Norwex Cloth, Si Tuala Kayangan

Rancak masing-masing sembang pasal tuala Norwex (Norwex cloth), si tuala kayangan ni. Kenapa kayangan? Tuala kayangan sebab harga tuala norwex bukan harga tuala biasa-biasa. Harga melebihi paras pembelian rakyat marhaen. 
marhaen. [mar.haén] | مرهاءين.
Definisi : (marhaén); kaum ~ rakyat jelata (spt petani, nelayan, dll). 
-Kamus Dewan Edisi Keempat
Ramai yang berkongsikan norewx reviews tentang kehebatan tuala Norwex di sosial media sampai rasa terpukau jugalah nak membeli tuala Norwex ni. Lalu, survey jugalah norwex cloths parice dalam norwex Malaysia catalogue.

Norwex Cloth
Kredit : google


Humangai! Biar betul harga tuala macam tu. Padanlah dengan gelaran tuala kayangan untuk golongan have have je ni. Dari pemerhatian Fiza, norwex cloths price ni bermula dari RM45 sehingga ratusan ringgit. 

Jika dibandingan dengan tuala good morning bagai langit dan bumi. Pelbagai claim telah dicipta untuk membuktikan bahawasanya tuala Norwex ni sangat berkesan dan perlu dimiliki. 

Sebenarnya ada fakta sains disebalik tuala Norwex yang mungkin boleh dijadikan rujukan sebelum membuat keputusan untuk terjebak membeli.

Norwex Cloth from which country

Norwex origin dari Norway telah lama berada di pasaran sebenarnya. Telah dibangunkan sejak tahun 1994. Cuma baru menembusi pasaran di Malaysia sejak tahun lepas dan baru dikenali baru baru ni. 

Pelbagai jenis produk dipasaran seperti tuala dapur, sarung tangan, pelitup muka, tuala muka dan banyak lagi. Yang baru baru ni popular, tuala dapur yang mampu hilangkan kesan minyak dengan sekali lap je.

Tuala  Norwex digelar sebagai pembantu rumah  yang membantu memudahkan kerja kerja pembersihan di dapur.  Benda wajib ada di dapur lah pendek kata. Dengan menggunakan konsep norwex consultant juga dapat membantu surirumah terjebak menjadi ejen untuk membeli sekaligus jana pendapatan.

Apa istimewanya tuala N?

Tuala N yang dibincangkan ini lebih kepada produk tuala dapur. Komposisi tuala ini adalah dari mikrofiber yang cepat menyerap air dan kotoran lain. Dengan pora yang lebih kecil, ia menyebabkan serapan yang lebih baik berbanding kain dapur biasa. Namun, mikrofiber adalah mikrofiber, jika anda menggunakan tuala lain yang mempunyai komposisi yang sama, maka konsepnya masih sama.

Tuala N mempunyai teknologi antikuman (BacLock)

Tuala N sebenarnya dibangunkan dengan komposisi perak (silver). Tuala ini berfungsi membunuh kuman dengan kehadiran ion perak (silver) yang boleh mengganggu pertumbuhan dan penyebaran bakteria. Ion ini mengganggu enzim dalam bakteria yang diperlukan dalam metabolisma oksigen (pengangkutan transmembrane).

Ion perak ini juga boleh merosakkan DNA yang menganggu dalam proses reproduksi bakteria.
Jika dibandingkan dengan spray D atau bahan kimia lain, kesan tuala N lebih lama sebenarnya disebabkan oleh ion perak ini. Walaupun ia tidak membunuh bakteria secara langsung, bakteria lazimnya akan terlekat pada tuala N dan lambat laun ia akan mati.

Jadi soalan saya, adakah satu permukaan rumah dan dapur perlu dilap dengan tuala N? Sebab itulah tuala N ini tidak terhad kepada dapur sahaja. Ia ada dalam pelbagai produk membersihkan rumah. Dalam eksperimen oleh seorang penyelidik bebas, terbukti tuala N dapat membantu dalam perencatan pertumbuhan bakteria dan dalam eksperimen ini, keberkesanan tuala N telah dibandingkan dengan produk tuala lain yang turut mempunyai ion perak dan tuala biasa.

Banyak lagi kelebihan tuala N yang disebut di dalam lamannya seperti menjimatkan duit dari membeli tisu dapur, membantu dalam persekitaran hijau kerana mengurangkan penggunaan tisu dan mikroplastik, serta pelbagai kelebihan lain.

Kesimpulannya, tepuk dada, tanyalah poket. Jika anda mampu, boleh sahaja beli tuala N, namun walaupun mempunyai set produk kayangan yang lengkap, jika kita malas membersihkan rumah, samalah sahaja natijahnya. Penulis juga masih menggunakan tuala good morning biasa untuk mengelap dapur, tuala N? kena kira-kira berpuluh kali dulu.

