Filem Kelaster

Apakah yang akan kau orang buat bila terkandas di satu tempat selama berminggu-minggu dan diganggu 'sesuatu' yang menyeramkan? Filem kelaster menampilkan sebuah kisah seram komedi yang telah ditayangkan pada 24 September 2020 yang lalu di astro first saluran 480.

Menampilkan pelakon hebat Azhan Rani, Nora Danish, Achey dan Merqeen (Hero Remaja 2020).  Kelaster seolah olah macam dekat dengan situasi kita yang terkandas di rumah disebabkan pandemik Covid -19. Cuma kita ni tak seram lah kan.

Filem yang fresh dengan isu semasa dan situasi terkini yang berlaku. Ada yang tengok filem kelaster ni?

Filem Kelaster
sumber : Astro First

FILEM KELASTER

Genre : Seram Komedi
Waktu Tayangan : 24 September 2020
Siaran TV : Astro First (Ch 480)
Penulis Skrip : Razif Ajiboy Rashid
Pengarah : Razif Ajiboy Rashid
Produksi : D Alpha Legacy (M) Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Nora Danish sebagai Ain
  • Achey sebagai Zul
  • Azhan Rani sebagai Dr Madi
  • Meerqeen sebagai Usop
  • Amyza Aznan sebagai Mak Cik Karipap

SINOPSIS KELASTER

Kelaster adalah sebuah kisah seram tentang bagaimana tiga orang pelajar yang terperangkap di kolej kediaman selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Dua pelajar lelaki Usop dan Zul terpaksa menemani Ain, yang bersendirian sehingga terpaksa mencari bantuan di asrama lelaki. 

Tragedi pelik mula berlaku apabila mereka cuba mendapatkan bantuan untuk Ain. Keadaan bertambah rumit selepas Usop dan Zul berkongsi kisah mengenai gangguan hantu serta makhluk halus yang pernah mereka lalui. 

Tiba giliran Ain untuk kongsikan pengalamannya, Ain terus menghilangkan diri. Usop dan Zul segera mencari Ain dan ketika di temui, Ain sedang berada di dalam Bas berdekatan dengan Kolej mereka. Di situlah segala misteri dan rahsia gangguan yang mereka bertiga alami terungkai.

Lagu Tema/ OST Filem Kelaster

Sakit - Achey

Lirik : Achey
Komposer : Shouk Azis & Achey

Sakit…
Aku rasakan
Terlalu dalam
Pedih…

Kau mengapa berubah
Pada waktu aku
Benar-benar cinta
Pada dirimu

Tak perlu kau ucap
Kau bukan terbaik buat diriku
Sedang kau cuba menjadi
Yang terbaik untuk dirinya

Ku terima takdir ini
Andainya kau bukan milikku lagi

Bahagialah engkau bersama dirinya
Moga tak kecewa

Tak perlu kau ucap
Kau bukan terbaik buat diriku
Sedang kau cuba menjadi
Yang terbaik untuk dirinya

Ku terima…takdir ini
Andainya kau bukan milikku lagi
Bahagialah engkau bersama dirinya
Moga tak kecewa

Telah tertutup hati
Buat dirimu
Jangan kau kembali
Pada diriku

Sakit…

9 comments:

  1. Mcm best je ceta ni... tq for ur info fiza... nnt nk tgk... byk ceta nk tgk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan cerita yang menarik kena lah dengan situasi sekarang ni :)

      Delete
  2. Dah tengok.. Walaupun ada yang tak berapa umph tapi okaylah..

    ReplyDelete
  3. Masa dengar tajuk cerita pertama kali, akak dengan adik akak tergelak besar.
    Releven dengan situasi semasa.

    ReplyDelete
  4. tak tengok lagi...adei banyak betul telefilem baru...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.