Burger Goreng Crispy Chicken Chop. Rangup di Luar Sedap Di Makan

Burger, siapa je yang tak suka burger? Snek/makanan segera kegemaran rakyat Malaysia kot kan. Mostly generasi zaman sekarang. Nasi dah boleh tolak ketepi dah sebab makan burger pun dah cukup mengenyangkan.

Burger

Burger ialah sejenis hidangan sandwich yang terdiri daripada daging burger (daging kisar) yang dimasak samada di goreng, di kukus, di panggang atau disalai.

atau topping dalam roti burger yang dibelah dua. Daging burger pula diperbuat daripada daging lembu, ayam dan sebagainya.

McDonald's, Burger King, KFC, A&W, Marrybrown, Texas Chicken antara burger burger yang menjadi pilihan. Tapi adakalanya burger gerai tepi jalan juga paling win. Kaya dengan segala bahan dan rencah dengan harga yang berpatutan.

Lagi satu, burger zaman sekarang dah macam-macam menu eh. Bukan hanya setakat roti, daging burger, salad, timun, bawang, sos, mayonis macam standard buger tu. Sekarang dah ada macam-macam inovasi burger. 

Ada burger cheese, burger bakar, burger goreng dan macam-macam lagi lah. Burger rebus je belum jumpa. Ada ke?

Burger Goreng Crispy 

Sejak PKP bulan mac haritu, baru lah berjinak jinak dengan food delivery. Baru hegeh-hegeh install foodpanda dan grab food. Selain tu cari juga food delivery yang berdekatan. Murah sikit charge delivery dia kan. Ada juga yang free delivery.

Selalu memang cari yang free delivery lah. Paling suka order burger goreng crispy. Kebiasaannya Fiza akan order burger goreng crispy ayam dan burger goreng crispy cheesy. Dua dua sedap gila bak hang! Banyak kali order, itu je lah yang Fiza order.

Harga Burger Goreng Crispy

Burger goreng crispy ayam RM4.50
Burger goreng crispy cheesy RM5.50
Total RM10

Murah kan harga burger goreng crispy ni compare dengan harga burger biasa lebih kurang je. Itu yang selalu order tu, free delivery pulak tu. Tapi kalau order by foodpanda, harga dia mahal sikit walaupun free delivery. 

Tapi Fiza tak guna foodpanda lah, order thru whatsapp je terus. 

Burger Goreng Crispy Chicken Chop

Beberapa hari lepas sajalah nak tukar selera order burger goreng crispy chicken chop pulak. Harga dia RM10.90. Murah ke mahal? Kira murah lagi kot kan untuk gabungan roti burger dan chicken chop.

Burger Crispy Chicken Chop

Okay close up sikit burger goreng crispy chicken chop ni. Sedap gila kena dengan selera. Sikit pun tak kedekut. Pernah sekali timun tak tak ada, dia pulangkan RM1. Jujur betul peniaga ni. Ada sesetengah peniaga, kurang rencah dia kira harga sama juga.

Susah nak jumpa peniaga yang betul betul berniaga bukan hanya untuk keuntungan semata-mata. Betul-betul berniaga masak sedap untuk pembeli makan. Itu yang selalu beli dan tak cari tempat lain dah. Taklah selalu sangat pun.

Kekerapan mengorder tu lebih kurang sebulan sekali dua macam tu lah istilah selalu bagi Fiza. Tak bolehlah nak order selalu, sesekali tu bolehlah kan bila teringin nak makan burger.

Sedap ke Burger Goreng Crispy

Ikut rasa lidah Fiza yang tak pernah makan burger goreng crispy ni memang sedap lah rasa dia. Roti burger goreng dia tak berminyak dan sangat-sangat crispy. Tepung goreng dia crispy gila dan ada rasa rempah-rempah sikit. Lebih kurang macam rempah tepung bestari tu lah. Sambil menaip pun boleh telan air liur bila describe rasa sedap dia.

Kombinasi sos black pepper, sos dan mayonis tu memang sedap. Tak kedekut. Segalanya cukup lah. Adoii, rasa macam teringin pulak. Isk isk isk

Ini kalau buat sendiri ikut resepi burger goreng celup tepung pun dah boleh agak tak menjadi ni. Mesti ada tips dia nak bagi roti tu goreng tak berminyak sangat.

Burger Crispy Chicken Chop

Selain burger goreng crispy, ada juga jual burger biasa, burger oblong, chicken chop, benjo, roti john dan macam-macam lagi ado!.

Serious puas hati membeli dan makan. Why not promote bisnes abang ni. Bukan promote berbayar tau. Memang nak promote sebab burger goreng crispy dia memang sedap.

untuk warga seremban tu kalau nak order boleh lah gunakan foodpanda. atau boleh order thru whatsapp +60 11-5650 3769 (Y&A Nas Trading)

18 comments:

  1. Yang membaca ni pun terliur jugak. Harga tu berpatutan sangat, burger fast food tak dapat harga macam tu. Sib baik tak duduk seremban, kalau tak dah order

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..rasa macam tu juga. Harga dia sangat berpatutan dan sedap pulak tu. Kalau singgah seremban boleh try nanti Sal :)

      Delete
  2. Aduihhh terlioq cheq yang kat Perlih ni menengoknya..🤤😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cari orang perlih jual burger crispy, nanti boleh rasa :)
      jauh nau ni kalau nak order.

      Delete
  3. Terliur tengok burger tu. Kenyang makan nampak tebal

    ReplyDelete
  4. Ala, seremban yer. Nampak sedap sangat. Suka burger tambah pula lain dari yang lain...

    ReplyDelete
  5. Menarik! Rasa nak goteng jugaklah roti burger lepas ni hehe

    ReplyDelete
  6. Memang murah! Free delivery pulak tu. Salad/lettuce pd burger chicken chop tu pun nmpk segar betul.😋

    ReplyDelete
  7. Sedap tu burger goreng crispy chiceken chop! Harganya pun murah.

    ReplyDelete
  8. murahnya! ni mknn hipster ni... budak² gen Z mmg suka... hehehehe

    ReplyDelete
  9. Pandai Fiza terangkan kesedapan burger sampai rasa hendak cuba.
    Harga pun murah bukan harga cafe hipster punya.
    Doakan perniagaan Abang itu maju dan sentiasa utamakan kualiti dan jujur.

    ReplyDelete
  10. Alaaa seremban ke...? Jauh pula la nak order.. nampak sedap betul tu...

    ReplyDelete
  11. one word.
    terliur.

    gila nampak sedap sangat burger ni....

    ReplyDelete
  12. Akak pun suka burger crispy. Pernah try, RM6! Nasib baik sedap.
    Untung dapat jumpa peniaga macam tu. Haruslah terus support. :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.