Sumber : https://www.facebook.com/inisainsbeb/posts/1288052018220717
Perbahasan dan fakta yang dikongsikan oleh Ini Sains Beb tu sangat menarik. Ada yang faham dan mungkin ada juga yang masih kurang jelas. Ye lah, bab sains ni tak semua orang tahu. Lagi-lagi golongan yang berumur ni. Manalah ambil tahu tentang teknologi terkini.

Yang mereka faham, tuala tu hebat ada kuasa magis hilangkan semua kesan kotoran dengan mudah. Fakta-fakta sains ni, don't care! Janji bila guna dia berkesan. Mentaliti mak-mak kita lah kalau nampak barang baik ni. 

Setuju dengan kata-kata penulis Ini Sains beb tu, ikut lah kemampuan masing-masing. Nak cuba beli dan guna pun tak ada masalah. Yang tak guna tu janganlah kita mengecam pula ye. Lain orang lain style dia. 

Kain jenis microfiber ni memang lebih baik dari tuala biasa. Fiza pun guna tuala microfiber untuk bersihkan dapur dan lap habuk. Untuk kegunaan dapu, memang mudah lah nak bersihkan kotoran minyak dan cecair yang melekat kat dapur tu. 

Fiza guna kain microfiber murah murah je. 2 singgit 2 singgit. Eh bukan! Tak ingat harga dia berapa. Beli kat Mr. DIY je lah. 1 bundle ada 4 helai tu. Kain dia pun lawa ada corak. Nak lap kotor pun tak lah rasa sayang kan.

Kalau kau orang nak membeli jenama Norwex tu, bolehlah cari Norwex Consultant yang kau orang kenal. Rasanya macam dah ramai orang jual dah. Produk tengah laku sekarang ni memang ramai jual cari pendapatan lebih. 

Jangan ada pulak yang buat free marketing dalam ruangan komen kat bawah. Takpun ada yang tak baca habis, terus contact kita kata nak beli tuala Norwex. Penat dah dengan ragam orang yang tak habis baca. 

Kongsi pasal bunga, dia ingat kita jual bunga. Kongsi pasal homestay/hotel/chalet dia ingat kita punya terus tanya nak booking. Kongsi pasal tikar getah, terus nak deal borong dengan kita. Macam-macam ragam. 

23 comments:

  1. Kalau ada yang berminat nak cuba boleh beli kan Fiza..kalau mampu apa salahnya kalah membeli menang memakai.

    ReplyDelete
  2. Ada tuala mahal rupanya.
    Selalu tahu perkembangan daripada blog Fiza. Kasih an akak ketinggalan zaman.
    Tahu Fiza tidak jual tuala ini. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak, ini yang viral terkini lah dari pengetahuan Fiza lah. Mungkin ada lagi yang terbaru. hihi

      Takpe kak, faham..kadang kita pun ketinggalan sikit. itu biasa :)

      Delete
  3. Sep sikit Kak Pija kita guna tuala Mr.Diy jer. Mampu tengok je tuala kayangan ni. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..geng pulak kita ye.Itulah kita tengok je lah.kot ada orang nak bagi hadiah ke, untung juga.

      Delete
  4. kalau mahal harganya mestilah berkualiti tapi kita beli tuala lap ni ikut kemampuan, taklah rasa sayang sgt nak lap kotor tu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. Itu yang mahal tu. Kalau tuala mandi beli mahal okaylah kan. hihi..memang sayang nak lap kotor. Lagi lagi minyak.

      Delete
  5. golongan marhein b40 mcm wak ni mmg patut dpt bantuan BPN kerajaan kann., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke wak B40 tu? padang ragut wak bukan biasa biasa tu. heeee

      Delete
  6. Mmg umang ai rege dia..rakyat miskin lagi marhaen cam akk ni mampu tengok jelah. Guna tuala lama je buat lap2 dapur ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun dok tepi perati je lah..hihi..guna apa yang ada ikut kemampuan :)

      Delete
  7. Kita tengok orang guna kain ni pun macm tergoda je.. Hehehe

    ReplyDelete
  8. oo baru tahu kewujudannya...kat shopee ada yang jual tak? hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. adaaaa..survey jangan tak survey. ada perasan geng blogger ada jual juga.

      Delete
  9. Kalau mampu, apa salahnya. Alah membeli, menang memakai. Chewah. :)

    ReplyDelete
  10. woh dah macam tuala magik dah semua boleh buat.. mcm hebat je ni

    ReplyDelete
  11. Terpinau sekejap mata tengok harga tuala ni:)))

    ReplyDelete
  12. Huyyoooooo.. nice behtulllll.... Nampak member duk kira kira nak beli ke tak beli kerr. nak ker.. adoi. ahahhaha

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.