Header Ads

Bunga Plumbago Imperial Blue

Fuhh..dengar nama Bunga Plumbago Imperial Blue (Biru Terang) ni macam bunga mewah je gaya dia. Sebenarnya agak teruja jugalah dengar nama bunga Bunga Plumbago Imperial Blue ni sebenarnya. Nama bunga ni bunga plumbago. Imperial blue jenis warna bunga tu.

Bunga Plumbago Imperial Blue

Plumbago

Dikenali juga dengan nama Plumbago auriculata, cape leadwort, blue plumbago, Cape plumbago dan bunga langit. Plumbago merupakan spesies tanaman berbunga dalam keluarga Plumbaginaceae. Tumbuhan ni dikatakan berasal dari Afrika Selatan.

Pokok Chelaka/ Derhaka Mertua/Derhaka Mentua

Nak tahu tak? Bunga plumbago juga digelar pokok Chelaka atau Derhaka Mertua/Mentua. Haaa terkejut kan? Pokok yang cantik tapi ada nama panggilan yang macam jauh beza dari rupanya. Sejarah nama tu tidaklah diketahui. Kena tanya pakar pokok bunga.

Selain warna imperial blue, plumbago juga ada yang berwarna biru (biru yang kurang pekat dari imperial blue) dan juga putih. Tapi kat kampung ada satu jenis je pokok bunga plumbago, iaitu warna imperial blue.  

Pokok plumbago ni tumbuh renek berdaun lebat macam semak. Bunga plumbago tumbuh sejambak sejambak macam dalam gambar. Bunganya sangat cantik, begitu juga dengan warnanya.

Cara Penjagaan

Plumbago sejenis pokok bunga yang cepat pertumbuhannya. Saiz pertumbuhan bergantung pada pasu. Jika ditanam terus dalam tanah lagi cepatlah membesarnya. Kalau ditanam dalam pasu, pertumbuhan dia agak terhad.

Untuk membuatkan pokok bunga plumbago tumbuh dengan lagi cepat selepas berbunga, perlu buat pemangkasan juga supaya pokok tetap subur. 

Memerlukan sinaran matahari yang cukup ataupun separa teduh. Mak Fiza tanam terus dalam tanah sebab tu nampak rimbun betul pokok plumbago ni. Pokok macam ni tak banyak karenah kalau tanam dalam tanah terus. Boleh hidup subur lagi lagi di kampung atau tanah yang luas. 

Bawa balik bandar tanam dalam pasu, dibelenggu kemurungan terus pokok tu. Kannn...kecewa betul. Suasana persekitaran kat taman tak sesuai pula. Jadi, lupakan saja kalau nak bawa balik rumah walaupun cantik. 

هناك 19 تعليقًا:

  1. Dulu zaman sekolah baru tau nama pokok ni celaka tu kan, selalu duk kenakan kawan-kawan bagi bunga ni hahahahaha..ingat-ingat kelako plak..

    ردحذف
  2. dahsat nau nama kampung dia tu 😂 tapi serius cantik bunganya...

    ردحذف
  3. Cantik bunga tu, Fiza. Akak teringin nak tanam bunga-bunga pelbagai warna macam ni. Nak tukar angin, dari tanam sayur. Kurang sikit penjagaan. Hehe.

    ردحذف
    الردود
    1. cantik kan kalau dapat tanam bunga macam macam warna. Meriah laman :)
      Tak juga kak. Ada juga pokok yang manja terlebih.

      حذف
  4. Subhanallah, cantik warna bunga nie.. Tapi yang kelakar tue tang namanya😆..hihi

    ردحذف
  5. Oh! Macam-macam nama bunga ye. udah chelaka, derhana mentua lagi heheheheee.

    ردحذف
  6. Cantik bunga nya.. Mmg xpernh dgr nama bunga ni

    ردحذف
  7. kenapa nama pokok ni sngt sngt -ve hahaha kang nanti org igt kita mencarut plak haha

    ردحذف
  8. Hehe kelakar sahaja pokok boleh kemurungan tanam di kawasan perumahan. Pokok ini hendak tanah luas untuk akar menjalar kut.

    ردحذف
  9. Allahh kalerrr dia fiza..meruntun hati tgk..cantik sgt :)

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.