Header Ads

Resipi Taugeh Campur Kucai Tumis

Siapa suka taugeh? Kalau suka, kita geng! Ada orang memang tak boleh terima rasa taugeh tu. Sebagai penggemar sayur sejati, Fiza suka apa juga jenis sayur. Kecuali....

Yes, mesti lah kena ada kecuali sebab tak semua jenis sayur suka. Contohnya macam sayur maman, memang tekak tak boleh terima. Bukan sebab rasa dia pahit ke apa. Cuma rasa dia yang luar biasa tu macam tak boleh nak terima. Maafkan saya maman.

Tak suka atau tak makan sesuatu itu biasa. Tak makan sayur lansung itu biasa. Tak makan sayur hijau itu biasa juga. Tak makan sayur pahit pahit lagilah biasa. Pendek kata, tiada yang pelik. Semua orang mengalaminya. Sila mengaku!

Si taugeh ni. Salah satu sayur favourite Fiza lah. Pernah juga rajin menanam taugeh tapi taugeh tak gemuk. Kurang sedap sikit tapi sedap di makan fresh. 

Dengan adanya taugeh ni macam-macam boleh dibuat untuk dijadikan lauk atau campuran dalam menu lain.

Boleh masa taugeh tumis air, taugeh goreng chinese style, taugeh goreng telur, taugeh goreng kicap, taugeh masak lemak putih dan macam-macam lagi.

Taugeh juga biasa dicampurkan dalam tauhu sumbat, popia, cucur udang, mee goreng, kuew teow goreng dan banyak lagi lah.

Biasanya kalau ada taugeh mesti ada tauhu. Semalam pening tak tahu nak masak sayur apa. Stok taugeh ada tapi tauhu tak ada. Kebetulan kucai pun tinggal sikit. Campur kan je lah taugeh dengan kucai tu. Lagipun lama dah tak masak taugeh campur kucai ni.

Resipi Taugeh Campur Kucai Tumis
stok taugeh dan kucai hujung-hujung. Itu sebab portion dia ciput.


Resipi Taugeh Campur Kucai Tumis

Bahan-Bahan

Cili api *
1 ulas bawang putih*
2 biji bawang kecil atau 1/2 biji bawang besar*
10 ekor ikan bilis*
Taugeh
Kucai
Garam
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan

Tumbuk kasar bahan-bahan yang bertanda *. Orang kata kalau tumbuk kasar-kasar ni akan memberikan kesan yang sedap sikit dalam masakan. Tak makan pedas, tak payah letak cili okay. Fiza suka pedas sebab tu letak. Adjust la berapa banyak ikut tahap kepedasan masing-masing.

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sampai garing sikit dan letak garam. Masukkan daun kucai. Jangan biarkan sampai lecur okay, tak sedap sayur layu sangat.

Akhir sekali masukkan taugeh dan kacau rata sekali dua. Pun tak payah lecur sangat nanti taugeh layu sangat tak rangup. Suka makan taugeh yang rangup. Dah siap!

Apa jua jenis sayur masak dia style camni je. Tumis dan campak campak je sudah. Kalau taugeh chinese style yang Fiza tahu dia tumis bawang putih semata-mata lepas tu garam sikit dan masukkan taugeh. Lagilah senang.

Taugeh dimasak tumis macam ni ratah saja tanpa nasi. Krup krap krup krap bunyi dia.

هناك 49 تعليقًا:

  1. CP bukan penggemar taugeh tapi CP makan je kalau dah dihidangkan depan mata :)

    ردحذف
  2. akak suka tumis kejap je biar ranggup2... sedapnya nengok sayur fizah nih

    ردحذف
  3. suka taugeh, kucai & tauhu masak lemak putih..perghh...tengok program korea, depa buat sup taugeh, masak nasi buh taugeh..taugeh as side dish..

