Header Ads

Resipi Sambal Petai Ikan Bilis Belimbing Buluh

Bila baca menu sambal petai tu pun dah boleh buat kecur air liur dah. Betul tak kawan-kawan yang suka makan petai sekalian. Sejenis saaya ni boleh makan petai bila petai tu dimasak sahaja. 

Contohnya buat sambal petai, sambal udang petai, ikan bakar petai cuma nasi goreng petai tu je tak berapa suka. Petai kalau dimakan ulam mentah begitu je memang tak berani nak makan. Rasa petai dia terlalu kuat.

Petai

Nama saintifik bagi petai adalah parkia speciosa. Sejenis ulam yang popular di Malaysia dan digemari oleh pencinta ulam. Pokok petai tumbuh di serata Asia Tenggara dan tinggi pokoknya boleh mencecah 30m tingginya.

Di Malaysia kita panggil petai dan di Indonesia di sebut pete/petah dan juga petai sama macam di Malaysia.

Petai in english : stinky beans/garlic bean/petai bean/ twisted cluster bean/
Petai in tagalog : petai kupang. 
Petai in tamil : yongchak 
petai in chinese : Chou dou/cong dou/
Petai in Thai : pa-tao/ kato/sato/sator/sataw
Petai in Javanese : petai gede/segobang

Dulu, petai hanya digemari dan dinikmati oleh orang kampung. Tapi zaman sekarang orang bandar pun dah mula suka ulam petai. Selera masing-masing kan.

Sayur petai bukan sekadar dinikmati sebagai ulam ulaman, boleh dijerukkan dan dibuat lauk makanan harian. Paling popular sambal petai lah kan. Sambal petai, lauk tradisional yang membuatkan lebih tambah selera makan.

Kalau ada depan mata mampu memusnahkan diet, tak mampu nak tolak weiii..

Sambal petai ikan bilis rangup, sambal petai ikan bilis cili api, sambal petai ikan bilis tempoyak, sambal hijau ikan bilis petai, itu antara menu-menu sambal petai yang biasa dijadikan lauk harian. 

Lauk tradisional macam ni nampak je murah tapi bila dah masuk hotel mampu jadi lauk mahal.

Sepapan petai biasanya dijual dalam 5 papan seikat macam tu. Harga standard RM5. Kiranya sepapan RM1 lah kan. Haritu dah guna sepapan buat masak sambal udang yang tersalah masuk kaya tu kononnya pes asam jawa (sama tapi tak serupa).

Tinggal lagi 4 papan, 2 papan guna untuk buat sambal petai ikan bilis belimbing buluh. Belimbing buluh dari kampung simpan letak dalam peti ais sejuk beku. Memang tahan lama. Lagi sedap letak belimbing buluh berbanding asam keping.

Tinggal 2 papan lagi boleh masak apa yang patut. Guna sikit sikit sudah bagi penyedap rasa. Lagipun bukan peminat tegar petai kena letak banyak-banyak.

Resipi Sambal Petai Ikan Bilis Belimbing Buluh

Sap sap sui siap sambal petai ikan bilis belimbing buluh. Menu ringkas, mudah dan menyelerakan. Semestinya!

Resipi Sambal Petai Ikan Bilis Belimbing Buluh

1 biji bawang besar (Separuh blend, separuh hiris)
Cili api kampung (sukat ikut tahap kepedasan masing-masing)
ikan bilis segenggam 
3 biji belimbing buluh
garam hujung hujung sudu je sudah
air sikit
minyak untuk menumis

Cara Masak 

Blend kasar bawang merah, cili api dan ikan bilis. Panaskan minyak dan tumiskan sampai garing. Dah garing tu letak air, garam dan belimbing buluh. Kacau rata dan tunggu air kering sikit. Siap!

Macam tu je lah cara saya, garam tu letak sikit je bagi tambah rasa. Lagipun ikan bilis tu dah ada rasa juga kan. Suka buat garing-garing baru sedap makan. 

