Buat Wall Sit 1 Minit Untuk Kecilkan Paha

Hari-hari hujan sangat mengundang kelaparan betul lah. Habis tu dah makan semakan makannya boleh naik lemak dibuatnya. Nak bersenam? Dah tentu lah banyak alasan. Well, masih mempertahankan sikap malas. Lepas tu bila dah naik berat badan sikit salahkan makanan. Padahal...sendiri mahu ingatlah!

Selain tu, bila berat badan dah mula naik. Paha pun ikut sama naik juga. Kan? Kadang beli seluar, pinggang dah okay dah tapi tang paha. Ya ampunnnn..tak muat! Siapa pernah merasainya?
Kamus Bahasa Melayu
[pa.ha] | ڤها
Definisi : bahagian kaki yg menghubungkan punggung dgn lutut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Fiza ada jumpa satu cara kecilkan paha dengan mudah. Jomlah kita merajinkan diri buat senaman kecilkan paha sebelum tidur. Senaman kecilkan paha yang boleh dikatakan paling mudah juga kalau rajin. Kalau malas tak kemanalah paha besar tu.

Senaman kecilkan paha cara Ayu Tinie ni hanya perlu effort yang sedikit tapi hasilnya sangat berkesan. Dengan syarat kenalah jadilah sebagai rutin harian.

kredit : ayu_tinie


“Wall sit” exercise ni nampak mudah. Sedangkan nak buat plank pun nampak mudah. Sedangkan azab juga tu. Apakata cuba dulu baru tahu kesan dia. Antara kesan yang kau orang akan dapat bila buat wall sit, akan membantu :⁣

1. Firmkan otot di perut⁣
2. Kuatkan otot betis dan paha⁣
3. Melatih keseimbangan tubuh⁣
4. Melenturkan tubuh⁣
5. Melatih fokus atau konsentrasi
6. Kurangkan stress
7. Tidur lebih lena disebabkan paha dan kaki dah rasa kejung

Untuk permulaan, dinasihatkan 30 saat dah memadai. Dapat buat 2-3 round pun dah okay dah tu. Bila dah lama dan terbiasa, baru buat wall sit 1 minit untuk kecilkan paha. Boleh cuba untuk buat senaman kecilkan paha sebelum tidur malam ni. 

Selamat mengecilkan paha dan selamat tidur lena. Rasa macam sesuai sangat untuk mereka yang susah nak lelap tidur malam tu kan. Bila badan dah penat, senang nak tidur mungkin. Boleh cuba okay.


16 comments:

  1. Boleh try, exercise dlm rmh je..mesti rasa tegang urat peha..hihi..

    ReplyDelete
  2. dah beli alat senaman untuk exercise tetapi tak konsisten buat

    ReplyDelete
  3. Kira 2 dalam 1 senaman ini. Selain dapat kecilkan paha, tidur lena pun dapat.
    Erk hendak buat bercinta sedikit.

    ReplyDelete
  4. Wall sit up ni nampak senang tapi hazab oiii hahahha

    ReplyDelete
  5. Nampak macam senang. Macam la.. nanti nak cuba la!

    ReplyDelete
  6. haaa bagussss, memang nak kecilkan peha ni..boleh lah try buat wall sit macam ni tiap malam!

    ReplyDelete
  7. pernah gigih buat dua tiga kali pastu dah malas hahaha .. so i prefer bristwalking ja now

    ReplyDelete
  8. Bila tengok orang buat nampak macam senang, tapi bila akak buat, Ya Allah, sakit tang pinggang.. Trus malas nak buat, hahahaha...

    ReplyDelete
  9. Nampak macam mudah, belum cuba belum tahu. Tapi nampak menariklah cara senaman begini.

    ReplyDelete
  10. hehehe.. yg mana paha besar tu boleh cuba

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.