Nasi Goreng Ayam KFC. Tak ada kat KFC ye.

Happy sunday! Tengah malam tadi hujan lebat. Sekarang dah bermula episod musim tengkujuh. Apa yang merisaukan adalah banjir kalau hujan berterusan. Ye, banjir. Satu lagi ujian untuk kita harungi. Semoga semuanya baik-baik je.

Rasa terlalu banyak benda nak difikirkan sekarang ni. Bertabahlah kita semua. Hikmahnya pasti ada. Okaylah nak happy kan diri kita makan. Fiza sejenis makan sikit tapi cepat kenyang. Cepat juga lapar. Itu yang payah tu.

Tekak orang melayu, kena makan juga nasi. Tak boleh sehari tanpa nasi. Gigil teruk! Teringat ada lebihan ayam kfc sekali beli dengan crunchy tandoori. Beli ayam lebih sebab nak buat nasi goreng ayam kfc.

Kalau beli ayam kfc, dapat bahagian banyak isi tu memang ke nasi goreng lah pergi dia. Dari tak laku, lebih baik masukkan dalam nasi goreng. Terlajak laku dengan nasi goreng pun laris.

Nasi Goreng Ayam KFC
 
Nasi goreng tu masaklah dengan kaedah masing-masing. Masak nasi goreng cara Fiza, tumis bawang merah, bawang putih, cili api dan ikan bilis. Nak sedap, sila gunakan kekuatan tumbuk bahan bahan tumis dengan menggunakan lesung batu. Tumbuk kasar je tak perlu beria sampai lumat.

Lepas tumis bahan, pecahkan telur kemudian masukkan kacang panjang. Masukkan juga ayam KFC bahagian isi yang dah siap dicarik carikan kecil. Masukkan nasi dan kacau rata. Tak perlu tambah garam pun tak pe sebab ayam dan ikan bilis dan ada rasa dah.

Tambah sedap bila tambah ayam KFC. Jadilah nasi goreng ayam KFC. Tapi jangan pula kau orang order nasi ayam goreng KFC ni kat KFC okay. Memang tak ada! Sila masak sendiri dan tambah ayam KFC cerita dia.

14 comments:

  1. Kakmim pun suka nasik goreng yg rencahnya ditumbuk dgn lesung.. tp kalo nk cepat mmg guna chopper je 😅😅

    ReplyDelete
  2. Nampak menyelerakan nasi goreng tu Fiza. Eza belum berkesempatan lagi nak rasa ayam KFC tandori tu. Nanti nak try jugak.

    ReplyDelete
  3. wahhhh creative nyaa... tak pernah terfikir nak buat nasi goreng ayam kfc.. dengar macam sedap je.. boleh lah nak try nanti.. kalau makan ayam kfc tu je pun dah sedap.. ni pulak kalau tambah dalam nasi goreng... nyum nyummyyy

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Ini juga yang Kak PC buat Fiza bila ada ayam KFC lebih. Sanggup masak nasi kalau tak ada nasi lebih.

    ReplyDelete
  5. samalah !! kalau dapat dry meat aaargh potong selero nak makan.
    nak drumstick jugak macam mana pun.

    ReplyDelete
  6. Wow...gambar pun dah menyelerakan 😍

    ReplyDelete
  7. ayam KFC,..mamang sukar nak nafikan kesedapannya. belum jemu lagi setakat ni. tapi sekali hadap seketul je sekarang ni. dah tua tua ni perut mengecik agaknya

    ReplyDelete
  8. Hehe.. sedap nampak nasi goreng ayam kfc Fiza buat. :)

    ReplyDelete
  9. Ini nasi goreng kegemaran Kak Amie. Ada cili padi dan tumbuk guna lesung!

    ReplyDelete
  10. waaa... satu benda baru yg boleh try ni

    ReplyDelete
  11. Buat masa ini belum pernah guna ayam KFC buat nasi goreng.
    Berjaya habiskan ayam goreng. Hehe.

    ReplyDelete
  12. sedapnya nasi goreng KFC..shida blm pernah cuba lg..sbb selalu ayam xhabis..husben bedal hahaaa adooiii

    ReplyDelete
  13. kalo beli kfc part isi mmg rmi yg tknk mkn tp dh buat nasi goreng ni smua mkn

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.