Resipi Rempeyek Kacang Tanah Dan Ikan Bilis. Nipis dan Rangup!

Pernah tak keliru antara rempeyek dengan tumpi. Seorang ni Fiza selalu terkeliru. Kuih lama lama ni bukan tahu sangat pun. Kuih rempeyek ni sama level lah dengan kuih goyang bunga. Kuih tradisional sedap kudapan sepanjang zaman gitu.

Kuih rempeyek lebih banyak dikomersialkan. Banyak jugalah jenis rempeyek yang ada dipasaran. Kudapan kegemaran ramai terutamanya yang jenis suka makan keropok kerepek.

Rempeyek

Rempeyek atau peyek adalah sejenis makanan ringan/kudapan/kuih kering yang diperbuat daripada tepung gandum dan campuran ramuan yang lain seperti kacang tanah, ikan bilis, kacang hijau dan lain-lain lagi.

Resipi Rempeyek Kacang Tanah Dan Ikan Bilis

Biasanya ia digoreng nipis-nipis dalam minyak panas yang banyak. Bentuknya pelbagai dan disamakan seperti keropok. Rempeyek kampung biasa dihidangkan ketika musim perayaan ataupun majlis perkahwinan.

Beza rempeyek dan tumpi

Beza rempeyek dan tumpi ni senang je nak tahu sebenarnya. Rempeyek guna kacang tanah dan tumpi gunakan kacang dal kuning. Tapi kaedah nak membuat kedua-duanya sama je. 

Bancuhan tepung pun boleh guna bancuhan yang sama cuma taburan atas tu je yang jadi perbezaannya. Itu yang buat orang keliru tu kan. Lagi satu, rempeyek kacang hijau pun sedap juga.

Adunan tepung pula ada yang mencampurkan beberapa rempah seperti jintan manis, jintan putih, ketumbar yang ditumbuk kasar.

Acuan Rempeyek

Ikut style orang dulu tak perlu guna acuan rempeyek pun. Mereka gunakan kaedah resepi rempeyek tepi kuali je. Kalau dah mahir okaylah guna kaedah macam sendukkan di tepi kuali tu.

Kaedah senduk tepi kuali tu akan menghasilkan pelbagai bentuk rempeyek. Ada besar ada kecil. Selepas sendukkan di tepi kuali tu, jangan lupa curahkan minyak panas atas adunan tu untuk memudahkan rempeyek tanggal dari tepi kuali masuk dalam minyak panas.

Zaman sekarang, bila rempeyek dah semakin banyak di komersialkan. Kaedah acuan digunakan. Jadinya bentuk rempeyek nampak lebih kurang sama bentuk semuanya. 

Rempeyek Nipis Dan Rangup!

Rempeyek nipis dan rangup semestinya jadi pilihan. Boleh spoil mood kalau dapat rempeyek yang tebal. Kalau tebal tu maknanya bancuhan yang dibuat agak pekat. Nak rempeyek nipis dan rangup kena buat  bancuhan agak cair. 

Resipi Rempeyek Rangup

1 kg tepung beras
2 cawan santan pekat
1/2 sudu kecil kapur makan (supaya rangup/crunchy)
1 biji telur
8 ulas bawang putih* (untuk naikkan rasa lemak)
Garam secukup rasa
3 sudu besar jintan manis*
3 sudu besar jintan kasar*
3 sudu besar ketumbar biji*

Cara buat rempeyek rangup

1. Bahan bertanda * ini dikisar kering. Nak guna lebih pun boleh.
2. Air secukupnya (buat sukatan 5 cawan dulu, tengok mcm pekat baru tambah sikit-sikit)
3. Bilis dan kacang (jemur dulu nak bagi ia kekal rangup bila dah di goreng)
4. Bancuh semua bahan ni. Air kena pandai agak, bancuh tu jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
5. Goreng seketul 2 dulu pas bancuh tengok struktur kuih, barulah nampak tebal ke nipis sangat ke.
6. Kalau tebal, boleh tambah sikit. Kalau terlalu nipis, boleh tambah sikit tepung. Kalau nipis sangat, kacang dan bilis tu susah nak lekat. Kena rajin eksperimen sikit sampai dapat adunan yang terbaik.
7. Boleh goreng macam biasa. Guna acuan yang direndam dalam kuali bersama minyak yang betul-betul panas. Rempeyek yang okey, masa goreng tu ia akan tertanggal dengan sendirinya serta strukturnya tak tebal dan tak nipis sangat.
8. Jangan lupa tabur kacang dan ikan bilis banyak2, satu lagi sentiasa kacau adunan sebelum menggoreng. InsyaAllah sedap.

*untuk mendapatkan rempeyek yang rangup kena masukkan sedikit kapur makan. Bancuhan tu usah terlalu cair dan pekat. Masa goreng cuba dulu sekeping dua untuk tengok nampak tebal atau nipis sangat. Nanti boleh adjust bancuhan tepungnya. Barulah menjadi rangup rempeyeknya.

