_tanah_dan_ikan_bilis.jpg)
Beza rempeyek dan tumpi
Beza rempeyek dan tumpi ni senang je nak tahu sebenarnya. Rempeyek guna kacang tanah dan tumpi gunakan kacang dal kuning. Tapi kaedah nak membuat kedua-duanya sama je.
Bancuhan tepung pun boleh guna bancuhan yang sama cuma taburan atas tu je yang jadi perbezaannya. Itu yang buat orang keliru tu kan. Lagi satu, rempeyek kacang hijau pun sedap juga.
Adunan tepung pula ada yang mencampurkan beberapa rempah seperti jintan manis, jintan putih, ketumbar yang ditumbuk kasar.
Acuan Rempeyek
Ikut style orang dulu tak perlu guna acuan rempeyek pun. Mereka gunakan kaedah resepi rempeyek tepi kuali je. Kalau dah mahir okaylah guna kaedah macam sendukkan di tepi kuali tu.Kaedah senduk tepi kuali tu akan menghasilkan pelbagai bentuk rempeyek. Ada besar ada kecil. Selepas sendukkan di tepi kuali tu, jangan lupa curahkan minyak panas atas adunan tu untuk memudahkan rempeyek tanggal dari tepi kuali masuk dalam minyak panas.
Zaman sekarang, bila rempeyek dah semakin banyak di komersialkan. Kaedah acuan digunakan. Jadinya bentuk rempeyek nampak lebih kurang sama bentuk semuanya.
Rempeyek Nipis Dan Rangup!
Rempeyek nipis dan rangup semestinya jadi pilihan. Boleh spoil mood kalau dapat rempeyek yang tebal. Kalau tebal tu maknanya bancuhan yang dibuat agak pekat. Nak rempeyek nipis dan rangup kena buat bancuhan agak cair.
Resipi Rempeyek Rangup
1 kg tepung beras2 cawan santan pekat
1/2 sudu kecil kapur makan (supaya rangup/crunchy)
1 biji telur
8 ulas bawang putih* (untuk naikkan rasa lemak)
Garam secukup rasa
3 sudu besar jintan manis*
3 sudu besar jintan kasar*
3 sudu besar ketumbar biji*
Cara buat rempeyek rangup
1. Bahan bertanda * ini dikisar kering. Nak guna lebih pun boleh.2. Air secukupnya (buat sukatan 5 cawan dulu, tengok mcm pekat baru tambah sikit-sikit)
3. Bilis dan kacang (jemur dulu nak bagi ia kekal rangup bila dah di goreng)
4. Bancuh semua bahan ni. Air kena pandai agak, bancuh tu jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
5. Goreng seketul 2 dulu pas bancuh tengok struktur kuih, barulah nampak tebal ke nipis sangat ke.
6. Kalau tebal, boleh tambah sikit. Kalau terlalu nipis, boleh tambah sikit tepung. Kalau nipis sangat, kacang dan bilis tu susah nak lekat. Kena rajin eksperimen sikit sampai dapat adunan yang terbaik.
7. Boleh goreng macam biasa. Guna acuan yang direndam dalam kuali bersama minyak yang betul-betul panas. Rempeyek yang okey, masa goreng tu ia akan tertanggal dengan sendirinya serta strukturnya tak tebal dan tak nipis sangat.
8. Jangan lupa tabur kacang dan ikan bilis banyak2, satu lagi sentiasa kacau adunan sebelum menggoreng. InsyaAllah sedap.
*untuk mendapatkan rempeyek yang rangup kena masukkan sedikit kapur makan. Bancuhan tu usah terlalu cair dan pekat. Masa goreng cuba dulu sekeping dua untuk tengok nampak tebal atau nipis sangat. Nanti boleh adjust bancuhan tepungnya. Barulah menjadi rangup rempeyeknya.
Kredit : Azlina Ina Resepi
Nak resepi rempeyek tepi kuali, boleh rujuk resepi rempeyek kacang tanah dari Kak Dana.
Kalau buat sendiri tu bolehlah tambah kacang lebih atau ikan bilis lebih kalau sukalah. Tapi janganlah sampai penuh. Ada kacang tabur banyak ni dan sekor ikan bilis nipis pun dah sedap dah ni.
![Resipi Rempeyek Rangup Resipi Rempeyek Rangup](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgjkXS056wLnl8WRlUOgkZqNRBSm93BhdWwuMwyYnYtxzVIiRBstfFQlnr7PAlyyq6GJj0B2XsGXUK9aHPSuNzev1A8X1cNoWx7Eo7u_Myz0Kqk5P1v9XdtsMVC8_N5GDLP7HTwANvhLTjE/s16000-rw/crispy_peanut_snack.jpg)
1 jer soalan... gamba kt sini fiza ambik guna dslr ke pakai hp je? hihi.. lain pulak soalannya bkn soalan mana nk beli acuan rempeyek.. hihi
ردحذفlari tajuk ni kakmim. hihi..shoot guna handphone 😉
حذفwah.. cantik la.. edit guna apa tu? hihi.. boleh join telegram shoot apa hari ini ni fizah.. share tips
حذفPernah share dalam blog sebelum ni. ohh ada group ye. tq kak share info tu.
