Drama Beri Sedikit Waktu Episod 1-15 (Akhir) Lakonan Zara Zya dan Aqasha

Drama bersiri 'Beri Sedikit Waktu' Lakonan Zara Zya dan Aqasha akan mula ditayangkan pada 16 November 2020 di slot Samarinda TV3 menggantikan Drama Bersiri 'Hati yang tersakiti'. Okay rasanya dah boleh move on dengan drama hati yang tersakiti tu. Emosi tengok cerita tu!

Bila Zara Zya kembali muncul dan bergandingan dengan Aqasha, mesti best drama Beri Sedikit Waktu ni. Rata-rata komen macam tu. Okaylah, esok kita tengok macamana best ke tidak drama beri sedikit waktu ni.

Drama Berikan Sedikit Waktu Episod 1-15 (Akhir)

DRAMA BERI SEDIKIT WAKTU

Jumlah Episod : 15
Mula Tayangan  : 16 November 2020
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Samarinda TV3
Idea Asal : Insheera Nordin
Penulis Skrip : Sharifah Abu Saleem & Insheera Nordin
Penerbit eksekutif : Julia Juhasu  
Pengarah : Zamri Zakaria
Produksi : Suhan Movies & Trading (Datuk Rosyam Nor Shamsuddin & Datin Runika Mohd Yusof)

PELAKON DAN WATAK

  • Zara Zya sebagai Hananiah
  • Aqasha sebagai Imran
  • Shahz Jaszle sebagai Farhan
  • Atikah Suhaime sebagai Haryani
  • Farisha Irwayu sebagai Sofia
  • Man Raja Lawak sebagai Nasir
  • Rayyan Iman sebagai Lukman
  • Ummar Dzariff sebagai Imran 
  • Aryana Amani sebagai Sofea
  • Ain Sufia sebagai Elly
  • Shyrim 
  • Laila Nasir

SINOPSIS BERI SEDIKIT WAKTU

Mengisahkan Farhan (Shahz Jaszle) telah menceraikan Hananiyah iaitu Niya (Zara Zya) dengan talak satu dan bertindak keluar dari rumah pada suatu hari yang tidak dijangka. Farhan hanya memberi alasan bahawa dia sudah tidak boleh hidup bersama dengan Niya.

Mereka berdua berkahwin pada usia yang muda. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini sudah berumur 5 tahun, Luqman. Farhan pulang ke rumah ibunya, Puan Faridah dan memberitahu kisah yang tidak benar. Pelbagai rekaan cerita diberikan oleh Farhan terhadap ibunya tentang Niya. Seperti biasa, Puan Faridah percayakan kata-kata anak kesayangannya itu. Hakikatnya, Farhan sudah bernikah dengan Haryani (Atikah Suhaime).

Niya tidak mampu menerima kenyataan tersebut dan rasa tertekan selepas diceraikan. Kehidupannya menjadi kacau bilau. Niya dan Luqman telah hilang tempat berteduh apabila dia menerima notis rumah itu bakal dilelong. Niya juga dikejar oleh pemiutang kerana Farhan suka berhutang, berfoya-foya dan berlagak seperti orang kaya.

Setelah puas mencari kerja, Niya berkenalan dengan Sofia (Farisha Irwayu), kakak kepada Imran (Aqasha). Sofia menawarkan pekerjaan sebagai pembantu rumah Imran dengan gaji lumayan dan kontrak selama tiga bulan. Niya terpaksa melayan kerenah Imran yang cerewet dan cepat marah. Oleh kerana tiada tempat tinggal, Niya dan anaknya tinggal di bilik stor belakang rumah Imran tanpa disedari majikannya.

Imran merupakan pesakit OCPD (Obsessive Compulsive Personality Disorder) yang cenderung kepada ‘perfectionist’ dalam mengatur kehidupan. Sekiranya sesuatu yang dirancang olehnya tidak menjadi, Imran akan cepat marah, sensitif dan panik. Ditambah pula dengan pengalaman pahit yang melihat ibunya selalu dipukul oleh bapanya waktu kecil, ia menambahkan lagi kelainan sifat yang ada pada Imran. Selain panik, Imran juga selalu berasa takut dan terlalu bergantung kepada kakaknya, Sofia untuk menghilangkan perasaan ketakutan itu.

