Cara Buat Pewangi Tandas

Ada tak antara kau orang yang tak boleh nak membuang kalau tandas tu kotor gila dan berbau hancing? Saya! Fiza memang pantang tandas kotor ke atau berbau. Terus terbatal niat nak membuang hajat tu. Terutamanya tandas awam. 

Jarang sekali menggunakan perkhidmatan tandas awam. Selagi boleh tahan, sanggup tahan. Hahahaha...seksa!

Tak digalakkan ikut cara Fiza tu takut sembelit pulak. Tandas yang paling selesa haruslah tandas di rumah sendiri yang bersih lagi wangi. Pantang betul kalau tandas berbau dan tak bersih. Macamana cara kau orang jaga tandas bagi bau wangi? Nak tahu tak cara buat pewangi tandas yang mudah dan jimat.

Nah, Fiza jumpa satu tips tandas bau wangi yang mungkin boleh di cuba selain meletakkan pewangi di dalam tandas. Boleh dikatakan jimat juga sebab 2 in 1 dan tak membazir.

Lepas tahu tips tandas bau wangi ni rasa menyesal pula buang bekas ambi pur ni dulu. Yelah sejak bertukar pewangi rumah kepada young living, tak beli dah pewangi rumah jenis gel ni. Lalu, buang terus yang dah kering tu. Rupanya sangat berguna ye.

Kaedah 1 : Cara Buat Pewangi Tandas

Kalau kau orang sedang guna pewangi sejenis macam dalam gambar bawah ni, yang dah kering tu jangan dibuang. Ambil dah masukkan dalam tangki flush tandas tu. 

Bila dah terendam lama dia akan mengembang dengan jayanya. Bila flush, air yang keluarkan tu akan mengeluarkan bau yang wangi.

Tips Tandas Bau Wangi
kredit : to respective owner



Kaedah 2 : Cara Buat Pewangi Tandas

Atau kalau tak menggunakan pewangi jenis gel tu, boleh juga gunakan pelembut pewangi fabrik. Masukkan sedikit cecair dalam tangki air flush tandas. Tak perlu banyak sebab cecair pewangi pelembut fabrik ni bau dia sikit pun dah semerbak kan. 

Tips Tandas Bau Wangi
kredit : to respective owner


Okay baik, boleh cuba dan tengok hasilnya. Bertahan lama ke tidak bau wangi tu. Siapa nak mencuba, silakan. Selamat tinggal bau tandas yang busuk.

20 comments:

  1. Laa, ye ke, boleh guna ambi pur yang kering tu. Haha, boleh try lain kali.

    ReplyDelete
  2. tak sangka teknik ini sangat berkesan dan ingin sungguh saya nak mencuba..

    bila tandas sudah wangi dan bersih lebih rajin pulak ye nak ke tands hehehe

    ReplyDelete
  3. Samalah kita fiza.. sanggup tahan kalau tandas kotor.. tq ideanya.. kalau boleh tandas kt umh mst selalu kering dan wangi... hihihihi

    ReplyDelete
  4. Masalahnya, flush tandas dah rosak.... Belum dibetulkan lagi.. sadiss behtul. ahahaaa.. buat manual aje... curah sabun... adoi letih... huaaaahuaaa

    ReplyDelete
  5. Ini kena cuba ni. Selalu ambi pur yang dah kering tu, memang ke tong sampah la jawabnya. Hihi. Good sharing dear.

    ReplyDelete
  6. Yang ambi pur tu LeYa pun baru tahu. Ok lepas ni tak buang dah kalau die keras.. Tq..

    ReplyDelete
  7. Akk selalu buang je fizah bila dah kering. Ermmm..tak terpikir pun nsk buat camtu. Pasni nak buatlah, thanks fiza

    ReplyDelete
  8. Baguih tips ni! Tak buang dah baki ambi pur yang keras tu lepas ni 😬

    ReplyDelete
  9. Boleh try lepas ni sy selalu beli pewangi tandas ni

    ReplyDelete
  10. Menarik tips yang ambi pur kering tu. Boleh cuba lepas ni

    ReplyDelete
  11. good tips! kadang bau tu bukan dari buangan kita, tapi dari molds dan bacteria.. kena wangi2 toilet ni baru best nak buat apa2 hehe

    ReplyDelete
  12. Kak pun permasalahan tandas. Ni masalah bila travelling. Kekadang perut tu jadi memilih bila bukan tandas sendiri.

    ReplyDelete
  13. Nak bagi tahuEncik Suami idea ni. Bab toilet memang bahagiannya.

    ReplyDelete
  14. Wah.. menarik.. Lepas ni flush je wangi tandas.. hehehe..
    TQ share Fiza..

    ReplyDelete
  15. betul.. satu rumah bau busuk pun dh rasa pening.. suka beli pewangi di DIY. ada mcm2

    ReplyDelete
  16. Bolehlah guna cara ke-2 sebab ada pelembut baju.

    ReplyDelete
  17. ya Allah tips no 1 tu mengejutkan betul..hahaha...nak bawak balik la ambi pur kat ofis ni, da kering da..boleh letak dalam tangki pam toilet haha

    ReplyDelete
  18. kahkah..selamat tggal bau busuk ^_^

    boleh cuba tips ni..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.