Kenapa bau petai busuk

Dalam biji petai terkandung asid amino yang ada unsur sulfur. Jadi, asid amino ni lah yang membuatkan biji petai menghasilkan bau busuk yang kuat dan menyengat.

Jadi, petai side effects nya adalah nafas dan air kencing berbau. Berak apatah lagi bau nya kan! Sebab bau jugalah ramai yang tak sukakan petai. Kalau petai tak berbau, mesti ramai yang suka makan petai. Sedap rangup-rangup.

Dah makan petai tu bawa bawa ler gosok gigi, kumur dengan listerine bagi hilang bau. At least bila bercakap, menguap tu bau mulut dan nafas tak menggangu orang sebelah. Yang nak pergi check up buat urine test ke apa, elakkan lah juga makan petai. 

هناك 39 تعليقًا:

  1. Hmm... nmpk sedap... presentation pun lawa... tp mslhnya kakmim x pandai mkn petai... kih kih kih

    ردحذف
    الردود
    1. Memang sedap dan layan makan dengan nasi panas.

      Terima kasih KakMim.

      hihi..lain taste. faham faham :)

      حذف
  2. alahai sedapnya la :) makan dengan nasi panas2 tak payah lauk lain dah.

    ردحذف
  3. mesti sedap, dengan masam-masam belimbing buluh tu dilawankan dengan petai mabeles

    ردحذف
  4. Dulu-dulu kalau makan sambal ikan bilis ada petai zumal akan atur petai kat tepi sebab tak makan. Sekarang je makan petai cuma kurang minat...

    ردحذف
    الردود
    1. Kalau tak makan mesti akan buat macam tu sama macam orang tak makan sayur. Faham faham :)

      حذف
  5. wah sedapnyaaa! Makan macam ini saja dengan nasi pun sedap!

    ردحذف
  6. UISHHH SEDAPPPNYAA MAKAN DENGAN NASI PANAS - PANAS FUHHH MEMANG MENAMBAH LAH

    ردحذف
  7. Petai memang sedap dimakan dgn cara apa pun. Buat ulam pun sedap, masak sambal pun sedap, pendek kata petai tak pernah tak sedap.... Hihihiii.

    ردحذف
  8. Tak pernah makan petai. tapi kalau ada boleh cuba heheh

    ردحذف
  9. kak pip x makan petai, tapi pernah rasa sambal ni dulu time study.
    almaklumlah ramai kawan dari semenanjung...

    ردحذف
  10. MasyaAllah tengok dan baca pon boleh terbayang kesedapnnya

    ردحذف
  11. Petai sekarang pun macam baka. Ada satu hari beli petai dekat satu Kampung ni katanya pokok petai baka campur tak berbau. Berebut makan dengan anak sedap campur dalam Maggi.

    ردحذف
    الردود
    1. Oh ye ke kak..tak berbau tu best lah makan. Sini takde lagi baka tu

      حذف
  12. Fizah, kecur ailio.. Notti tau!
    Dah laa gambar cantik nampak macam real depan mata tunggu nasi panas terhidang jer.

    ردحذف
  13. Baca tajuk memang dah kecur air liur, tengok gambar jadi meleleh terus! Terbayang lauk tu lalu kat tekak. Sedapnya! Akak dahlah memang suka petai.

    ردحذف
  14. tapi akak ni petai masuk dalam sambal pun still tak boleh..masih rasa bau dia kuat nau...huhuhu

    ردحذف
  15. baca nama dia pun dah buat air liur meleleh fiza oii

    ردحذف
  16. tak pernah lagi sambal yang digandingkan tiga ini.. selalunya sambal petai bilis atau sambal belimbing bilis.. Macam best je..

    ردحذف
  17. I love sambal petai, masyam masyam dengan belimbing buluh, memang sedap ar!

    ردحذف
  18. sedap oii ni!!!
    couple dgn nasi panas pun boleh bertambah tambah nasi nyer.

    ردحذف
  19. Suka makan biji petai yang sudah dimasak. Kulit ada juga orang buat masak tapi tidak makan.

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.