Lampu LED Bola Rotan 3D

Maaf kawan kawan dua tiga hari ni tak dapat nak blogwalking. Update blog je terus hilang tak sempat nak blogwalking terus macam selalu. Lepas ni baru sambung semula ye. Mana yang sempat je Fiza dapat terjah.

LED Rattan Ball Fix Dimmable 3D Light Night Lamp Moon Table Bedroom USB

Cantik tak lampu LED bola rotan 3D ni? Of course cantik sebab warna pink warna favourite Fiza tu. Lampu meja ni sesuai untuk dijadikan lampu tidur dalam bilik. Lampu tidur berbentuk bulat seperti bulan ni cantik untuk decoration bilik juga.

Lampu LED bola rotan ni diperbuat daripada tali jut dan bersaiz kecil sesuai lah letak atas meja tepi katil ataupun meja study. Tak makan ruang sangat. 
 
Lampu LED Bola Rotan 3D

Lagi nampak cantik bila on suis lampu ni cahaya yang keluar tu akan create corak yang cantik. Sorry dalam gambar tak nampak sangat. Low light, lighting tak on point tak berapa jelas nampak. 

Lampu LED Bola Rotan 3D

Lampu LED bola rotan 3D ni akan diberikan kepada bakal komentator nombor 3 blog Fiza 2020. So siapa yang berada di tangga nombor 3 tu, automatik akan dapatlah Lampu LED bola rotan 3D. Suka tak? 

Harap sukalah warna pink. Pink tanda hadiah tu dari blog sihatimerahjambu. Memang saja pilih pink sebagai trademark. Siapalah yang bertuah bakal dapat lampu yang comel ni.

Ada sebulan lebih lagi untuk keputusan top komentator akan di umumkan. Sempat lagi kalau nak kejar. Ada masa boleh kita berbalas komen. Ini saja yang boleh Fiza berikan sebagai penghargaan. Harap sudi lah terima ye. 

Tunggu lagi 2 lagi hadiah yang bakal Fiza update untuk kedua dan pertama. Mesti tak sabar nak tahu kan..nantikan!

Tak nak buat suprise, bagitau siap-siap hadiah apa. Hihi..

23 comments:

  1. cantik lampu ni, ada juga terusha di shopee aritu..hehe

    ReplyDelete
  2. Cantik lampu ni..harap2 terpilih lah..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik, sebab tu sy pilih untuk jadikan hadiah. hihi
      Sempat lagi nak kejar. boleh check kat menu bar bawah about tu :)

      Delete
  3. Cantik Fiza ambil gambar walaupun low lighting.
    Tali jut ni banyak dari India kan sumber tanamannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. masih nampak noise low light tu sebenarnya.

      oh ye? saya tak tahu asalnya tali jut ni. ada juga sy beli beberapa jenis.

      Delete
  4. Cantik ! akan menambah seri pada bilik ni kalau letak heheh

    ReplyDelete
  5. Rasa romantic sahaja hendak tidur dengan lampu rotan.
    Hehe tidak tahu boleh dapat masuk carts no 3. Agaknya komen tulisan-tulisan lama boleh tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kak NA, warm light gitu. Boleh kak, tak ada masalah. Janji masuk list. Boleh check kat menu bar atas tu bawah menu bar about.

      Delete
  6. cantik sangat lampu niii!

    ReplyDelete
  7. Harap saya dapat sebab suka warna pink. Hehe

    ReplyDelete
  8. Nampak macam bebola api bila petik siuz waktu malam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..corak kat dinding in real lagi cantik tau kak Amie.

      Delete
  9. cantiknyaaa semoga ada rezeki rabia utk menang hhehe lawa tu sesuai letak di meja study

    ReplyDelete
  10. Pink colour! Memang cantik! And sweet... Bentuk rotan pulak tuuuu.. unik tau!

    ReplyDelete
  11. Menarik lampu rattan led ni fiza! andai dapat fuh!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.