Drama Tercipta Satu Ikatan Episod 1-20 (Akhir) Lakonan Aeril Zafrel dan Hannah Delisha

Drama Bersiri Tercipta Satu Ikatan Lakonan Aeril Zafrel dan Hannah Delisha bakal ditayangkan di slot Mega Drama Astro Ria. Drama Tercipta Satu Ikatan ni adalah adaptasi novel hasil karya penulisan Laydee Amarfi dibawah arahan Pali Yahya dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

Drama Tercipta Satu Ikatan Episod 1-20 (Akhir) LaDrama Tercipta Satu Ikatan Episod 1-20 (Akhir) Lakonan Aeril Zafrel dan Hannah Delishakonan Aeril Zafrel dan Hannah Delisha


DRAMA TERCIPTA SATU IKATAN

Jumlah Episod : 20
Mula Tayangan : 2020/2021
Waktu Tayangan : Isnin-Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
Penulis Skrip : Syed Mohamad Taufik
Penulis Novel : Laydee Amarfi
Pengarah : Pali Yahya
Penerbit : Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

  • Aeril Zafrel sebagai Daniyal
  • Hannah Delisha sebagai Leanna
  • Sophia Barakbah sebagai Risa
  • Nadhir Nasar sebagai Sirhan
  • Fyda sebagai Qish
  • Izzue Islam
  • Fyda
  • Nadiyah Shahab
  • Esma Daniel

SINOPSIS TERCIPTA SATU IKATAN

Kematian Jeffery telah membongkar satu persatu hal yang sebelum ini tidak pernah diketahui oleh Leanna tentang bapanya. Hubungan perkahwinan yang sudah lama dibina bersama Daniyal juga tiba-tiba menjadi mangsa curiga.

Kenapa you kahwin dengan I? - Leanna

Tetapi bila persoalan itu sudah terjawab, hati Leanna tetap tidak sepenuhnya dapat menerima. Masih ada perkara yang tergantung tidak selesai. Layanan Daniyal yang lebih baik dari sebelumnya juga sesekali menimbulkan rasa pelik di hati. Mengapa sikap suaminya berubah?

Because I love you - Daniyal

Walaupun berulang kali menyebut cinta, Daniyal tahu semua itu tidak akan selamanya mampu menutup rahsia yang sudah bertahun disimpan di dalam kamus hidupnya. Kepulangan Risa dalam keadaan dia sedang berusaha membina bahagia menegangkan semula keadaan. Wanita itu tidak akan berhenti mengejar selagi apa yang diinginkan tidak tercapai.

Lepas you dah sayangkan dia, you terus lupa pada I! Lupa pada sebab asal kita mulakan semua ni! - Risa

Don't do this, Risa. I don't want to fight with my own sister. - Daniyal

Adakah cinta Daniyal memang benar telus lahir dari hati? Atau sebenarnya kerana ada rasa bersalah yang sedang menggunung tinggi? Leanna pula sekali lagi tersepit di dalam dilema. Antara percayakan suami yang dicinta, atau terus mempertahankan bapa yang sudah tiada.

Apa yang berlaku semuanya tidak pernah melibatkan Leanna. Tapi kenapa di akhirnya dia juga yang terpaksa menanggung semua sengsara?

Lagu Tema/OST Tercipta Satu Ikatan

Kesempatan bagimu- Adira
Komposer : Ikhwan Fatanna & Wan Saleh
Lirik : Ikhwan Fatanna & Arisz

Lirik Lagu Kesempatan Bagimu-Adira

Apakah cinta bagimu
Hanyalah satu permainan
Air mata mengalir lesu
Hanya dendam yang tertanam

Usah coba ungkapkan cinta
Walaupun kini telah kau sedar

Masihkah ada kesempatan untuk kita berdua
Kembali bersama menuju bahagia
Masihkah perlu ada ruang di hati buat dirimu
Yang dulu pernah menyakiti cinta ini

Tersimpan dilubuk hati
Semua kata yang kau dustakan
Kecewa dirundung sepi
Tidak tertanggung bebanan

Usah coba ungkapkan cinta
Walaupun kini telah kau sedar

Masihkah ada kesempatan untuk kita berdua
Kembali bersama menuju bahagia
Masihkah perlu ada ruang di hati buat dirimu
Yang dulu pernah menyakiti cinta ini

Jika cinta ini telah direstui
Ku harap ia cinta sejati
Hanya pada Tuhan ku serah kan jiwa
Dialah penentu arahnya cinta kita

Masihkah ada kesempatan untuk kita berdua
Kembali bersama menuju bahagia
Masihkah perlu ada ruang di hati buat dirimu
Yang dulu pernah menyakiti cinta ini

Apakah cinta bagimu
Hanyalah satu permainan
Air mata mengalir lesu
Hanya dendam yang tertanam


10 comments:

  1. Oh, citer baru. Nanti boleh layan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum ditayangkan lagi. Nak dah bersiaran bolehlah kita layan :)

      Delete
  2. Alahai... hero dah best tp kureng suka lah heroin tu...

    ReplyDelete
  3. Dia punya sinopsis tu nampak macam best...

    ReplyDelete
  4. alaa tak tengok langsung drama ni padahal minat aeril zafrel tu

    ReplyDelete
  5. Bagus Aeril ni. Suka tengok lakonannya. Sempat hulur sumbangan kepada penduduk LD yang terjejas akibat covid-19. Wawa, isterinya tu dulu belajar di sekolah saya, sebelum berpindah ke Malaya, ikut keluarganya. Dah duduk seberang Laut China Selatan, tapi masih ingat LD.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.