Saya Bukan Robot. Penat Tahu tak!
Rilek rilek dan bawa bertenang. Bukan nak ajak bergaduh. Tapi seringkali bergaduh dengan ruang komen bila keluar saya bukan robot (I'm not a robot) macam dalam gambar di bawah ni.
Benda ni akan keluar bila blogwalking tinggalkan komen dalam banyak blog. Aktiviti komen kita yang banyak membuatkan google menganggap kita ni robot.
Sebab tu lah munculnya I'm not a robot captcha ni untuk verify samada pengguna robot atau tidak. Itu apa yang Fiza faham lah. Jika salah, sila perbetulkan ye.
Bila benda ni keluar memang boleh buat spoil mood nak blogwalking. Betul tak kawan-kawan?
![I'm not a robot CAPTCHA I'm not a robot CAPTCHA](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhk2YJm6NeA9y3jcnL-J_n55OvV7nOhuoPdrAxjLYcJW6jEkyuKYltvd19DjCLP3yxZ964zYiQRgC1h0zgu596Uw3iLV6cCxRPc-IdUdX88_0Npz1No1sJDkn8MvR91yRxw9ZbehT-ebsd2/s16000-rw/saya_bukan_robot.jpg)
Captcha tu kira okay lagilah hanya perlu tick pada kotak saya bukan robot atau I'm not a robot. Tapi bila dia dah mula keluar reCAPTCHA ni memang agak annoying lah nak memilih gambar. Sekali okay lagi.
Dua kali tiga kali paling jenuh nak melayan dia saja. Nak tak nak kena layan untuk terus meninggalkan komen pada blog.
![I'm not a robot reCAPTCHA I'm not a robot reCAPTCHA](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjvlRIgtma6r_rXASM7BgPN20G7749SHgkkOlBVBzsx6kFvGHYkL0gPoIPbyB_0jvTx3EtHpuzlSukaXk5btz8FtjPtlvJgUwQ0SjTJ7CayRjRRJj82ROkJKWetRlpL3ZUpeK8RDN182rrA/s16000-rw/saya_bukan_robot_captcha_image.jpg)
Benda ni terjadi bila komen kat blog yang menggunakan platform blogspot. Kalau wordpress masalah dia kena key in maklumat url dan email. So far okay je sebab tak ramai yang pakai wordpress. Cuma yang saya bukan robot ni memang melambatkan proses komen.
Penat tahu tak! Nak marah pun ada. sabar sabar...Ada cara tak macamana nak atasi i'm not a robot ni keluar?
Cara atasi masalah saya bukan robot (i'm not a robot) muncul.
Dari apa yang Fiza baca, kena clearkan cache & cookies browser. Then off internet dan on semula selepas 30 saat. Bila browser dah clear tak da lah kita akan di kesan sebagai robot.
Tapi...cara tu Fiza belum cuba lagi sebab bila dah clear cache & cookies tu jenuh la nak log in semula segala benda yang dah ada siap-siap. Nak verify satu satu segala akaun. Agak jenuh disitu.
Kalau nak cuba, silakan.
So kita hadap je lah. Agak agak malas nak layan, esok esok boleh sambung blogwalking semula. Settle masalah.
By the way, cuba check ni dalam dashboard blogspot kau orang. Silalah disable comment form message tu ye.
![disable comment captcha disable comment captcha](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhJbkSeYBpV9H7BvmEoMrnub_r2cFPvwJ0-BFxXGiW1Zb7CMCfqmTiL45IViw0K3rNxUp59eyTy5Y9aiOdQOXusYBL25qdN5V5bQeWcWcHppi4Z2PEskPjgr4cl0OwSBZ1s5V1iukAuPlhv/s16000-rw/disable+comment+captcha.jpg)
salah tuh., sbb kamu bad mood lah kuar robot tuu., hehehe
ردحذفaikk gitu pulak..hihi..ada ada je lah wak.
حذفkihkih., wak gurau2 je
حذفBetul sgt.. tp stakat ni ade sesetengah blog je kne mcm tu😅..harap2 dekat blog ummi fiza xde hadapi masalah mcm ni..
ردحذفtak perasan pulak kak..harap tak ada lah 😁
حذفHehe.. iya betul tu fizah. Agak annoying. Saspen tau bila baca topik. Thanks for sharing :)
ردحذفkann rasa spoil mood kalau keluar captcha tu.
حذفSama²
Dah jarang2 jumpa mr robot ni.
ردحذفDulu2 adalah jugak.
okaylah tu wak. jangan jumpa selalu. jarang jarang okay lagi
حذفKadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada. Kalau jumpa, layan jew.... kalau malas layan, tinggalkan sajalah.
ردحذفselagi boleh layan, layankan je kan kak amie 😊
حذفBetul tu. Tapi setakat ni jarang juga la kena.
ردحذفkira okay lagi tu jarang kena.
حذفpart ni kak pip malas bila line slow pasal dia tak detect kita so kena klik semula.
ردحذفeh malaslah pula .. why la korang letak benda ni kat ruang komen blog korang, rugi tau ramai readers malas nak letak komen.
kalau line slow lagilah tak best benda ni keluar. tak pasti samada effect dari setting komen atau robot detect tu.
حذفDulu sekali je keluar suruh pilih gambar2. Sekarang 2 ke 3 kali kan.
ردحذفperasan juga tu. bila 2-3 tu leceh jugaklah nak melayan dia
حذفOh ada cara nak hilangkan yer. Hari tu lebih seminggu dia keluar masa nak komen di blog rakan-rakan
ردحذفOh sudah clear history dan cache. Tapi tutup internet itu belum buat.
ردحذفP.S:Cari pos lama Fiza pasal robot. Selalu sekejap sahaja keluar I'm not robot itu. Ini sudah sehari.