Kini, Niya berubah menjadi lebih cekal, berjiwa kental, tabah dan tidak mudah mengalah. Sifatnya juga mula menyentuh perasaan Imran. Imran menolak cinta daripada Myra kerana dia sudah mula menyayangi Niya dan Luqman. Imran juga sedar penyakitnya adalah penghalang cintanya kepada Niya. Jadi, dia mengambil inisiatif untuk menjalani rawatan rapi.

Tiba-tiba, Farhan kembali dan merayu Niya untuk rujuk semula demi kebaikan Luqman. Niya serba salah untuk memilih Farhan atau Imran. Farhan menunjuk kesungguhannya demi menyakinkan Niya bahawa dia telah insaf. Farhan meminta duit modal perniagaan hampir sejuta ringgit daripada Niya. Sebenarnya, Farhan berhutang keliling pinggang dan pemiutang tanpa henti mencarinya. Farhan juga memaksa ibunya, Puan Faridah menjual harta untuk membayar hutang-hutangnya. Namun, Farhan tidak pernah serik dan dia tidak membayar hutang dengan duit tersebut. Apakah yang bakal berlaku selepas ini? Bagaimana pula dengan kesudahan cinta Niya dan Imran? Adakah Niya akan menerima Imran dengan hati yang terbuka?

OST Drama Beri Sedikit Waktu

Lirik Lagu Tulus - Azmi Saat

Dengarlah kasih rintihan
hatiku
Getaran cinta menyalurkan
rindu

Maafkan kerna telah dulu
melukai kamu
Di saat ku terlalu
menyintai

Kau tetap menanti
Biarpun pedih di hati
Kini ku tahu akan
sucinya cintamu

Tulus cintamu melengkapkan
hariku
Betapa berharganya waktu
Detik bila disampingmu

T’lah ku percaya
Kasihmu yang terindah
Dan kini aku pasti hanya
Kaulah yang satu-satunya

Kau tetap menanti
Agar ku kembali
Walaupun tak pernah ku
hargai

Tulus cintamu melengkapkan
hariku
Betapa berharganya waktu
Detik bila disampingmu

T’lah ku percaya
Kasihmu yang terindah
Dan kini aku pasti hanya
Kaulah yang satu-satunya

Takkan ku biarkan
terluka lagi
Ajari aku menjaga hatimu
uhhh

Jangan pernah walau
sekali kau pergi dariku
ohhhh

Tulus cintamu melengkapkan
hariku
Betapa berharganya waktu
Detik bila disampingmu

T’lah ku percaya
Kasihmu yang terindah
Dan kini aku pasti hanya
Kaulah yang satu-satunya

Kau lah terindah
dalam hidup ku
Dan percayalah
kau lah satunya

Lirik Lagu Tiada Dendam - Zara Zya

Percaya di hati telah menghilang
Kerana sering kali didusta
Menggapai indah gerbang asmara
Hanyalah mainan kata
Mengapa diriku kau persia
Saat mahu percayakan cinta
Harusnya kita bersama rasa
Nikmat kasih yang tercipta
Biarlah kupergi
Bawa hati lara
Doa kau temui
Insan yang lebih sempurna
Tidak kutangisi
Perpisahan ini
Itulah terbaik
Buat diriku dirimu
Aku tidak 'kan berputus harap
Demi mencari erti bahagia
Harus tabah untuk mendepani
Dugaan mencengkam ini
Biarlah kupergi
Bawa hati lara
Doa kau temui
Insan yang lebih sempurna
Tidak kutangisi
Perpisahan ini
Itulah terbaik
Buat diriku dirimu
Itulah terbaikBuat diriku dirimu

Lirik Lagu Hanya Mimpi - Neeta

Tak pernah ku mengerti
Apa yang telah terjadi dalam hati
Kau hadir di saat ku telah lelah cinta
Namun kau berikan ku cinta

Kini ku harus memendam rasa
Kerna itulah yang terbaik untuk kita
Namun percayalah kau selalu di hati
Meski raga tak bisa memiliki

Dan kini ku sedari
Kau hanya mimpi yang aku miliki
Kernanya kini masih mengharapkanmu
Di saat hati memilihmu

Kini ku harus memendam rasa
Kerna itulah yang terbaik untuk kita
Namun percayalah kau selalu di hati
Meski raga tak memiliki

