Kebaikan Tanam Curly Spider Plant/Pokok Lelabah Kerinting
Lama berhajat nak ada pokok curly spider plant. Yang ada kat rumah jenis spider plant biasa je. Nampak cantik pula jenis curly spider plant atau bahasa melayu dipanggil pokok lelabah kerinting.
Tahukah anda?
Penemuan menarik tentang spider plant/pokok lelabah oleh Saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Bill Wolverton setelah dijadikan kajian, mereka mendapati pokok lelabah ni mampu menyerap kandungan racun dalam udara sekitar 90 hingga 95 peratus.Spider plant menyerap racun itu sebagai 'udara' untuk membolehkan ianya bernafas sebelum dipindahkan ke akar dimana mikrobion yang sedia ada akan meneutralkan komponen yang terlibat.
Pokok paku langsuir juga mempunyai ciri-ciri yang sama boleh dijadikan sebagai pokok penapis udara.
Spider plant/Curly Spider Plant
Spider plant ni rupa dia macam pokok dracaena cuma spider plant daunnya lebih lembut sikit. Corak je macam lebih kurang sama.
Spider plant ( Chlorophytum comosum) berasal dari Tropika dan Afrika Selatan. Bunganya kecil berwarna putih yang tumbuh pada hujung batangnya dan mudah dibiakkan untuk menghasilkan tanaman yang baru.
Tanaman yang jenis mudah di jaga dan pilihan yang bagus untuk mereka yang ingin mula menjinakkan diri dengan tanaman. Spider plant tak perlukan banyak air dan cepat tumbuh.
Curly spider plant dan spider plant fungsi dia sama je. Beza dia pada kekerintingan yang ada pada curly spider plant.
Air
Disebabkan pokok spider plant ni tak perlukan air yang banyak. Jadi boleh siram 3 hari sekali macam tu. Cuma kalau cuaca panas tu boleh lah siram 2 hari sekali.
Cahaya
Pokok spider plant boleh hidup dengan baik walaupun kurang mendapat cahaya matahari. Tapi ia akan hidup lebih baik jika mendapat cahaya tapisan matahari yang terang.
Pembiakkan
Cara pembiakkan spider plant sangat mudah dengan keratan tunas hujung dan tanam terus dalam tanah. Atau boleh juga letakkan dalam air sehingga tumbuh akar, kemudian baru tanam dalam tanah.
Curly spider plant vs Spider plant
Jika disuruh memilih, saya akan pilih Curly Spider plant of course! Sebab curly spider plant nampak lebih unik dan menarik dengan curly curly perm tu.
Selain mudah ditanam dan bagus sebagai pokok penapis udara, spider plant mesra haiwan peliharaaan juga. Tidak membahayakan haiwan jika termakan.
Inilah pokok baru yang saya cakap dalam entry ni. Baru tak baru sangat pun. Curly spider plant ni lebih menarik tau kalau digantung. Masa beli haritu memang dah siap-siap jual dalam pasu bergantung. Senanglah tak payah nak beli pasu lain dah.
Boleh jadikan indoor atau outdoor plant. Ikut suka lah. Yang penting curly spider plant ni cantik dia pada curly curly tu dan berbunga.
Teringin nak ada pokok2 gantung macam ni..tapi tu la..blom bleh lagi letak pokok2 bunga kat rumah akak sebab anak- anak cucu pak zain semua kecik2 lagi..nak letak indoor pun tak leh...semua lasak...kena tabah la tunggu semua dah besar nanti
ReplyDeleteTakpe kak. tunggu dorang besar sikit baru lah boleh deko deko nanti :)
DeleteOh akk perasan juga jenis yg curly2 ni, tapi tak terfikir pulak bezanya, haha..tapi setakat ni akk baru ada yg biasa tu jr, byk pasu juga dah gantung kat luar.
ReplyDeleteDaun dia lebih kuning kan nampaknya
curly curly ni unik sikit kak. yang biasa pun cantik juga. Lagi lagi kalau rimbun. Gantung memang lawa. rasanya macam tu lah, lebih banyak warna kuning.
DeleteAir plant juga kan ni. Cantik yang curly.
ReplyDeleteMasih guna medium tanah ni. Kalau jenis air plant yang jenis kecil tu kan. lupa entah namanya. Maaf kalau saya silap.
DeleteBiasa tengok tapi baru hari ni tau nama nye.. Lelabah Kerinting comel je nama dia :)
ReplyDeletehihi..pokok yang banyak orang tanam kat landskap. comel kan nama dia :)
DeleteCantik daunnya,curly-curly gitu. Senang nak jaga ye sebab tak perlu selalu siram.
ReplyDeleteitu yang suka tengok pokok ni kak amie. curly curly dia tu cantik. betul, senang nak jaga.
Deletepokok spider plant paling senang nak tanam dan jaga. takde lagi yg curly ni, nampak cantik je bila tergantung macam tu :) ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeletebetul, tak payah beria nak jaga dia. siram je ikut masanya. silakan tambah koleksi curly spider plant :p
DeleteCantiknya curly dan bunga dia tu.
ReplyDeleteBergantung gini lagi naik seri.
kann..curly dan cantik tergantung tu buatkan dia lebih menarik di pandang.
DeleteAkak suka dua-dua. Janji ada pokok-pokok hijau buat rehatkan mata dah happy dah 😊
ReplyDeleteSegar mata memandang tumbuhan hijau ni kan kak Farrah 😊
DeleteRasa macam nak tanam la sepokok kat dalam bilik ni
ReplyDeletePokok kecik kecik je kan penuh. ini pun nak satukan semua pasu comel bagi terang sikit. Syukurlah ada yang hidup elok.
ReplyDeleteBagus tanam pokok yang beri kebaikan kepada manusia.
ReplyDeletePenapis udara? Macam sesuai letak di tempat letak kereta selalu asap ekzos ada.
Menarik ni.. cantik dan mudah dijaga. Rasa macam nak tanam juga!
ReplyDelete