It's November Month Already!

Bila tiba hari raya bulan November muncul, perkataan november rain je lah yang muncul dalam kepala ni. Lagu November rain nyanyian Gun N' Roses tu pun hanya tahu tajuk je. Its okay tak tahu bukan benda wajib tahu pun.

Well, it's November month already!! Bulan kesebelas dengan 30 hari. Ready tak ready dah masuk ke dalam november calendar. Maka, marilah kita menghitung hari hari yang bakal kita habiskan dalam tahun 2020 ni.

29 hari akan datang dah masuk bulan december dah. November 2020 kita bakal hadapi 4 angka yang menakutkan. 
"Mungkin selepas 31 Oktober, kita tak ada 3 digit dah, kita dah 4 digit" -Tan Sri Dr Noor Hisham
Harap angka jangkaan tu meleset dan tersasar jauh. Kesian frontliner yang semakin penat. Kesian juga kat kita semua yang penat dengan terpaksa PKP, PKPB, PKPD dan sewaktu dengannya. 

Ye, Allah sedang uji kita. Teruskan positif dan berdoa moga Allah hapuskan segera virus covid-19 perosak dunia ni. آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

Cuti Bulan November/November Holidays

6 November-Jumaat : Hari Keputeraan Sultan Perak
11 November-Rabu  : Hari Keputeraan Sultan Kelantan
12 November-Khamis : Hari Keputeraan Sultan Kelantan 
14 November-Sabtu : Hari Deepavali (Semua Negeri kecuali Sarawak)
15 November-Ahad : Hari Deepavali (Cuti Kelantan dan Terengganu sahaja)


Bila ada cuti perayaan tu, mulalah perasaan risau muncul kembali selagi si Covid 19 ni tak pupus. Kita fikir yang baik-baik je lah ye. Serabut perut kalau dok asyik fikir je.

NOVEMBER 2020

Just because your path is different, doesn't mean
you are lost. Lead your own life and keep learning
NOVEMBER 2020
Go travel.
It makes you realise
that no matter how much you know,
there is always more to learn,
and there is always room for improvement
Rasanya go travel tak boleh dipakai dalam keadaan sekarang. Mungkin boleh digantikan dengan go on. Yes, hidup perlu diteruskan walau apa jua rintangan dan ujian yang kita hadapi selagi Allah pinjamkan kita nyawa yang sangat berharga ni.

Perbaiki diri jadi lebih baik. Don't bitter, be BETTER. InshaAllah... Selamat enjoy dan happy di bulan November ni. Semoga ada berita baik dan semoga happy selalu.

20 comments:

  1. Lagu November rain sesuai dengan keadaan kami sekarang ni asyik hujan lebat sahaja.
    Moga keadaan makin bertambah baik kesian dengan frontliner yang kepenatan sungguh besar korban mereka sejak COVID-19 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan pula ye. Aaaminn. semoga semuanya akan kembali normal. Aaminn

      Delete
  2. hai,

    tak dapat travel takpa.

    yang penting dpt spend time dengan tersayang.

    itu lebih bermakna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hikmah dia kita sentiasa dapat bersama yang tersayang kan. betul tu :)

      Delete
  3. Semoga november lebih baik. Kesian juga pada DG Hisham sebab sampai dia cakap dia tak boleh tidur malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn..
      berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. doakan untuk mereka supaya terus kuat dan sabar.

      Delete
  4. Salam November! Semoga segalanya bebaik jela... Amin.. Amin...

    ReplyDelete
  5. Alamak takut pula 4 angka. Harap-harap kita memang ambil pengajaran daripada peristiwa ini dan peka dengan SOP selepas ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap begitulah. jangan ada pilihanraya lagi selagi belum reda covid ni. risau orang berkumpul ramai ramai ni

      Delete
  6. Tak sangka duduk berkurung di rumah dari pertengahan September, tiba-tiba hari ini sudah November! Cepatnya masa berlalu dan tak disedari hampir setahun kita berdepan dengan wabak Covid-19!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak. lama perjalanan tu tanpa sedar kejap berlalu. Harap tak berterusan lagi.

      Delete
  7. Welcoming November..totally agreed with the quotes

    ReplyDelete
  8. Happy November, Fiza! Moga bulan ini lebih baik daripada bulan-bulan sebelumnya.

    ReplyDelete
  9. Semoga hujung-hujung tahun ni kes covid makin berkurang. Sama-sama kita jaga kita.

    ReplyDelete
  10. Walau kita tak boleh travel, kita still boleh have fun bersama family di rumah kan.. spend time together. Btw, happy november!!!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.