Kini ku harus memendam rasa
Kerna itulah yang terbaik untuk kita
Namun percayalah kau selalu di hati
Meski raga tak memiliki

Kini ku harus memendam rasa
Kerna itulah yang terbaik untuk kita
Namun percayalah kau selalu di hati
Meski raga tak memiliki
Meski raga tak memiliki

Meski raga tak memiliki…

Lirik Lagu Rasaku - Danish Aiman

Tak pernah terbayangkan semua
Kini ku t'lah bisa bersama dirimu
Kumerasa bahagia bila di sampingmu
Dan kudapatkan keindahan itu
Ku tak akan pernah menyesal
Menjalani semua ini bersamamu
Tapi mengapa kau coba untuk tinggalkanku
Hanya karna orang tuamu
Tapi ku tak bisa
Menjauh darimu
Namun ku tak sanggup
Harus kehilangan dirimu
Karna ku t'lah tau
Kau yang terbaik untuk diriku
Percayalah sayang 'kan tiba saatnya
Kau sambungkan rasa dulu
Abadi untuk selamanya
Tak ada yang tak mungkin
Kita pasti bisa tuk melawati semua
Oh-wo, tapi ku tak bisa
Menjauh darimu
Namun ku tak sanggup
Harus kehilangan dirimu
Karna ku t'lah tahu
Kau yang terbaik untuk diriku
Percayalah sayang 'kan tiba saatnya
Kau sambungkan rasa dulu
Abadi untuk selamanya
Tak ada yang tak mungkin
Kita pasti bisa tuk melewati semua
Tak ada yang tak mungkin
Kita pasti bisa

Lirik Lagu Lara Lagi- Adira

hanya sampai disini sahaja
kisah cinta kita berdua
tiada daya selamanya
terhenti disini
biarku pujuk hati ini
merawat luka ku sendiri
setelah aku kau lukai
sedangkan kau tahu

*kasih aku hanya lah untuk mu
tiada lain dalam diri ku
tak kan berubah
walau dipisah laut biru...

cinta aku hanya lah untuk mu
tak pernah goyah
tak pernah jemu
takkan terpadam dalam hati ku
ia milikmu....
percayala...

mungkin sudah suratan kita
terpisah sebegini saja
pasti di suatu hari nanti
ku jejak bahgia...

19 comments:

  1. Drama ni Inshaa Allah boleh layan setiap episod sbb duk umah je ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..sekarang semua tengok online je shida. senang tengok bila bila :)

      Delete
  2. Replies
    1. Belum ditayangkan lagi. Malam ni baru first episod. Semalam menonton :)

      Delete
  3. Replies
    1. Kannn.. marilah kita layan episod 1 malam ni. Saya layan online je malam sikit lepas waktu tayangan :)

      Delete
  4. cerita org kawen ye. mama tak tengok lagi citer ni

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Samaaaaa lah.. lama betul... rindu lakonan beliau ..

      Delete
  6. Lepas baca blog Fiza yang synopsis untuk 3rd last tu tertengok terus Live kat TV 2nd last tu tertarik nak tahu. Cuma yang finale tu Kak ter miss kena minta anak cerita apa jadi lepas tu hehehe...

    ReplyDelete
  7. kalo Suhan Movies, mesti menarik ceritanya..tapi tu lah, slot Samarinda pulak..dah ada TV ni, memalam diorang ni layan netflix..hhahahah

    ReplyDelete
  8. ok masuk list marathon. skrg malas nak tgk drama setiap hari..ammi marathon je drama yg dah siap. at least ada gak hiburan masa lipat kain

    ReplyDelete
  9. Entah hape-hape entah drama Hati Yang Tersakiti tu... ahaks! Tak apalah, namanya pun drama kan.

    ReplyDelete
  10. Tadi Cik TK tengok episod 1 Beri Sedikit Waktu ni.. uiii emo kejap. Geram dengan watak Farhan

    ReplyDelete
  11. Peminat zara Zya di sini.. hehe... Mesti best...

    ReplyDelete
  12. Mcm best, tapi rasa panas pula dgn si Farhan

    ReplyDelete
  13. Menarik apabila baca sinopsis. Hendak tengok Aqasha lakonkan watak OCD.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.