Secawan Kopi 'O' di Pagi Hari
Selamat pagi! Sedang elok temankan husband sarapan pagi bihun goreng Singapore, bunyi hujan turun dengan lebat. Mujur hujan turun awal sebelum gerak keluar. Boleh juga siap awal-awal naik kereta. Kalau keluar naik motor, mahu lencun dalam perjalanan.
Elok je husband nak keluar rumah, hujan dah agak reda dan renyai sikit. Sedikit lega lah tak hujan lebat lagi macam tadi. Lepas tu barulah sarapan. Tak boleh nak sarapan awal sangat pagi ni. Perut memulas sejak semalam.
Salah makan agaknya atau disebabkan terminum air pepsi. Haa itulah minum air bergas, rasakan sendiri. Saja nak rasa sebab lama tak minum walaupun tahu tak boleh minum lebih.
Syukur harini tiba-tiba hujan. Alhamdulillah..sejuk sikit lah pagi ni berbanding hari hari yang lepas panas bahang kemain.
Apa lagi bila dah hujan ni. Berkopi 'O' lah kita di pagi hari yang sejuk ni dengan sarapan bihun goreng. Bau aroma kopi sedap pagi pagi buat rasa lebih bertenaga. Siapa je yang tak suka bau kopi kan.
Kopi O adalah kopi tradisional yang biasa disajikan di Malaysia . Biji kopi biasanya dipanggang dengan gula dan mentega. Kopi ini adalah kopi hitam yang memiliki rasa yang kuat disajikan dengan gula. -wikipedia
Orang yang tak suka minum kopi je tak suka bau kopi. Mungkin boleh gantikan dengan Teh O atau teh tarik. Huishhh sebut Teh Tarik rasa lama dah tak ber teh tarik. Jarang dah dapat minum teh tarik. Tahu je lah dia punya kalori dalam secawan teh tarik tu berapa.
menariknya cawan kayu..
ردحذفkita pun suka. Unik!
حذفnikmatnya terasa dapat secawan kopi O di hari hujan bersama sarapan. Walah, pagiku begitu indah sekali. Moga hari Kak Pija is always happy too. :)
ردحذفMemang indah betul begitu.
حذفYou too Aien :)
pergh sedapnya bau kopi, sehari tak kena minuman bercafein, tak aman hidup den hehe
ردحذفTahu takpe, boleh pening kepala tak minum kopi. huhu
حذفperghhh legend betul cawan dia...cantik dan nampak sedap pulak bila buh kopi-o dalam tu...hihi
ردحذفoldskool gituh. biji kopi sekadar props je tuh. hihi
حذفCantiknya gambar. Terbau2 kopinya.
ردحذفTerima kasih..wahh jauh bau kopi pergi :)
حذفKita suka aroma kopi. Cerita kopi ni, teringat zaman sekolah dulu, kayuh basikal dari rumah di pagi hari. Kalau lalu kebun kopi, harumnya bau bunga kopi!
ردحذفkenangan best tu lalu kebun kopi. Tak pernah tengok pokok lansung ni. Macam teruja lak nak tengok in real
حذفTerus rasa nak minum kopi juga.
ردحذفjom mengopi kak!
حذفdpt cicah dgn biskut tongkat / biskut keras bergula tu perghhhhhh nimat betul
ردحذفuish biskut legend tu. lama tak jumpa. memang nikmat betul. kenyang pun kenyang.
حذفprops dan gamba mmg seiring cantek.. mabeles
ردحذفHehe..terima kasih kakmim
حذفcomelnya wooden cup ni..tapi kalau basuh tak kering betul2 tak berkulat ke ye?
ردحذفSo far lepas basuh dan kering takde pulak berkulat. mungkin sebab kayu dah coating.
حذفBerkenan pulak cawan camtu. Hehehe
ردحذفcantik kan cawan kayu
حذفbetul fiza..minum kopi o panas pepagi..layan ooo..
ردحذفbaru segar sikit mata ni kan.
حذفTak dapat minum, dapat bau pun dah rasa puas.. hehehe
ردحذفKalau tidak minum kopi susu (macam nescafe) minum kopi o di gerai/kedai.
ردحذفhuhu wak xleh minum kopi., ;p
ردحذفgmbr kopi pown chuantekkk ;p
ردحذف