Suka Dengan Permandangan Laut? Jom ke PD Waterfront!
Rindu nak keluar, rindu nak jalan-jalan, rindu laut, rindu nak bebas. Faham tak macamana perasaan yang terbuku di dada tu bila aktiviti yang dulu bebas kini semakin terhad. Bukan limited edition tapi terbatas.
Oleh kerana stress yang amat sangat dan banyak benda nak kena fikir sekarang ni, ajak husband keluar jalan-jalan sekejap. Makanya, ajak husband ke Port Dickson a.k.a PD. Dekat je tak perlu jauh-jauh.
Motifnya nak jalan-jalan ke pantai. Nak dengar bunyi ombak. Nak tengok laut biru yang cantik. Nak bau laut, nak rasa angin sepoi sepoi bahasa tepi laut. Laut is tenang.
Port Dickson ni banyak pantai yang cantik dan menarik. Tak tahu sebenarnya nak pergi Pantai mana. Last last ke PD Waterfront dulu. Sebelum ni pernah bercuti stay kat Bayfront Hotel betul betul dekat PD Waterfront. Berdekatan juga dengan PD Waterfront apartment, D'Wharf.
Kalau kau orang tercari cari PD waterfront hotel, Fiza suggest stay kat Bayfront tu lah. Pilih bilik yang seaview okay. Gerenti puas hati lah.
Laut di PD Waterfront ni salah satu PD Waterfront attraction yang menarik. Walaupun tak boleh mandi kat sini tapi boleh menikmati lah view laut yang cantik dan bersih.
PD Waterfront actitivies yang boleh dibuat, apa yang Fiza nampaklah kan. Ada orang memancing kat sini. Duduk atas batu sambil tunggu umpan di makan ikan. Selama duduk santai kat situ tak nampak pula dorang dapat ikan apa.
Ada orang tengah memancing kat situ |
Sempat lah beli cendol bungkus ikat tepi masa on the way ke PD Waterfront |
Bila sampai sini cuma ada orang memancing je kat hujung tu tadi. Bahagian ruang tengah ni kosong tak ada orang lansung. Sedang elok lah sampai sini orang tak ramai. Orang tak datang tengahari kot. Ko je yang beria datang tengahari.
Sedang tengahari cuaca panas ni memang cantik lah ambil gambar kan. Lighting on point dan nampaklah awan biru. Mujur tak mendung sangat masa ni. Cuaca pun sedang elok tak panas sangat
Ada aktiviti sukan perahu layar kat tengah laut. Tak panas ke tu? |
Kejap sana kejap sini sibuk ambil gambar, ada sorang pengunjung datang. Kami berdua memang dah pakai face mask siap-siap. Berani tak pakai kat tempat awam, kena saman tak pasal je.
Kelihatan langit masih biru, tak menunjukkan tanda-tanda nak hujan lagi. Salah setting camera phone. Terover expose lak dia.
Berhadapan dengan shopping lot sebelum laluan berbatu tepi pantai tu ada taman. Kat taman ni ada beberapa gazebo. Tak ada kerusi, mungkin tempat untuk berpicnic dengan family berbentangkan tikar agaknya.
Ada juga beberapa permainan untuk budak-budak main. Seingat Fiza, ada gelonsor kalau tak silap lah. Tak lama sangat lepak kat sini. Hujung sebelah kanan depan starbucks berdekatan dengan D'Wharf tu tak pergi sebab kat situ ramai orang.
Nampak ada gerai makan, gerai jual pelampung dan lain-lain. Kalau dah ramai kat situ, malas lah kita nak menambahkan ramai lagi.
Nampak ada gerai makan, gerai jual pelampung dan lain-lain. Kalau dah ramai kat situ, malas lah kita nak menambahkan ramai lagi.
Lega dan puas hati gila dapat belok ke pantai. Terubat sekejap segala penat lelah duka lara. Kejap je lah. Jadilah walau sekejap cuma.
lamanyaaaaa x g PD...teringin nak naik sekali lagi banana boat yg hampir menyebabkan kami kelemasan hahahaha
ReplyDeletemesti pergi teluk kemang tu kan. sila repeat. hihi
Deletedapat keluar makan angin tepi pantai macam ni pun dah best fiza...rasa tenang dari pergi ke shopping mall...kan
ReplyDeletebetul kak. itupun dah rasa lega dah.
DeleteKak tertanya-tanya pula tulis atas straw hat tu memang dah ada atau Fizah yang tulis hehehe...
ReplyDeleteIdea bagus buat flashcard terminology macam tu kasi menarik untuk pembelajaran.
Betul tu duduk dalam rumah lama-lama boleh jadi stress. Kak hilangkan stress ni yang mula buka folder gambar-gambar travelling dulu yang tak menyempat nak up dalam blog.
custom made straw hat tu saya tempah kat sini kak
Deletehttp://www.azhafizah.com/2018/12/tempah-customize-foldable-big-summer-hat-travel.html
Nak buat sendiri memang tak pandai. Itu dari labuci dan dibentukan menjadi tulisan.
Teringat dulu sewaktu sekolah menengah, ikut rombongan sekolah ke PD. Terakhir ke pantai PD pada tahun 2016, bermalam di Glory Beach Resort. Bestnya kalau pi negeri 9, makanannya sedap-sedappp!!!
ReplyDeleteGlory Beach Resort dekat ngan pantai tu kan. Makanan N9 kat PD banyak yang sedap sedap
Deletebestnya gi PD, cantiknya topi fizah :D
ReplyDeletealah dekat je tu kak kalau dari senawang tu. hihi..
DeleteTq kak :)
Baru harituh pergi PD puas hatilah jugak sebab dah lama tak ke tepi pantai and tengok2 laut. Harapnya dapatlah pergi lagi lepas nih
ReplyDeleterepeat banyak kali pun tak pernah jemu kan :)
DeleteBest nye lah dapat amik angin pantai...
ReplyDeletebetul kak..best betul angin tepi pantai
Deleteaaa thanks fiza..tengok gambar fiza ni terubat sikit rindu pada laut!
ReplyDeletemarilah kita sama sama ubati rindu :)
DeleteLama tidak pergi pantai PD. Sekarang pun memang susah hendak pergi mana-mana pandai.
ReplyDeleteSeronok jalan tepi pantai sambil angin berpuput di muka. Nyaman.