Kredit : Azlina Ina Resepi

Nak resepi rempeyek tepi kuali, boleh rujuk resepi rempeyek kacang tanah dari Kak Dana

Kalau buat sendiri tu bolehlah tambah kacang lebih atau ikan bilis lebih kalau sukalah. Tapi janganlah sampai penuh. Ada kacang tabur banyak ni dan sekor ikan bilis nipis pun dah sedap dah ni.

Resipi Rempeyek Rangup

Rezeki dapat sebekas rempeyek mak bagi jumaat lepas. Habis dikerjakan oleh suami. Sedap katanya. Fiza makan sekeping dua. Malas nak mengunyah cerita dia sebab gigi ni sensitif, kena jaga. 

39 comments:

  1. 1 jer soalan... gamba kt sini fiza ambik guna dslr ke pakai hp je? hihi.. lain pulak soalannya bkn soalan mana nk beli acuan rempeyek.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. lari tajuk ni kakmim. hihi..shoot guna handphone 😉

      Delete
    2. wah.. cantik la.. edit guna apa tu? hihi.. boleh join telegram shoot apa hari ini ni fizah.. share tips

      Delete
    3. Pernah share dalam blog sebelum ni. ohh ada group ye. tq kak share info tu.

      Delete
  2. Kudapan kegemaran ni Fiza. Kalau mak akak pulak mesti kacang dan ikan bilis tu dia blend kasar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. blend pun okay jugak. Senang nak makan untuk mereka yang kurang gemar makan benda keras² ni kan

      Delete
  3. Bila singgah sini. Tgk gambar fizah. Alahai. Cantik sangat!

    Yang rempeyek ruby pernah lah buat sekali. Tapi bila sejuk tak rangup. Hahahaha.

    Lepas give up nk buat dah.

    Padahal hobi suka kunyah rempeyek ni.

    Tq share resepi ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ruby 😘

      Okaylah tu ada pengalaman buat kuih tradisional ni. Dapat belajar mana yang perlu improve next time. Jangan giveup okay! dah tahu tips dia inshaAllah more better pasni.

      Delete
  4. slalu mama ammi panggil yg letak kacang hijau tu tumpi

    ReplyDelete
  5. sedapnya..suka rempeyek kacang-bilis ni..

    ReplyDelete
  6. letak kacang hijau tu sedap. sis Pija, Aien ss resepinya. Mana tau rajin nak buat. Mwahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kacang hijau tu macam kurang sikit.
      Silakan SS, jangan lupa buat tau!

      Delete
  7. Kami biasa panggil rempeyek kacang tanah, rempeyek kacang dal, dan rempeyek kacang hijau. Nama lain rempeyek kacang hijau tu tumpi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh macam tu. faham faham. panggilan berbeza mengikut tempat :)

      Delete
  8. Oh rupanya yang tumpi guna Kacang dal. Tukang Kebun masa kecik belasah dua-dua letak Kacang dal atau Kacang Tanah panggil Rempeyek je. Tapi yang tumpi tu lambat sket habis banding dengan ada Kacang Tanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah dari apa yang difahami. Tapi panggilan memang berbeza mengikut tempat kan. janji rempeyek dan tumpi tu kita kenal lebih kurang lah dia. hihi

      Delete
  9. yg jadi persoalan kaella ni, macam mana shoot gambar and edit gambar macamtu. lawa gilaa 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. styling ikut suka, close up sikit. edit guna apps yang pernah dikongsikan dalam blog ni.

      Terima kasih Kaella 😘

      Delete
  10. tq fiza share resepi.. Inshaa Allah ade masa nk cuba resepi ni..

    ReplyDelete
  11. Akak suka tumpi, sebab tak suka makan kacang tanah.
    Tapi susah nak jumpa, biasa orang jual rempeyek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada orang tak suka makan kacang tanah gigih mengasingkan kacang tanah tu. Faham faham..tumpi memang susah nak jumpa kan. mostly orang suka jual rempeyek je.

      Delete
  12. wak pown sukak rempeyek nih., tumpi kureng sikit., tp org kata x elok makan kacang tanah byk2 ghituuuu sbb susah nk hadam., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yang suka makan rempeyek than tumpi kan. oh ye ke wak? tak tahu pulak tu. kalau orang tak makan kacang ni samada tak boleh makan benda keras atau takut naik jerawat

      Delete
  13. Replies
    1. bagus ni senang semua makan takde memilih. mesti laku habis kalau buat.

      Delete
  14. Sedapnya... tempeyek ke rempeyek...??? mmm....

    ReplyDelete
  15. Akk lah tu yg selalu keliru mana satu rempeyek mana satu tumpi, hari ini ingat, esok lupa lagi....last2 semua taram panggil rempeyek atau penyek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..itu perkara biasa keliru kak.lagi lagi kuih zaman dulu.

      Delete
  16. Sedapnyaaaa..akakbeli je fiza...kawan opis ada jual sebalang RM20..kacang dia meriah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli senang terus siap kan. kalau tetiba ada mood tu bolehlah cuba buat. okay tu jual dengan rencahnya banyak.berbaloi.

      Delete
  17. suka dua-dua.. hehehe.. MIL Sha pandai buat..
    Sha je tak berapa nak pandai.. hahaha

    ReplyDelete
  18. Suka makan rempeyek kacang tanah. Tumpi itu kurang minat.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.