Kerepek Batang Pisang. Kudapan Rare Zaman Sekarang.
Pisang, selain buah pisang yang sedap di makan serta boleh dipelbagaikan menu berasaskan pisang. Sesungguhnya bahagian pokok pisang yang lain banyak juga manfaatnya.
Jantung pisang sedap di buat ulam dan masakan sayur. Bunga pisang sedap di goreng rangup bersalut tepung ikut cara Tukang Kebun. Daun pisang pula banyak digunakan untuk membungkus hidangan nasi dan kuih muih tradisional.
Batang pisang pula hanya digunakan untuk kegunaan tertentu sahaja. Contohnya zaman dulu orang buat tempat letak cucuk bunga telur di majlis perkahwinan.
Selain tu batang pisang juga digunakan dalam acara berkhatan. Tak banyak kegunaan batang pisang selain dibiarkan mereput selepas ditebang. Proses pereputan batang pisang pun ambil masa yang lama sebab kelembapan batang pisang tinggi dan tak mudah dimakan api jika dibakar.
Siapa sangka, batang pisang juga boleh dimakan. Pernah dengar jugalah batang pisang sedap di masak gulai. Tak tahu nak pelik ke tidak tapi macam okay je kot masak gulai. Tapi bila tahu ada kerepek batang pisang, macam like seriously?
Berkerut kerut dahi memikirkan seakan akan masih tak percaya wujudnya kerepek batang pisang yang baru je tahu dari satu posting zayan di instagram.
Beberapa proses yang dikongsikan untuk membuat kerepek batang pisang. Perlu ambil bahagian yang tertentu sahaja. Bahagian yang hijau perlu dibuat sebab kelat dan pahit.
Hanya perlu ambil bahagian didalam umbut batang pisang ni. Kemudian potong potong mengikut saiz yang sesuai.
Salutkan dengan tepung dan goreng.
Nampak lagi sedap kalau ditaburkan perasa.
baca juga : resipi kerepek batang pisang
Selain dibuat makanan, ada lagi kegunaan batang pisang dari dibuang begitu saja.
Kegunaan Batang Pisang
MOL Batang pisang
Di Thailand, selain menggunakan GMO (Genetically modified organisms) atau baja kimia. Batang pisang diproses untuk hasilkan MOL (Mikro Organisma Lokal) bagi menggalakan pertumbuhan tanaman. Ianya dijadikan sebagai baja untuk menghasilkan sayuran daun oversize.Batas batang pisang
Disebabkan batang pisang sukar mereput dengan cepat dan mempunyai kelembapan yang tinggi, ianya sangat sesuai dijadikan medium tanaman untuk tanaman jangka pendek seperti sawi, bayam, kangkung dan sebagainya.Berus cuci pinggan
Tahukah anda? Orang dulu menggunakan batang pisang untuk mencuci pinggan mangkuk semasa kenduri. Batang pisang membantu menanggalkan minyak dan kotoran yang melekat pada pinggan mangkuk.Batang pisang akan dipotong keci dan diletakkan dalam air basuhan pinggan bersama sabun. Kiranya dijadikan sebagai berus lah. Masih lagi menggunakan sabun. Ini zaman rewang dulu kala lah.
Makanan haiwan ternakan
Di Thailand dan Indonesia, batang pisang telah dijadikan sebahagian makanan kepada haiwan ternakan mereka sejak dulu lagi. Batang pisang berupaya memperbaiki sistem pencernaan haiwan dan mengurangkan kadar haba dalam haiwan.Selain diberikan mentah, ia juga diadun dengan bahan lain untuk menambah nilai khasiat makanan tersebut.
Itulah dia cerita batang pisang yang sangat menarik rupanya. Sangat serbaguna ye sebatang pokok pisang tu. Tak rugi tanam pokok pisang yang hasilnya macam-macam boleh dibuat.
kredit info : https://www.impiana.my/6-kegunaan-batang-pisang-yang-mungkin-anda-tak-tahu/
kredit image : https://www.instagram.com/p/CHuRNiSJ_7e/
Allahu Akbar! Memang rare tu Fiza.
ReplyDeleteIngatkan umbut pisang jew boleh dimakan masak kari dengan tulang, atau bunga jntung pisang goreng dengan tepung bestari. Rupanya batang pisang pun boleh dibuat kerepek! Kreatif & inovatif! Berguna semua bahagian pokok pisang ye.
Kerepek batang pisang ni akk jumpa kat youtube dari Indonesia, youtuber tu tunjukkan cara nak buat kerepek nih. Tapi masa kecik dulu kat kampung pernah juga org kampung ambil umbut pisang ni buat gulai.
ReplyDeleteOh baru tau juga ni 😘
ReplyDeleteBenda baru ni.
ReplyDeleteAkak pernah nampak kt ig masakan indonesia masak keropok batang pisang nih... rare betul kan
ReplyDeleteAda haritu tengok orang share di fb dari indon. Memang rare.
ReplyDeletekerepek? memang rare tu. kalau dekat sabah masak buat sayur tapi jarang orang buat sy pun pernah rasa sekali ja tupun masa tengok kenduri kawin x silap tapi serius mmg jarang2 org buat sbb x ramai yg tahu bole makan hehe
ReplyDeleteThank you kongsi ilmu Fiza. Nanti Kak nak cuba bila ada kesempatan. Umbut batang Pisang dulu orang masak juga buat gulai untuk kenduri. Masa Kak dijemput perasmian sebuah Kampung pedalaman di Kudat ada diorang masak Umbut kelapa sawit sangat sedap juga macam makan gulai rebung.
ReplyDeleteBatang Pisang lepas tuai tandan pisang, biasa Kak potong kecik-kecik sebab ternakan angsa, itik dan ayam suka makan. Kekadang stress sulur pisang baru naik kena pagar kalau tak habis dikerjakan oleh angsa.
Thank you kongsi Fiza.
Ini pertama kali Dina tahu tentang kerepek batang pisang
ReplyDeleteUmbut pisang tahu buat gulai tapi bayang pisang buat kerepek baru tahu.
ReplyDeleteKami pun baru taw Dari akak yg post kat group wasap family. Semua mcm terkejut, Dan Tanya boleh ke mkn..betoi ke boleh..Benda rare Kan. 😅
ReplyDeletesedap ke?
ReplyDeleteMenarik fiza..agaknya..ape la rasa dia eh ^_^
ReplyDelete