Drama Angkara Cinta Full Episod 1-70 (Akhir). Lakonan Hun Haqeem, Wanna Ali dan Merqeen (Hero Remaja)

Drama terbaru bertajuk 'Angkara Cinta' dah mula ditayangkan bermula 2 November 2020 di slot Tiara, Astro Prima 105. Lakonan hero yang tengah hot sekarang, Hun Haqeem bersama pelakon baru Wanna Ali dan juga lakonan pertama Merqeen. 

Nampaknya hero hero remaja dah terjebak dalam bidang lakonan. Drama Angkara Cinta adalah siri drama television yang bakal trending dan bukanlah adaptasi novel. 
Satu lagi hidangan siri drama rantaian panjang sebanyak 70 episod menggantikan drama Dendam Cinta Arissa.

Drama Angkara Cinta dibawah arahan Hadith Omar ditayangkan pada pukul 6 petang dari hari isnin sehingga jumaat.

Drama Angkara Cinta Full Episod 1-70
sumber : Astro Prima


DRAMA ANGKARA CINTA

Jumlah episod : 70 + Extended episod = 115 Episod
Tarikh tayangan : 2 November 2020
Waktu siaran : Isnin-Jumaat, jam 6:00 petang
Siaran TV : Slot Tiara, Astro Prima HD 105
Penulis skrip : Amor Rizan, Rehal Nuharis, Dayang Kartinah Said, Akmal Nahar
Pengarah : Hadith Omar
Produksi : Juita Viden Sdn Bhd

PELAKON DRAMA ANGKARA CINTA 

  • Hun Haqeem sebagai Luqman
  • Meerqeen sebagai Haqeem
  • Wanna Ali sebagai Adira
  • Yuna Rahim sebagai Jijie
  • Syazwan Zulkifly sebagai Remy
  • Azhar Amir sebagai Razlan
  • Nina Juren sebagai Mariani
  • Sharifah Shahora sebagai Indah
  • Normah Damanhuri sebagai Nek Milah
  • Ku Faridah sebagai Puan Liza
  • Alif Muhaimin sebagai Dino
  • Nur Auni Zahra sebagai Adira
  • Syed Irfan sebagai Luqman
  • Gen Darwish sebagai Haqeem
  • Roy Azman
  • Hamidah Wahab
  • Lydiawati
  • Ayu Azlina
  • Hyrim Husni
  • Alynn Techen
  • Hadi Putra
  • Dayana Jasmin
  • Eden Lian
  • Alif Hadi
  • Faha Azhar
  • Mazli Razali
  • Nasz Sally
  • Oshin Ahmad

SINOPSIS ANGKARA CINTA

Menceritakan tentang dua susuk yang kebetulan berkongsi nama yang sama iaitu Luqmanul Haqeem bin Razlan. Luqman dan Haqeem membesar dalam keadaan latar belakang keluarga yang sangat berbeza. Seorang dilimpahi kemewahan manakala seorang lagi dihimpit kemiskinan.

Setelah dewasa, ditakdirkan mereka berdua menjadi sahabat baik dan masuk ke Akademi Polis bersama-sama. Mereka berkongsi segalanya bersama, melakukan aktiviti dan rutin susah-senang berdua, tanpa mengetahui hakikat sebenar mereka rupanya adalah adik-beradik berkongsi bapa yang sama.

Mariani (ibu Haqeem) dan Razlan bernikah di sempadan dan Razlan melarikan diri ketik Mariani mengandungkan Haqeem. Razlan rupanya berkahwin dengan Indah dan mendapat anak, Luqman. Razlan dilarang oleh ibunya untuk kembali kepada Mariani dan membuat cerita yang Mariani sudah keguguran.

Akhirnya, setelah beberapa insiden berlaku, kisah benar akhirnya terbongkar bahawa Luqman dan Haqeem rupa-rupanya adik-beradik satu bapa. Sejak itu, hubungan mereka mulai dingin dan pelbagai konflik mula tercetus. Apatah lagi, Indah tidak selesa dengan kehadiran Mariani dalam hidup mereka.

Ditambah dengan dilema cinta yang dihadapi antara Luqman dan Haqeem yang kebetulan mencintai gadis yang sama iaitu, Adira. Bagaimana nasib Mariani dan Haqeem seterusnya? Adakah Razlan akan menebus kesilapan dan kekesalannya melepaskan tanggungjawab terhadap mereka dahulu?

Apakah Indah akan berdiam diri? Tidak mungkin dia akan membenarkan Razlan membawa Mariani ke dalam hidup mereka. Apatah lagi, ia melibatkan harta kekayaan mereka yang mungkin akan turut dinikmati Mariani dan Haqeem kelak. Bagaimana Adira mahu memilih cinta hatinya? Antara Luqman dan Hakeem, siapa yang berjaya memiliki Adira?

LAGU TEMA / OST 

Lagu : Angkara
Penyanyi : Siti Nordiana 
Komposer : Sharon Paul 
Lirik : fedtri Yahya & nana Alias

8 comments:

  1. Tak sempat nak catch up drama2 kat tv. banyak sangat. Tapi aritu tengok iklan kat tv drama ni. Nak tengok last2 x tengok pun.

    ReplyDelete
  2. skrg ni layan drama hati yg tersakiti lakonan remy ishak dan nad zainal tu..mmg sakit hati dan jiwa tengok drama ni :D

    ReplyDelete
  3. Oo kat astro.. patut la Cik TK tak tahu, tak pakai astro. Banyak betul ni sampai 70 episod!

    ReplyDelete
  4. Tak tonton lagi. 70 episod? Boleh tonton sampai tahun depan kot!

    ReplyDelete
  5. ya allah, panjangnya drama sinetron sampai 70 episod.
    terus teringat dulu2 kita rajin melayan drama sepanyol dan indon yang memang
    berepisod-episod ...
    tapi sekarang layan kdrama saja...

    ReplyDelete
  6. pukul6 ptg alamak..kena jd suri rumah laa camni..hahhaa sume tayangan time emak2 sgt nih ^_^

    ReplyDelete
  7. mula tu tertengok kat tv tak faham sgt ceritanya. bila tengok balik first episode baru faham, nampak macam menarik :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.