    ردحذف
    الردود
    1. sedap tu gabungan 3 rencah masak lemak putih. Mostly korea suka masak sup taugeh sampai overcook kan. menarik dan sedap juga. cuma saya prefer yang rangup²

      حذف
  4. Yups, aku angkat jari ketika ditanya siapa pecinta taoge 🖕.

    Diolah untuk jenis makanan apapun, taoge enak rasanya 😊

    ردحذف
  5. Saya saya saya suka makan taugeh. Angkat tangan.
    Cantik chopping board di belakang background tu.

    ردحذف
    الردود
    1. yeay! geng sayur taugeh kita. Chopping board baru beli tu kak, ada dalam previous entry :)

      حذف
  6. tak pandai makan taugeh. tapi mak saya suka heheh bole bg dia try 😂

    ردحذف
  7. saya kalau taugeh wajib ada tauhu... kucai pun kena ada tauhu...
    tapi tak pernah lak campur kucai dgn taugeh. Boleh la buat nanti..Taugeh + kucai + tauhu

    ردحذف
    الردود
    1. itulah kak, tauhunya tak ada pulak. itu yang gabungan ni je ada. Silakan mencuba.

      حذف
  8. aah la..sayur maman bg AD die pahit..hehehe..ha tauhu sumbat atau popiah x suka letak tauge..tp klo masak mcm ni AD suka heheh

    ردحذف
    الردود
    1. maman tu pahit. dan tambah lagi satu tak sedap. ape ntah rasa dia.
      ohh patutlah resepi AD tak letak taugeh.

      حذف
  9. Kita geng! Sy pn suka tauge.. tauge ikan masin sodap atau tumis udang... kalo sy suka tauge campur sawi dan tauhu.. ratah panas2 pn sodap

    ردحذف
    الردود
    1. taugeh ikan masin dan taugeh campur sawi tak pernah buat lagi. sedap juga tu. Ratah panas panas rangup tu memang sedap lah.

      حذف
  10. Cheq pun suka taugeh! Cheq rasa semua jenis sayoq pun cheq boleh makan setakat ni 😆

    ردحذف
  11. Kita geng. Peminat taugeh dan kucai. Terima kasih diatas perkongsian resipi itu. In shaa Allah nak cuba buat.

    ردحذف
  12. Sedap ni Fiza. Kuar dari kuali terus makan dengan nasi! Tambah telur dadar atau ikan masin...walllaaaa!

    ردحذف
    الردود
    1. nak makan baru masak sayur kak. Baru fresh makan. Wowee..tambah telur dadar atau ikan masin tu bertambah sedap. bertambah juga nasinya

      حذف
  13. sedapnya!!! lagi-lagi kalau ranggup... taugeh digandingkan dgn kucai, memang boleh buat terangkat selera!

    ردحذف
    الردود
    1. Yang penting taugeh rangup. Jangan masak layu sangat. Kalau tidak memang tak sedap kan. betul, campur kucai dan tauhu is the best!

      حذف
  14. ada org x suka makan taugeh camni je., wak kaalo taugeh mesti ada tauhu goreng jugak., nyum nyum

    ردحذف
    الردود
    1. faham wak. tak suka taugeh lansung pun ada. taste memasing. Kalau tak ada tauhu wak tak makan ye? hihi

      حذف
  15. kalau yang mentah mmg tak makan.. rasa dia lain macam..hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. yang mentah memang ramai tak suka. tapi bagi jenis orang makan sayur, okay je :)

      حذف
  16. adohhhh fiza boleh geng ngan housemate akak, dak ibah...suka taugeh hidup dalam masakan..akak kena layu2 hahahhaha...

    ردحذف
  17. Hehe taugeh bukan kegemaran akak. Makan tapi sekadar syarat untuk makan sayur. Kalau makan di gerai memang tidak pandang untuk dipilih.

    ردحذف
  18. kalo gi TRCS selalu ada taugeh goreng camni., hehehe

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.