Header Ads

Resipi Sambal Oh La La Guna Pes Sambal Tumis Maggi Baharu

Hari ni last day join contest maggi. Semalam pulun lah minta tolong husband beli pes sambal tumis maggi dan rencah nak memasaknya. Mula tu macam nak masak sambal udang petai. Tapi sebelum tu dah makan udang. Macam jemu pula.

Petai pun husband dah siap-siap belikan. Manalah tahu isteri dia ni berubah angin tiba-tiba nak masak sambal udang. Bukan boleh percaya sangat, kejap je boleh berubah arah. Haha..perempuan pastu faham kan.

Okaylah, kita masak sambal oh la la. Tambah Oh menjadi Oh La La sebab teringat Oh lala si Lailer dalam Kampung People tu. Jadi hidangan istimewa ni dinamakan Sambal Oh La La. Aci tak?

Resipi Sambal Oh La La Guna Pes Sambal Tumis Maggi Baharu

Masak Lala Dulu Ye

Husband balik dari beli barang terus basuh lala dengan garam dan toskan. Masukkan dalam kuali dengan hirisan halia dan serai ketuk. Tutup dengan tudung periuk. Tak perlu tambah air.

Nanti akan ada air juga dalam kuali tu, kulit lala akan terbuka bila dah masak. Angkat dan tapiskan. Ada orang tak suka masak lala dulu. Sekali masuk dalam tumisan dan tutup kuali.

Ada juga yang masak lala dengan cara rebus. Ikut cara masing-masing lah ye. Setiap orang kan selera dia berbeza. Kena faham tu. Cuma dengan cara macam Fiza rtu asa hanyir dia kurang sikit lah.

Resipi Sambal Oh La La


1 biji Bawang merah (separuh tumbuk separuh potong)
2 ulas Bawang putih (tumbuk)
1 batang serai (diketuk)
2 hiris halia
1 pek pek sambal tumis maggi
1 sudu gula
1/4 garam
2 sudu air asam jawa
Minyak untuk menumis
Lala yang dah siap direbus

Cara Penyediaan

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan juga serai.
2. Bila dah garing sikit masukkan pes sambal tumis maggi, kacau dan biar garing sikit.
3. Masukkan gula, garam dan juga air asam jawa. Kacau rata dan biarkan mesra seketika.
4. Akhir sekali baru lah letak lala yang dah masak tadi tu kacau rata semuanya.

Angkat dan sedia untuk dihidangkan. 

Sedap dan Mudah Guna Pes Sambal Tumis Maggi

Sedap okay masakan sambal oh lala ni menggunakan pes sambal tumis maggi. Sebenarnya pada belakang pek tu ada resepi pes sambal tumis maggi. Boleh follow je resepi mudah yang disediakan. Gerenti jadinya katanya.

Jangan risaulah kalau tak tahu masak sambal tu. Gerenti menjadi! Bolehlah masak sambal udang ke, sambal sotong, sambal telur, sambal tumis bilis ke dengan mudah sekali. Tak perlu beria nak sediakan pes okay.

Resipi Sambal Oh La La Guna Pes Sambal Tumis Maggi Baharu

Sesuai sangat ni bawa travel atau camping. 1 pek ni sekali satu hidangan. Nak sambal lebih ada pek lebih besar sikit. Ini contoh cadangan resipi untuk 2 orang. Resipi sambal udang pes sambal tumis Maggi.

resepi pes sambal tumis maggi

Kalau rajin boleh lah support Fiza di instagram ye. Terima kasih semua.


Kalau berminat sempat lagi nak join ni, untuk maklumat lanjut boleh ke instagram @Official MAGGI® Malaysia.
 

هناك 39 تعليقًا:

  1. woooow, akak tak pernah try lagi pes sambal ni... sedap nengok nya si lala tuh

    ردحذف
    الردود
    1. boleh cuba nanti kak dana 😊
      Lala ni kecik sikit kak, dapat yang saiz besar sikit lagi best la makan

      حذف
  2. confirm balik keja jabgi pegi cari pes ni terus haha

    ردحذف
    الردود
    1. wah laju betul buat kerja ni. selamat mencuba dan semoga berhasil 😉

      حذف
  3. CP dah beli pek sambal tumis Maggi ni tapi belum try masak lagi.

    ردحذف
  4. Kak doakan Fiza menang peraduan ni. Nampak sangat oh la la lazatnya lala tu, gambar dah bagi full mark.

    ردحذف
    الردود
    1. Aaminn..Terima kasih atas doanya kak dan terima kasih untuk full mark. Dapat full mark pun dah happy tu kak :)

      حذف
  5. Wah! Senang nak masak apa-apa ni kalau ada pes sambal tumis. Saya ni peminat jenama Maggi.

    ردحذف
  6. lala yaya xpernah makan sebab xminat nak makan.hehe tapi smbal tu mcm sedap ^,^

    ردحذف
    الردود
    1. boleh gunakan untuk masak udang ke, sambal ikan bilis ke. Cubalah nanti yaya.

      حذف
  7. Kalau malas buat sambal daripada mula-mula boleh guna terus pes Maggi ini.

    ردحذف
    الردود
    1. ikut resepi pek kena juga tumiskan bawang. Belum cuba lagi gunakan pes semata mata.

      حذف
  8. haritu nak beli sambal ni pastu eh nak beli ke tak nak beli ke tak last last takbeli

    ردحذف
  9. Akk tak pernah cuba lagi pek sambal megi ni. Time emergency bolehla try kot.

    ردحذف
  10. lama betul x mkn lala ni...nmpk sedap...ada nmpk jg perencah ni aritu cuma tak beli je...

    ردحذف
    الردود
    1. Lala jenis seafood susah nak jumpa juga. Bila ada stok dan teringin tu terus beli je lah. Nanti beli dan cuba tau masak guna pes sambal tumis ni.

      حذف
  11. ada nampak pes sambal tumis maggi ni tp x pernah lg try... tp gambo mmg cunnn.. hihihi

    ردحذف
    الردود
    1. boleh cuba beli pes sambal tumis tu nanti kalau teringin nak rasa kakmim. Terima kasih kakmim :)

      حذف
  12. senang tapi untuk emergency atau keluarga kecil okay. kalau keluaga un, 2 pek tu sekali makan tak cukup. rasa sikit masin, kena elakk atau kurangkan garam atau tak payah masukkan garam pun dah elok.

    ردحذف
    الردود
    1. Ye, betul. Untuk portion sikit okaylah. letak 1 pek je ni dengan tambah air asam jawa, garam sikit untuk perasa cover balik dah tambah air tu. Kalau letak kicap atau sos memang tak letak garam dah. tq kak ingatkan

      حذف
  13. Mudah bawa travel ada pek kecik gini. Sekali guna je, tak payah simpan semula lebihan.

    Semoga berjaya Fiza!

    ردحذف
    الردود
    1. Sangat mudah boleh bawa travel. Senang nak memasak kalau susah nak makan kat luar tu kan.

      Terima kasih kak :)

      حذف
  14. bagus fiza bg resepi..stok lala ade lg nih..heheee

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.