حذفwahh guna hp je? kagum wak ;p
حذفKudapan kegemaran ni Fiza. Kalau mak akak pulak mesti kacang dan ikan bilis tu dia blend kasar.
ردحذفblend pun okay jugak. Senang nak makan untuk mereka yang kurang gemar makan benda keras² ni kan
حذفBila singgah sini. Tgk gambar fizah. Alahai. Cantik sangat!
ردحذفYang rempeyek ruby pernah lah buat sekali. Tapi bila sejuk tak rangup. Hahahaha.
Lepas give up nk buat dah.
Padahal hobi suka kunyah rempeyek ni.
Tq share resepi ☺️
Terima kasih Ruby 😘
حذفOkaylah tu ada pengalaman buat kuih tradisional ni. Dapat belajar mana yang perlu improve next time. Jangan giveup okay! dah tahu tips dia inshaAllah more better pasni.
slalu mama ammi panggil yg letak kacang hijau tu tumpi
ردحذفOh ya? nama lain lain ikut tempat agaknya kan.
حذفsedapnya..suka rempeyek kacang-bilis ni..
ردحذفSedap sekali sekala dapat makan.
حذفletak kacang hijau tu sedap. sis Pija, Aien ss resepinya. Mana tau rajin nak buat. Mwahaha
ردحذفKacang hijau tu macam kurang sikit.
حذفSilakan SS, jangan lupa buat tau!
Kami biasa panggil rempeyek kacang tanah, rempeyek kacang dal, dan rempeyek kacang hijau. Nama lain rempeyek kacang hijau tu tumpi.
ردحذفohh macam tu. faham faham. panggilan berbeza mengikut tempat :)
حذفOh rupanya yang tumpi guna Kacang dal. Tukang Kebun masa kecik belasah dua-dua letak Kacang dal atau Kacang Tanah panggil Rempeyek je. Tapi yang tumpi tu lambat sket habis banding dengan ada Kacang Tanah.
ردحذفBegitulah dari apa yang difahami. Tapi panggilan memang berbeza mengikut tempat kan. janji rempeyek dan tumpi tu kita kenal lebih kurang lah dia. hihi
حذفsedap kalau rangup2 ni :)
ردحذفbetul. nipis tu lagi sedap rangup dia.
حذفyg jadi persoalan kaella ni, macam mana shoot gambar and edit gambar macamtu. lawa gilaa 😍
ردحذفstyling ikut suka, close up sikit. edit guna apps yang pernah dikongsikan dalam blog ni.
حذفTerima kasih Kaella 😘
tq fiza share resepi.. Inshaa Allah ade masa nk cuba resepi ni..
ردحذفsama² Shida. Selamat mencuba.
حذفAkak suka tumpi, sebab tak suka makan kacang tanah.
ردحذفTapi susah nak jumpa, biasa orang jual rempeyek.
ada orang tak suka makan kacang tanah gigih mengasingkan kacang tanah tu. Faham faham..tumpi memang susah nak jumpa kan. mostly orang suka jual rempeyek je.
حذفwak pown sukak rempeyek nih., tumpi kureng sikit., tp org kata x elok makan kacang tanah byk2 ghituuuu sbb susah nk hadam., huhuhu
ردحذفramai yang suka makan rempeyek than tumpi kan. oh ye ke wak? tak tahu pulak tu. kalau orang tak makan kacang ni samada tak boleh makan benda keras atau takut naik jerawat
حذفRempeyek ni fevret kami satu family
ردحذفbagus ni senang semua makan takde memilih. mesti laku habis kalau buat.
حذفSedapnya... tempeyek ke rempeyek...??? mmm....
ردحذفKeduanya sama :)
حذفAkk lah tu yg selalu keliru mana satu rempeyek mana satu tumpi, hari ini ingat, esok lupa lagi....last2 semua taram panggil rempeyek atau penyek.
ردحذفHihi..itu perkara biasa keliru kak.lagi lagi kuih zaman dulu.
حذفSedapnyaaaa..akakbeli je fiza...kawan opis ada jual sebalang RM20..kacang dia meriah ..
ردحذفbeli senang terus siap kan. kalau tetiba ada mood tu bolehlah cuba buat. okay tu jual dengan rencahnya banyak.berbaloi.
حذفsuka dua-dua.. hehehe.. MIL Sha pandai buat..
ردحذفSha je tak berapa nak pandai.. hahaha
Suka makan rempeyek kacang tanah. Tumpi itu kurang minat.
ردحذف