Di Suatu Pagi Yang Sejuk
Hari isnin dah ye...Morning! Pagi pagi dengar burung berkicauan macam ada kat kampung pula. Entah apa lah yang dibisingkan si burung tu agaknya. Cuaca masih mendung dan disuatu pagi yang sejuk ni rasa macam ada mood 'M' memanggil manggil.
Ohh fahamlah kenapa, sebab hari isnin. Orang putih sebut 'Monday Blues'. Duduk rumah pun ada monday blues juga. Semalam seharian hujan lebat turun. Adakah Seremban akan digenangi air lagi. Banjir kilat haritu dah cukup teruk juga.
Banyak rumah dinaiki air sampai tenggelam jugalah kereta kat car porch rumah mereka. Harap hujan lebat tak sampai banjir teruk. Semoga dipermudahkan urusan semua orang. Aaminnn
Di suatu pagi yang sejuk ni. Selain hidangan air panas, sarapan ringkas je lah. Semalam dah breakfast fitness cereal fruits. Ada empingan jagung dan buah-buahan kering. Senang tak perlu beli buah nak dicampurkan.
Curahkan susu segar dan makan! Senang tak payah fikir nak sediakan sarapan apa bila hujung minggu semalam.
Makan habis sekali hadap untuk hidangan 2 orang. Harini husband setengah hari je. Jadinya tak payah siapkan bekal untuk husband. Masih berfikir, tengahari nanti nak masak apa. Masalah orang perempuan kat rumah macam ni lah. Pening fikir nak masak apa.
Di suatu pagi yang sejuk, rasa nak sambung tidur dan bermalasan je. Tapi apakan daya, kerja mana pernah habis.
Fiza, akak dan beli kain mikro di DIY semalam. Hehe. Semalam dalam kul 3 petang hujan lebat di Melaka.
ردحذفSuka cereal ada ubah. Acah-acah sihat.
حذفFiza cuti ke hari ni. Cuti2 mmg best duk bermalas2an.
ردحذفMusim hujan terlah bermula. Sepanjang hari mendung. PKPB, sekolah pun dah mula tutup seronok kanak-kanak bermain hujan.
ردحذفSemalam memang sepanjang hari sejuk...hujan jer ka...berhenti kejap lepas tu hujan lagi...malam semalam pun hujan lebat..pukul 6 petang dah macam pukul 8 malam..tak jadi akak jogging semalam...
ردحذفkakmim wfh hari ni... sejak khamis lepas wfh.... hehehehe
ردحذفuiii nampak sedap bila fiza amek gambar walopun tak curah susu lagi..haha
ردحذفKat Sabah pun sejak PKPB ni pun menghadapi masalah sama banyak tempat naik banjir bila hujan lebat.
ردحذفsekarang ni musim hujan, duduk rumah pula memang best kalau terlelap sekejap..haha ♕Tiara Sapphire♕
ردحذفSebagai seorang 'hantu cereal' gambar macam tu pun dah nampak sedap.
ردحذفBaca pulak nasi goreng ayam KFC, pergh... terus rasa macam nak buat tapi apakan daya, saya tengah diet. Mampu bayangkan je haha
Cantik hasil photography Fiza..
ردحذفMembawa Akak ke mari.. di pagi Aussie yg sejuk juga.
Sejuk-sejuk pun kerja kena buat ye Fiza. Kadang terlajak juga bangun pagi kalau hujan di malam hari..ahaks!
ردحذفtime pagi hujan mmg syok..tp jgnla berpanjgan sehingga ke tghari..uda baju xleh kering pula ^^
ردحذفDugaan sungguh tahun 2020 ini..
ردحذفcovid19, banjir.. Semoga semua yang ditimpa musibah tabah menghadapi ujian.. keep on fighting..
Tengah lapar... mcm dah lama x makan kfc la... tiber rasa nak beli ar..
ردحذف