Kek Tornado Coklat Leleh Viral, Patutlah Viral Pun!

Agak sedikit ketinggalan baru nak cuba merasa kek tornado coklat leleh viral tu. Popular dengan nama kek tornado viral suatu masa dulu. Gara-gara teringin makan something sweet macam kek di malam hari, ter'order' kek tornado coklat leleh viral ni.

Dah malam ni perkhidmatan grabfood memang tak ada lah. Foodpanda pun mana yang masih buka je ada. Tak ada pilihan lain, cari kat facebook page taman kediaman. 

Nak cari yang dekat-dekat je senang. Tak lama menunggu dan charge delivery murah sikit.

Cari punya cari dapatlah jumpa seller kek tornado viral yang boleh hantar setengah jam selepas order. Lebih kurang waktu grabfood dan foodpanda tu kira okay lagi lah. 

Kalau dia jawab, memang tak lah nak order sebab kalau esok nak beli kat kedai atau guna food delivery je.

Bila dia kata boleh hantar, syukur alhamdulillah. Hilang rasa craving nak makan benda-benda manis. Dah lama tak makan kek kot. 

Harga kek tornado viral

Berapa harga kek tornado viral ni sebenarnya eh? Fiza beli sebab harga dia macam murah je untuk satu bekas RM15. Ke memang itu harga standard kek tornado ni. Kira berbaloi lah kot beli dengan harga dan saiz kek. Tak pasti juga kek tornado original dia macam mana. 

Tapi yang tertulis dalam iklan begitulah. Saiz kek lebih kurang 1.5inci (tinggi), 6 inci(panjang) dan 3.5 inci (lebar). Jika dibandingkan harga dan saiz dengan one slice kek lebih kurang. 

Tapi kek tornado ni macam berbaloi lagi, extra saiz dan extra coklat leleh. Tak sia-sia craving kek, ada rezeki dapat kek tornado viral ni.

Kek Tornado Coklat Leleh Viral

Sekali rasa sesudu terus cakap sedap. Patutlah kek tornado ni viral pun, sebab memang sedap pun rasa dia. Nak buat sendiri ni belum tentu jadi untuk seorang Fiza. 

Bab membakar memang failed! Kadang je jadi. Kek begini memang kita beli je lah ye. Order je kalau rasa teringin.

Kek Tornado Coklat Leleh Viral

Resepi Kek Tornado Viral

Kalau rajin dan nak cuba buat kek tornado viral ni boleh lah cuba resepi-resepi mereka yang hebat dalam bab masak ni. 

22 comments:

  1. Terbuka blog. Termasuk sini. Rupanya masih ramai ya orang update blog? Saya ja yang sendu. Haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai bekas kawan se-U. Lama tak dengar cerita kat blog. Sendu pun tetap letops

      Delete
  2. Syukurlah ada tempat dekat boleh hantar segera. Nasib baik menepati selera.
    Kalau akak pun cari yang dekat-dekat untuk hantar supaya caj penghantaran tidak mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak, syukur lah ada rezeki dapat yang dekat, sedap dan harga berpatutan. Bab makanan kalau order jauh jenuh menunggu satu hal juga.

      Delete
  3. ada rasa ala-ala chocolate indulgence SR tak?
    tapi melimpah betul coklat dia, saya takleh manis2 ni xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurang sebab yang ni layer dia sikit je. tapi puas hati extra coklat leleh. Tak manis sangat pun.

      Delete
  4. Nampak creamy sungguh coklatnya. Tak manis sangat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak manis sangat kak. Kalau manis, gerenti sy stop makan dan habis sikit sikit.

      Delete
  5. leleh tgk..tk pernh try lg tp ada tgk kwn2 share

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap. Tapi tak taula kat KL ni ada orang jual ke tidak. Ni first time dengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu kalau KL lagi cepat viral dia. Mesti ramai yang jual. Cuba google area yang berdekatan Sal.

      Delete
  7. Replies
    1. sama harganya yang saya beli ni. Kira standard harga lah tu kot kan.

      Delete
  8. Aduhai! Nampak layer coklat dalam sudu tu terus kakak tergoda! Sedapnya Fiza... meleleh-leleh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun layer dia tak meriah tapi rasa dia cukup meriah juga lah. Sedap!

      Delete
  9. Saya tak pernah try lagi... nanti dah bebetul ngidam . baru try.. hihi... tengok ni pun dah terliur. tapi size gini.. mmg normal harga tu.. huhu..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.