Resipi Telur Dadar kucai Paling Mudah Bila Mood Malas Masak
Sumpah rasa malas ya amat hari ni. Kepenatan tak tahu kenapa. Mungkin disebabkan mental terlalu penat. Ye, otak ligat berfikir macam-macam kerja kena buat.
Kerja memerlukan berfikir ni lebih penat sebenarnya berbanding menggunakan kerja menggunakan fizikal.
At least menggunakan fizikal lebih sihat jugalah keluarkan peluh dan seluruh anggota bergerak. Gunakan akal fikiran yang melibatkan mental ni boleh stress dibuatnya. Kan?
Hari ni husband off day, jadinya tak perlu bersusah payah cepat cepat siapkan sarapan dan bekal. Santai santai je pagi ni tapi minta husband belikan nasi lemak bungkus je lah sebab rasa macam tak ada kudrat nak memasak pagi ni.
Husband beli 4 bungkus sekali. 2 bungkus untuk sarapan, 2 bungkus lagi untuk lunch nanti. Senang tak perlu masak dengan mood malas ni. Dapat juga rehat masak sarapan dan lunch hari ni.
So tengahari tadi untuk digandingkan dengan nasi lemak bungkus tu, buatlah telur dadar kucai. Konon letak kucai tu macam rajin sikit lah. Orang korea suka tambah kucai dalam telur dadar. Memang sedap rasanya.
Ada lebihan sayur kucai tu bawa bawa lah campur dalam telur dadar, salah satu resepi menggunakan kucai.
Resipi Telur Kucai
Telur, garam secubit, kucai, cili api dan bawang holland. Kucai, cili api dan bawang holland potong dan hiris ikut suka. Campurkan dalam bekas telur dan garam. Kacau rata semuanya.
Panaskan minyak dan curahkan semua adunan telur dengan segala rencah. Taknak bagi telur dadar tu koyak bila terbalikkan, tunggu permukaan bawah tu masak betul-betul. Kemudian baru terbalikkan okay.
Dulu failed gila buat telur dadar ni. Sama macam goreng ikan, hancur ikan kalau belum masak lagi kita dah terbalikkan. Sekarang ni dah pandai lah sikit sikit. Cantik lah sikit kejadian dia.
Tema gambar lain sikit. Biasa dark mode je. Walaupun mendung, gigih juga nak shoot gambar resipi telur kucai ni. Kelam pun kelam lah. Janji nampak hasil telur dadar kucai yang sedap tu sebagai lauk tambah penambah selera.
Malam ni tengah berfikir nak makan apa pulak.. fenin fenin
Malam ni tengah berfikir nak makan apa pulak.. fenin fenin
Letak kucai letak jugak udang buang kulitnya..sedap...lagi satu kan akak suka makan telur dadar letak oyster fresh.....perghhhhh....
ReplyDeleteletak udang lagi sedap ye kak. Okay baik nanti nak cuba jugalah. oyster tu payah pulak nak mencari. huhu
Deletetelur dadar ini selalu jadi lauk penyelamat semasa malas atau untuk tambah2 lauk.
ReplyDeletebetul. Lauk tambahan kalau lauk tak cukup makan ramai ramai tu kan.
DeleteMakan telur dadar pun sodap :)
ReplyDeletebetul tu kak Shima 😉
DeleteMakanan yang tak menjemukan.
ReplyDeleteiye wak. lauk sepanjang zaman sedap dia.
Deletehari² mkn telor dadar pun boleh... mkn dgn nasik kicap jer pun onnn.. haha
ReplyDeleteOnzzz sangat kak! Senang kerja masak. Takpayah susah fikir.
DeleteKalau tengok orang lain masak, telur dadar pun nampak sedap.
ReplyDeletehihi..kann kadang rasa orang lain masak lagi menyelerakan. Tukar selera apa salahnya 😉
Deletejarang sy bli daun kucai sbb x tau nk buat apa selain kuih teaw n cekodok 😆
ReplyDeletesebab tu letak dalam telur dadar ni. dahlah kucai tu selalu dijual secekak banyak. nak masak kuew teow dengan cekodok sikit je pun kan. Boleh juga letak dalam popiah.
DeleteMenarik fiza! mesti kena cuba telur dadar buh kucai.
ReplyDeleteCuba nanti Shida 😉
Deleteuish nampak sedap. tak pernah try lg letak daun kucai. boleh try nnt. Apa kaitan angka 10 dengan anda? Saya ada buat segmen. Jemput join.. http://www.aimisyahirah.com/2020/10/segmen-10-blogger-terpantas-by-misya.html If tak dapat jadi yang terpantas masih ada peluang dapat hadiah misteri. :)
ReplyDeleteExtra sedap tambah daun kucai ni. Kalau sejenis suka daun kucai.
Deletesedap ni, selalu akak letak daun bawang, lepas ni boleh try letak kucai :D
ReplyDeleteLetak daun bawang pun sedap kak. Ala ala kucai juga tu
Deletebest ni x sedar dah makan sayur gak hhahaha
ReplyDeletesiapa tak suka sayur mungkin boleh cuba belajar makan sayur dengan cara macam ni kan
DeleteSetuju sangat bab kerja kalau banyak gunakan mental memamg tekanan habis! Boleh terbawa-bawa dalam mimpi, dan tidur pun tak berkualiti. Lebih baik penat bekerja secara fizikal, bila penat tidur pun kena. Telur dadar tu tetap sedap Fiza. Dah ada kucai, bawang, cili, masuk kuali terbit aroma bawang pun dah rasa sedap.
ReplyDeleteye kak amie. letih rasanya terbawa bawa. Banyak rencah tu bertambah sedap tu kak daripada dibiarkan kosong. :)
DeleteTelur dadar dengan kucai memang sedap! Sebelum ni masa banyak tanam kucai dekat luar selalu buat.
ReplyDeletelagi sedap tu masak guna kucai tanam sendiri. fresh!
DeleteMenu favorite juga ni
ReplyDeletefavourite ramai telur dadar macam ni.
DeleteResepi mudah ni. Boleh la ena buat ntk lunch
ReplyDeletetersangatlah mudah. Selamat mencuba :)
DeleteBetul tu, Fiza. Penat mental lebih melelahkan berbanding penat fizikal. Kadang-kadang tu otak rasa berlapis-lapis sebab banyak benda nak kena selesaikan. Don’t forget to take a break from time to time ya.
ReplyDeleteTelur kucai itu sungguh menggoda!
Wah.. best ini.. Sesekali tukar menu macam nie, menarik juga.. Kuning dan hijau..
ReplyDeleteSaya pun failed masak telur dadar..hahaa.jenis tak penyabor..salunjadi telur hancus terus. Huhu...
ReplyDeleteAda tanam daun kucai tapi jarang guna untuk telur dadar. Malas hendak keluar gunting. Hehe.
ReplyDeletewak pon sukak telo dadar., daun kucai tu mcm x penah nmpk pown ;p
ReplyDeletegmbr telo dadar pown chantekkk ;p
ReplyDelete